Sulit
3 tahun
Telinga tidak selesa
Selamat pagi dr… Saya nk tanya… Telinga saya ni rasa x seleaa mcm tersumbat sbb saya kerap korek telinga guna jari… Bila saya dlm surrounding yg x sunyi dan x bising still bunyi yg sayup2… Saya rasa kadang2 telinga saya mcm berdesing tapi kalau bunyi bising xde… Adakah disebabkan taik telinga dh tutup saya punya telinga
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah telinga berdesing. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umumnya, punca telinga berdesing boleh disebabkan oleh salah satu perkara di bawah :
- Masalah telinga seperti tahi telinga yang keras dan tersumbat ataupun jangkitan telinga
- Kecederaan pada kepala
- Masalah pada saluran Eustachian (saluran ini menghubungkan hidung ke telinga)
- Pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat atau penggunaan earphones untuk jangka masa yang lama
- Tekanan darah tinggi
- Anemia
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca sebenar masalah anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan telinga. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh menghubung doktor kami secara atas talian untuk bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.