Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu lori yang berusia 38 tahun. Saya seorang yang aktif dan sihat. Namun, sejak beberapa yang lalu, saya berasa badan saya sangat panas dan juga menggigil. Apabila saya mengambil suhu badan saya, bacaannya adalah 38 darjah celcius. Selain itu, saya rasa sangat letih dan kepeningan. Saya juga telah muntah kira-kira 6 kali dalam tempoh dua hari. Saya tidak mempunyai selera makan seperti biasa dan sentiasa rasa mual apabila hendak makan. Saya juga rasa sukar untuk minum air kosong kerana apa-apa sahaja yang diminum atau dimakan, akan dimuntah keluar. Saya telah cuba makan ubat panadol, tetapi ia tidak berkesan. Sejak dua hari yang lalu, saya sedang mengalami sakit kepala dan di belakang mata yang sangat teruk sehingga saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Sendi dan otot saya juga berasa sakit. Terdapat banyak kes jangkitan demam denggi di kawasan perumahan saya. Sekitar rumah saya juga terdapat banyak kawasan takungan air yang jarang dibersihkan. Saya risau sekiranya saya menghadapi penyakit demam denggi. Adakah tanda-tanda yang saya alami menunjukkan jangkitan demam denggi? Apakah itu demam denggi, doktor?
Terima kasih atas soalan anda. Kemungkinannya anda menghadapi jangkitan demam denggi kerana gejala yang anda alami menandakan ciri-ciri jangkitan tersebut. Demam denggi (Dengue Fever) adalah jangkitan virus akut yang dicirikan oleh demam serta ruam. Ia disebabkan oleh gigitan nyamuk yang membawa virus denggi. Gejala utama demam denggi dicirikan oleh ruam kulit dan demam tinggi dengan rasa sakit kepala dan otot atau sendi yang teruk. Gejala lain mungkin termasuk keletihan, menggigil, cirit-birit, dan kemuntahan.
Demam denggi (dengue fever) adalah penyakit yang disebarkan oleh nyamuk “Aedes aegypti” dan disebabkan oleh satu daripada empat virus denggi. Sebaik sahaja anda dijangkiti dengan salah satu daripada virus denggi, badan anda akan menghasilkan imuniti terhadap virus tersebut sepanjang hayat anda. Walau bagaimanapun, anda masih boleh dijangkiti dengan tiga virus yang lain.
Adalah tidak mustahil untuk seseorang mendapat kesemua empat virus denggi dalam hidup anda. Virus yang menyebabkan demam denggi berkaitan dengan virus yang menyebabkan demam kuning dan jangkitan virus “West Nile”. Selalunya, kawasan tropika amat terjejas dengan virus ini. Demam denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk yang mengandungi virus denggi. Nyamuk itu dijangkiti apabila ia menggigit orang dengan virus denggi dalam darah mereka. Ia tidak boleh disebarkan secara terus dari manusia ke manusia.
Jika anda menghidap penyakit demam denggi, gejala biasanya bermula kira-kira empat hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Dalam kebanyakan kes, gejala mungkin serupa tanda selesema atau jangkitan lain. Gejala penyakit demam denggi biasanya berlarutan selama kira-kira 10 hari dan boleh termasuk:
Walau bagaimanapun, masalah yang serius boleh terjadi yang biasanya disebabkan oleh jangkitan sekunder dengan jenis virus denggi yang berlainan.
Beberapa jenis ujian boleh dijalankan untuk menentukan jangkitan demam denggi, antaranya adalah:
Tiada vaksin untuk mencegah demam denggi. Kaedah perlindungan terbaik adalah untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan mengurangkan populasi nyamuk. Apabila di kawasan berisiko tinggi, anda harus:
Mengurangkan populasi nyamuk melibatkan penyingkiran kawasan pembiakan nyamuk. Kawasan ini perlu diperiksa, dikosongkan, atau diubah dengan kerap. Kawasan-kawasan ini termasuk mana-mana tempat yang masih terdapat takungan air, seperti:
Jika anda berasa lebih teruk selepas 24 jam pertama (apabila demam anda turun), anda harus dibawa ke hospital secepat mungkin untuk memeriksa komplikasi. Anda juga harus rujuk ke hospital dengan segera sekiranya gejala atau tanda demam denggi bertambah buruk. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, anda boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - penyebab demam denggi, gejala demam denggi, rawatan demam denggi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my