Sulit
3 tahun
Telinga sakit dan berdengung berwarna hitam
Saya berumur 16 suka Korek telinga guna tangan pastu guna cotton bud then telinga Kiri Rasa macam berdenyut sakit dan tak boleh tidur lepastu dia pending kepala sikit sebab takleh tifoq
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan telinga. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- faktor penuaan
- kecederaan pada kepala atau tengkuk
- jangkitan dalam telinga
- Ketumbuhan Schwannoma Vestibular
- Masalah saluran darah
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.