Sulit
2 tahun
Period tidak normall
hi doctor, saya wanita berumur 25 tahun dan belum berkahwin. concern saya sekarang adalah berkenaan period. Sebelum mengambil vaksin, period saya adalah normal. Setiap bulan datang dan selalu 5-7 hari. Saya perasan selepas mengambil vaksin pada bulan August 2021, period saya sudah tidak normal. Pada bulan November 2021, period saya sampai 16 hari. Pada hari pertama sehingga hari keenam, keluar darah yg sedikit, tapi pada hari ketujuh, heavy flow. Pada bulan February 2022, saya tidak period. Saya datang bulan pada 30 march 2022 dan sampai harini 5/4/2022, ini sudah hari ketujuh masih lagi period. Untuk pengetahuan doctor, dari hari pertama period sampai hari ini, darah period saya adalah sedikit dan saya hanya pakai pantyliner. Adakah saya perlu bertemu dengan doctor ataupun ini normal? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kajian terbaru yang menunjukkan hubungan antara vaksin dan perubahan haid yang sementara. Walau bagaimanapun, perubahan haid juga boleh disebabkan oleh faktor yang lain seperti:
- Tekanan stress berlebihan
- Pemakanan yang kurang sihat atau tidak mencukupi
- Senaman yang berlebihan
- Masalah penyakit yang lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat, berbincang tentang kebimbangan anda serta memberi rawatan yang lebih lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.