Diet merupakan faktor risiko yang sering kali diambil mudah tetapi paling penting untuk mengelakkan anda daripada mendapat pelbagai penyakit. Makanan punca sakit jantung yang paling lazim dalam kalangan masyarakat kita ialah makanan bergoreng, makanan bersantan dan makanan manis. Pengambilan diet yang sihat boleh melindungi jantung anda, mengelakkan darah tinggi dan risiko untuk kencing manis. Diet jantung sihat merangkumi:
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Kacang dan kekacang
- Daging tanpa lemak dan ikan
- Makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
- Bijiran penuh
- Lemak sihat seperti minyak zaitun
Dua contoh diet yang boleh diikuti ialah “Dietary Approaches to Stop Hypertension” atau DASH dan diet Mediterranean yang meliputi cara memasakmakanan untuk kurangkan sakit jantung.Kedua-dua diet ini bagus untuk jantung kerana kurang:
- Garam
- Gula
- Karbohidrat yang telah diproses
- Alkohol
- Lemak tepu dan lemak trans