Sinusitis, Kenali Penyakit Rongga Penyebab Gejala Sakit Kepala & Gejala Lain.

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Sulit
Salam Sejahtera Doktor. Saya Rahim berusia 18 tahun. Sejak kebelakangan ini saya ada mengalami beberapa simptom yang mengganggu urusan seharian saya. Saya dapati saya kerap berhingus dan hingus tersebut berwarna hijau. Bukanlah sepanjang masa saya hadapi gejala ini. Dahulu, saya masih boleh bertahan lagi. Tetapi, sekarang ini, saya dapati tekak saya berkahak dan warnanya juga sama seperti hingus saya. Saya tidak demam, tapi saya juga kadangkala ada sakit kepala. Sakit kepala tersebut akan reda setelah saya makan ubat tahan sakit seperti Panadol. Saya mohon doktor beri penjelasan dengan lebih lanjut tentang apa yang saya sedang hadapi.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih saya ucapkan kepada saudara Rahim. Mendengar keluhan anda, saya dapati gejala yang anda hadapi menjurus kearah penyakit radang sinus atau turut dikenali sebagai sinusitis. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk benar-benar memberi diagnosis yang lebih tepat dan rawatan yang bersesuaian. Untuk makluman anda, penyakit ini amat kerap dihidapi oleh masyarakat di Malaysia. Usah risau kerana saya akan menerangkan lebih lanjut tentang penyakit ini, gejala, penyebab dan rawatan yang boleh anda dapati jika anda benar-benar menghidap penyakit ini.

Jika doktor anda menyampaikan maklumat bahawa anda menghidap penyakit sinusitis ini, sudah pasti anda ingin mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut. Maka, anda berada di laman web yang tepat iaitu DoctorOnCall. Apakah sebenarnya penyakit Sinusitis? Ia merupakan penyakit keradangan dan pembengkakak sel-sel yang menyelaputi rongga muka. Usah risau jika anda alami penyakit ini kerana rata-rata masyarakat di Malaysia kerap alami masalah kesihatan ini. Rongga muka berfunsi untuk mengurangkan berat tengkorak kepala dan menghasilkan bunyi yang elok sewaktu bercakap. Rongga muka yang sihat diisi udara dan tidak dipenuhi cecair. Namun, jika ia mengalami keradangan, ia akan diisi cecair dan jika jangkitan kuman berlaku, cecair tersebut boleh berubah menjadi warna hijau dan menimbulkan gejala lain seperti demam dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis Sinusitis. Antaranya;

  • SInusitis Akut yang berlansung selama 2 hingga 4 minggu. 
  • Sinusitis Subakut yang berlansung selama 4 hingga 12 minggu
  • Sinusitis Kronik berlansung melebihi 12 minggu
  • Sinusitis Berulang yang berlaku beberapa kali setahun

Apakah sebenarnya yang menyebabkan rongga muka ini diisi dengan cecair? Apabila tiada pengaliran yang baik, rongga yang tersumbat akan dipenuhi cecair. Maka, soalan selanjutnya yang perlu dijawab ialah apakah penyebab rongga muka tersumbat? 

Penyakit seperti “common cold” atau selesema biasa merupakan perkara yang meningkatkan risiko pengaliran rongga muka tersumbat. Jadi, pesakit yang mengalami radang sinus ini selalunya akan dijangkiti selesema biasa sebelum mengalami kondisi ini. 

Bagi segelintir pesakit yang kerap bersin apabila berada berdekatan dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan alahan, ia juga akan meningkatkan risiko rongga muka tersumbat. Penyakit ini dikenali sebagai alahan rhinitis. Penyakit alahan ini menyebabkan permukaan dalam hidung membengkak dan menutup lubang keluar cecair rongga muka. Oleh itu, tidak hairanlah pengaliran cecair rongga muka tidak berlaku sehingga menyebabkan keradangan sinus. 

Ada juga kes dimana, terdapat ketumbuhan di hidung secara benign yang dikenali sebagai polip, menyekat pengaliran sinus. Kedudukannya yang terletak pada lubang keluar cecair atau saiznya yang besar sehingga menutup lubang tersebut merupakan punca utama radang sinus berlaku. 

Walaupun jarang sekali berlaku, tulang septum iaitu dinding antara kedua-dua lubang hidung atau pembahagi hidung senget sehingga mengganggu pengaliran cecair rongga muka.

Seperti yang anda hadapi, gejala-gejala radang sinus boleh mengganggu aktiviti seharian. Oleh sebab itu, ramai yang tidak berdiam diri dan segera mendapatkan bantuan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Antara gejala sinusitis termasuklah:

  • Sakit kepala atau sakit pada tulang muka seperti pipi, tulang antara kening atau atas kening. 
  • Hidung berhingus samada berwarna putih, kuning atau hijau
  • Tekak berkahak kerana cecair/lendir yang terhasil telah mengalir ke tekak
  • Demam jika dijangkiti kuman
  • Sakit telinga 
  • Sakit tekak
  • Nafas berbau

Jika anda alami gejala yang tidak teruk, doktor akan menyarankan anda membeli penyedut hidung yang berfungsi untuk merawat hidung tersumbat dikenali sebagai “decongestant” di farmasi berdekatan. Anda tidak boleh menggunakannya melebihi 3 hari seminggu kerana boleh menerukkan gejala radang sinus. 

Untuk mencairkan cecair yang pekat, doktor juga akan mengesyorkan pencair lendir yang dispray pada hidung dikenali sebagai “saline nasal washes”. 

Jika anda dijangkiti kuman, doktor akan merawat anda dengan antibiotik. Anda akan disarankan untuk mengambilnya sepanjang tempoh 10 hingga 14 hari bergantung kepada jenis, organisme dan keterukan gejala yang anda hadapi. 

Cecair sinusitis juga akan cair jika anda menyedut udara lembap dan suam. Maka, jika anda miliki alat pelembap dan pemanas udara seperti “vapourizer”. Anda boleh menyedut wap air suam yang tidak begitu panas kerana ia juga berupaya untuk mencairkan lendir pekat yang tersumbat di rongga muka. 

Jika anda alami alahan, anda boleh menggunakan ubat antihistamin yang boleh dibeli di farmasi berdekatan. Punca rongga muka anda tersumbat juga harus dikenal pasti dan dirawat dengan terperinci bagi mengelakkan radang sinus berulang. 

Apakah yang akan berlaku jika anda tidak merawat radang sinus anda? Jawapannya, anda akan berisiko mengalami jangkitan pada organ yang ada pada tengkorak kepala anda seperti jangkitan otak yang dikenali sebagai meningitis, encephalitis dan abses pada otak. Ia juga berisiko untuk merebak ke telinga sehingga mengganggu pendengaran serta menyebabkan jangkitan secara lansung pada tulang tengkorak kepala. 

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan - penyebab sinusitis, bahaya sinusitis, pencegahan sinusitis, pengubatan sinusitis, apa itu sinus

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)