Pemeriksaan jantung adalah penting untuk pengesanan awal masalah jantung serta faktor-faktor risikonya. Pengesanan awal boleh membantu mengawal masalah jantung tersebut dan mengelakkan komplikasi seperti kegagalan jantung dan strok.
Pemeriksaan jantung boleh mengesan masalah jantung seperti berikut :• Masalah Jantung Koronari• Aritmia Jantung• Penyakit Injap Jantung• Penyakit Kardiomiopati• Masalah Jantung Kongenital• Masalah Selaput Jantung (Pericardial Disease)• Atherosklerosis
Pakej pemeriksaan jantung yang tersedia merangkumi :1. Pakej Ujian Jantung dan CRP Di Rumah2. Pakej Ujian Darah Asas Di Rumah3. Pakej Ujian Skrin Darah Eksekutif TKHD 34. Pakej Ujian Darah Asas TKHD5. Pakej Ujian Lite Wanita Berumur 40 tahun ke atas TKHD6. Pakej Ujian Lite Wanita Berumur 40 tahun ke bawah TKHD7. Pakej Ujian Lite Lelaki TKHD8. Pakej Penjagaan Jantung VIP9. Pakej Penjagaan Jantung Utama10. Saringan Jantung Sihat11. Ujian Stres Jantung + Konsultasi Bersama Pakar Jantung12. Pakej Penjagaan Kesihatan Deluxe13. Pakej Sayangilah Kesihatan Anda
Pakej ujian yang berlainan memerlukan persiapan yang bebeza. Sebagai contoh, sesetengah ujian darah memerlukan anda berpuasa terlebih dahulu. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan maklumat tempahan semasa temujanji.
Pemeriksaan jantung disarankan untuk individu berumur 18 tahun ke atas, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah masalah jantung seperti hipertensi dan masalah jantung koronari dalam keluarga.