Sulit
3 tahun
Telinga berdesing setelah mengorek telinga menggunakan cotton bud dan cotton bud berdarah sedikit
Pada 25/7 haritu,saya telah menggunakan cotton bud untuk korek telinga.Saya merasa telinga kanan saya agak gatal.Jadi,saya membersihkan telinga di bahagian yang gatal tu beberapa kali kerana tidak selesa dengan rasa gatal tu.Bila saya tengok,cotton bud tu berdarah tetapi tidak banyak,hanya melekat pada cotton bud sahaja mungkin kerana saya mengorek telinga dengan agak kasar di kawasan tersebut.Sejak itu,saya kerap kali mendengar telinga saya berdesing.Tetapi saya tidak mengalami masalah lain seperti sakit kepala,ketidakseimbangan atau demam.Apakah yang patut saya buat ? Adakah saya patut merujuk kepada doktor dan mendapatkan tawaran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, penggunaan cotton bud untuk membersihkan telinga adalah sesuatu perkara yang tidak patut dilakukan kerana ia boleh menolak kotoran ke dalam telinga di samping mencedarakan gendang telinga. Seperti yang berlaku pada anda, pendarahan boleh berlaku. Gejala telinga berdesing yang anda alami boleh disebabkan oleh trauma pada bahagian dalam telinga, ataupun oleh salah satu perkara seperti berikut :
- Pendedahan kepada bunyi yang kuat
- Masalah pada saluran Eustachian
- Masalah telinga seperti telinga tersumbat atau tahi telinga keras
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Anemia
- Tekanan darah tinggi
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau bersertakan simptom lain seperti kehilangan pendengaran, demam, sakit telinga yang sangat kuat dan pendarahan, sila rujuk kepada doktor untuk menyiasat punca masalah anda. Anda boleh menghubungi pakar ENT kami untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.