Sulit
3 tahun
Telinga terasa penuh dan sakit hingga ke rahang
Saya remaja yang berumur 13 tahun . Saya mengalami sakit telinga sejak beberapa hari yg lalu . Telinga saya terasa penuh seperti ada air di dalam dan pada masa yg sama terasa sakit hingga ke rahang . apabila saya makan , sy susah untuk membuka mulut dan menyentuh ia . apabila sy menyentuh , ia akan terasa sakit . saya mengaku sy selalu mendengar earphone sebelum tido . adakah ini bahaya hingga boleh memekakkan telinga ? adakah ini dapat diubat ?
3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami sakit telinga sehingga ke rahang selama beberapa hari yang lalu. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai masalah anda tanpa maklumat perubatan lengkap dan pemeriksaan telinga. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Sakit telinga anda boleh berpunca daripada :
- Penggunaan earphone secara berpanjangan
- Jangkitan telinga
- Tahi telinga yang terkumpul
Jangkitan tekak seperti tonsilitis dan sakit gigi juga boleh menyebabkan sakit telinga hingga rahang. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.