Setiap bakal ibu pastinya akan melalui saat-saat di mana air ketuban mereka pecah ketika mengandung. Namun, ramai yang kurang cakna berkenaan dengan perbezaan di antara air ketuban ataupun air kencing. Ibu mengandung yang sudah cukup bulan juga boleh juga mengalirkan air kencing dengan mudahnya kerana kandungan mereka yang besar boleh menekan pundi kencing.
Untuk pengetahuan anda, tanda air ketuban bocor dapat diketahui daripada tekstur warnanya iaitu kelihatan jernih dan tidak berbau seperti air kencing. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, berkemungkinan besar air kencing yang mengalir. Air ketuban yang pecah juga selalunya dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, terdapat juga keadaan yang mana air ketuban berwarna coklat-kehijauan dan mengeluarkan bau yang kurang enak. Hal ini disebabkan daripada mekonium (najis bayi) ataupun berlaku jangkitan.
Air ketuban yang pecah awal daripada usia 37 minggu kandungan dikenali sebagai Premature Preterm Rupture of Membrane membran ketuban pecah ketika bayi masih pramatang dan sebelum tarikh kelahiran yang dijangkakan. Hal ini akan menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan kuman. Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada usia kandungan. Jika usia bayi terlalu muda dan belum matang, kandungan mungkin perlu untuk diteruskan. Namun jika sebaliknya, bayi dilahirkan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Hal ini bergantung kepada pertimbangan doktor setelah mengambil kira beberapa faktor seperti usia kandungan, sejarah sakit ibu, fasiliti dan banyak lagi.
Bagi air ketuban yang pecah setelah usia kandungan melebihi 37 minggu pula, senario ini dipanggil sebagai Preterm Rupture of Membran yang bermaksud, bayi telah matang namun air ketuban pecah lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran yang mengambil kira 40 hari kandungan.
Jika anda mengalami permasalahan ataupun kemusykil berkenaan isu ini, silalah hubungi kami untuk melakukan konsultasi secara atas talian.