Apakah fibrilasi atrium?

Fibrilasi Atrium (AF) adalah sejenis masalah irama jantung tidak teratur yang paling kerap berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan darah beku di jantung, strok (angin ahmar), kegagalan jantung dan masalah jantung yang lain. Di dalam jantung yang sihat, ruangan atas dan bawah jantung mengecut dan meregang dalam denyutan yang sekata kerana sinus node menghantar arus elektrik secara teratur. Bagi pesakit AF, ruangan atas jantung bergetar secara tidak sekata dan tidak boleh mengepam darah ke ruangan bawah jantung dengan efektif. Ini berlaku disebabkan terdapat arus elektrik yang dihantar dari bahagian jantung yang tidak normal, menyebabkan ia bergetar.

Aliran Normal

Normal Conduction Normal Conduction ECG

Fibrilasi Atrium

Atrial fibrillation Atrial Fibrillation ECG

*Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall

Dapatkan Konsultasi Doktor PERCUMA*