nurazhani.00
4 tahun
Bengkak di tapak tangan dan jari apabila pergelangan tangan patah
Salam dan hai.Saya nak tanya.2 hari lepas,saya terjatuh apabila bermain bola sepak dan pergelangan tangan saya patah.Tangan saya disimen sehingga kesiku.Hari ini,tapak tangan dan jari saya bengkak.Adakah itu normal atau ada masalah?Apa saya perlu buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- darah beku pada salur darah ditangan
- compartment sindrom (amat bahaya lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan yang melampau)
- jangkitan kuman pada kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.