Saya Mengalami Demam Berdarah. Apakah Puncanya Dan Bolehkah Dirawat, Doktor?
Anonymous
Saya lelaki berumur 20-an mengalami demam panas selama 2 hari berturut-turut. Pada mulanya, saya mengalami sakit kepala bahagian belakang diikuti sakit belakang. Saya dapati suhu di kepala meningkat hingga menyebabkan demam panas. Akibatnya, saya merasakan tekak atas saya mengeluarkan bau darah dan terasa menelan darah. Saya pun mengambil 2 biji panadol untuk mengurangkan demam dan sakit kepala. Semasa tidur, saya menggigil. Keesokan pagi, tubuh saya berasa lemah dan sakit kepala. Saya mendapati hingus saya kuning bercampur darah. Saya tinggal di kawasan yang selalu ‘fogging’. Apakah saya menghidap sinusitis atau pneumonia atau denggi atau sakit lain? Perlukah saya ke hospital?
Anonymous
Saya lelaki berumur 20-an mengalami demam panas selama 2 hari berturut-turut. Pada mulanya, saya mengalami sakit kepala ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya denggi, jangkitan paru-paru (Pneumonia)-kemungkinan besar oleh bakteria, jangkitan kerongkong (Pharyngitis) dan jangkitan sinus. Oleh kerana anda menyatakan bahawa kawasan anda selalu ada aktiviti ‘fogging’, ini bermakna kawasan anda zon yang banyak kes denggi. Oleh itu, anda harus ke hospital dengan segera untuk rawatan. Saya akan jelaskan dengan lebih mendalam tentang gejala demam berdarah dalam artikel ini.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Un... See More
Pengenalan
Gejala demam berdarah denggi atau dengue hemorrhagic fever merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Terdapat empat jenis virus ini iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4. Virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti. Sekali anda dijangkiti salah satu jenis virus ini, anda tidak akan mendapat denggi apabila digigit nyamuk yang membawa virus denggi yang sama. Namun, anda masih boleh mendapat demam denggi dan komplikasinya yang lain daripada jenis virus denggi yang lain. Pendek kata, imuniti anda cuma akan melindungi anda daripada jenis virus denggi yang sama dan bukan keempat-empatnya.
Gejala demam berdarah merupakan denggi yang lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Gejala ini biasanya berlaku apabila anda mendapat jangkitan denggi berulang kali.
Faktor risiko
Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia mempunyai kadar denggi yang tinggi. Selain itu, Amerika Tengah dan Selatan, sub-Sahara Afrika dan beberapa tempat di Carribean mempunyai kes denggi yang tinggi. Sejarah tinggal atau ke tempat-tempat yang dinyatakan boleh menjadi faktor risiko untuk demam denggi berdarah. Faktor risiko yang lain termasuk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung (risiko jangkitan daripada ibu ke anak), orang berusia dan mereka yang mempunyai sistem imuniti yang terjejas.
Gejala
Simptom biasanya muncul pada hari kelima hingga keenam setelah digigit nyamuk yang membawa virus denggi. Tanda-tandanya seperti:
Demam tinggi- Terdapat juga segelintir pesakit yang cuma mengalami demam yang tidak terlalu tinggi.
Tiada rawatan spesifik buat denggi. Matlamat pengobatan demam berdarah adalah untuk mengawal simptom dan mengelakkannya daripada menjadi lebih parah. Ubat demam dan ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengawal demam, sakit otot dan sakit sendi. Bagi kes yang lebih serius seperti gejala demam berdarah dewasa, rawatan tambahan akan diperlukan. Contohnya:
Penambahan cecair secara intravena (IV fluid)
Terapi elektrolit
Pemindahan darah
Pemantauan tekanan darah yang teliti
Terapi oksigen
Pemerhatian oleh jururawat yang arif dalam rawatan pesakit denggi- Penjagaan oleh kumpulan yang pakar dengan penjagaan pesakit demam denggi boleh mengurangkan kadar kematian daripada 20% ke kurang daripada 1%, berdasarkan World Health Organisation (WHO).
Pencegahan
Pencegahan demam berdarah boleh dilakukan secara individu, komuniti dan paras kerajaan.
Elakkan digigit nyamuk lagi pada minggu pertama penyakit demam denggi. Virus denggi masih berada dalam saluran darah pada tempoh ini dan nyamuk yang menggigit anda boleh menjangkiti orang lain yang sihat.
Pembasmian tempat pembiakan nyamuk Aedes
Elakkan nyamuk daripada bertelur di kawasan yang berpotensi untuk pembiakan dengan pengurusan dan pengubahsuaian persekitaran.
Pembuangan sampah dan bekas yang boleh menakung air dengan betul
Menutup, mengosongkan dan membersihkan tangki air setiap minggu.
Menggunakan racun serangga dalam tangki air di luar rumah untuk membunuh jentik-jentik.
Anda boleh juga membela ikan dalam tangki air luar rumah yang makan jentik-jentik.
Perlindungan daripada gigitan nyamuk
Gunakan skrin tingkap, ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik dalam rumah, spray atau krim ubat penghalau nyamuk (insect repellant) semasa di luar rumah.
Gunakan pakaian yang menutup kulit seperti baju panjang dan seluar panjang dan berwarna cerah. Nyamuk Aedes akan lebih tertarik kepada baju berwarna gelap kerana ia meningkatkan haba badan.
Gunakan semburan nyamuk untuk membunuh nyamuk.
Pemantauan nyamuk dan virus yang aktif(inisiatif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor)
Penting dijalankan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan yang diambil berkesan.
Menjalankan kajian tentang virus yang lebih lazim dibawa nyamuk di sesuatu kawasan.