Sulit
2 tahun
To rule out Cerebellopontine angle tumor
Telinga kiri kurang dengar dan selalu berdengsing
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Gejala telinga berdesing yang anda alami boleh disebabkan oleh trauma pada bahagian dalam telinga, ataupun oleh salah satu perkara seperti berikut :
- Pendedahan kepada bunyi yang kuat
- Masalah pada saluran Eustachian
- Masalah telinga seperti telinga tersumbat atau tahi telinga keras
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Anemia
- Tekanan darah tinggi
Anda boleh berhubung dengan doktor atupun doktor pakar ENT kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.