Benarkah Air Bawang Putih Boleh Membunuh Virus COVID-19?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 11, 2020

Soalan:
Salam sejahtera doktor. Ada satu persoalan yang sering berlegar-legar diminda saya sejak kebelakangan ini. Saya ada terbaca artikel mengenai khasiat air bawang putih dalam merawat jangkitan virus COVID-19. Saya agak keliru tentang peranan air bawang putih ini memandangkan heboh berita tersebut di kampung tempat saya tinggal. Penduduk mula merebus bawang putih dan saya berasa agak was-was tentang penggunaannya dalam merawat virus tersebut. Bolehkah saya percaya? Jika doktor mempunyai maklumat tentang peranan bawang putih, mohon jelaskan agar saya lebih yakin samada hal tersebut ialah sekadar mitos semata-mata.
Jawapan:
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Pertama sekali, saya memuji tindakan anda untuk memeriksa terlebih dahulu tentang khasiat air bawang putih dalam rawatan COVID-19. Walaupun virus ini baharu sajaha timbul semenjak hujung tahun 2019, namun angka kematian yang disebabkannya amat merisaukan masyarakat. Oleh sebab itu, muncul idea-idea yang menarik namun masih belum disahkan secara saintifik lagi. Saya akan menjelaskan peranan air bawang putih dengan lebih lanjut.

Virus COVID-19 telah pun menggemparkan dunia apabila meragut ribuan nyawa seluruh dunia. Namun, ia terlalu baru untuk dikenal pasti dan masih terdapat banyak misteri yang masih belum dirungkai. Oleh kerana itu, masih tiada penawar yang efektif bagi merawat virus yang digeruni ini. Negara-negara yang terkenal dengan kepakaran farmakologi seperti Amerika Syarikat dan China sedang giat menjalankan kajian bagi merungkai virus misteri ini. Mereka juga tidak ketinggalan bergiat aktif dalam mencipta vaksin kepada virus COVID-19 ini. Hal ini kerana, jika vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan, ia pasti boleh mengurangkan kadar kematian yang saban hari semakin meningkat ini. 

Disebabkan virus ini juga, muncul idea-idea dari orang awam yang menggunakan alternatif tradisional sebagai penawar yang dicari. Pihak berkuasa amat menghargai niat murni golongan yang turut ingin memikirkan solusi bagi penyakit yang belum diketahui sepenuhnya. Walaupun begitu, hanya berdasarkan kata-kata yang memberansangkan seperti berpendapat bahawa alternatif tradisional ini boleh membunuh virus COVID-19 perlu diselidiki dan sekurang-kurangnya mendapat sokongan secara saintifik agar masyarakat lain tidak mengikut secara melulu dan taksub dengan idea ini sehingga menjejaskan kesihatan. 

Whatsapp, Facebook dan pelbagai lagi media sosial kini dihiasi berita-berita bahawa air bawang putih boleh membunuh Virus COVID-19 ini. Atas dasar apakah bahan makanan yang menjadi bahan masakan utama masyarakat dunia kini mempunyai fungsi sebagai pembunuh virus misteri ini. Walaupun tiada bukti saintifik, ada yang percaya bahawa ia benar-benar membunuh virus tersebut sehingga di China, terdapat kes dimana wanita telah dimasukkan ke hospital kerana telah menelan 1.5 kilogram bawang putih mentah. Alangkah hebat berita-berita ini sehingga mempengaruhi masyarakat lebih-lebih lagi golongan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bebas dari ancaman maut ini. 

Hakikatnya, bawang putih memang mempunyai kebolehan melawan kuman dalam badan. Oleh sebab itu, kita lihat masyarakat umum ada yang menggunakan bawang putih untuk mencegah penyakit seperti selesema, menggunakan bawang putih disamping ubat darah tinggi kerana mereka percaya bahawa bawang putih mempunyai kebolehan menurunkan tekanan darah tinggi. Dalam pada itu, terdapat juga kajian yang menyatakan ia boleh menghalang pembiakan virus korona dan COVID-19 merupakan salah satu virus yang berada dibawah kumpulan tersebut. Walaubagaimanapun,masih tiada kajian saintifik yang mengatakan air bawang putih benar-benar berkesan dalam membunuh virus ini kerana usianya yang masih mentah dan baru muncul semenjak hujung tahun 2019.

Seperti yang kita ketahui, sememangnya masyarakat dunia amat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan buah-buahan serta sayur-sayuran dan air putih. Namun, hal ini tidak bermakna air bawang putih mempunyai khasiat sehingga berupaya membunuh virus COVID-19. Selain itu, masih tiada bukti saintifik bahawa air bawang putih boleh membunuh virus ini. Jika ia benar-benar berkesan sudah tentu doktor perubatan dan pengkaji menggunakan alternatif yang mudah didapati serta murah ini berbanding rawatan perubatan yang mahal serta perlu diimport seperti Hydroxychloroquine dan anti-virus. Oleh itu, jangan biarkan media sosial mempengaruhi anda. Gunakan media sosial dengan bijak. Sebelum menyebarkan amalan yang belum disahkan secara saintifik ini, kenali fakta anda. Rujuk pada pihak berkuasa dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan sebelum menjadikan air bawang putih sebagai rawatan persendirian untuk membunuh virus.

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20