Sulit
3 tahun
Sakit telinga seperti dicucuk hingga ke rahang
Saya pelajar perempuan umur 18… sejak minggu lepas telinga kanan saya sakit berdenyut dan pendengaran saya seperti dihalang. Tapi lepas makan ubat dia dah kurang sakit… dalam 2 3 hari ni telinga kiri saya pulak sakit seperti dicucuk sampai ke rahang sehingga nak telan air liur pun kadang-kadang susah. Bila saya makan ubat dia tak jadi apa² mcm kurang rasa sakit tu. Apa sebab saya jadi mcm ni? Bahaya ka? Kena rujuk ke doktor? Mcm mna nak rawat?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan telinga. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda,masalah yang anda alami adalah jangkitan telinga (atau disebut otitis media akut). Ianya adalah jangkitan pada telinga tengah, satu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga yang mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar.
Antara gejala yang boleh berlaku dalam jangkitan telinga adalah
- sakit telinga
- keluar cecair dari telinga
- masalah pendengaran
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika masalah tersebut memudaratkan aktiviti harian anda. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.