Sulit
3 tahun
Telinga purple setelah dua bulan tindik
Saya tindik telinga pada 2 bulan lepas dan saya baru perasan yang di bahagian telinga saya berwarna purple di sekitar tepat tindik telinga (saya tindik di bawah cuping telinga di bahagian bawah di tempat biasa orang tindik) apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu buka tempat tindik telinga atau saya perlu pergi ke klinik untuk rawatan? Adakah ianya berbahaya maksudnya adakah dia akan effect perkara lain? Ianya seperti darah beku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Keradangan telinga
- Jangkitan
- Bengkak bernanah
- Kecederaan pada saluran darah telinga
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.