Doktor memberitahu saya mempunyai air ketuban banyak (Polyhydroamnios).Perlukah saya risau ia memberi kesan kepada bayi saya?

Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 28 tahun dan merupakan seorang suri rumah serta sedang mengandungkan anak yang kedua. Saya ingin bertanya mengenai air ketuban yang banyak atau berlebihan. Saya mula membuat buku merah ketika kandungan berusia 8 minggu dan saya sudah menjalani ujian darah, ujian air kencing dan VDRL dan semua keputusan menunjukkan normal. Saya berjumpa dengan doktor setiap bulan untuk pemeriksaan antenatal. Ketika usia kandungan saya memasuki 28 minggu, saya telah diberitahu oleh doktor yang saya mengalami kencing manis ketika mengandung . Saya agak risau memikirkan kesan atau komplikasi yang saya boleh dapat apabila menghidap kencing manis ketika mengandung.Apabila disahkan oleh doktor yang saya menghidap kencing manis, saya cuba untuk kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai kualiti gula yang tinggi. Ketika kandungan berusia lebih daripada 30 minggu , saya pergi berjumpa dengan doktor seperti biasa untuk pemeriksaan antenatal dan dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak dan melebihi dari paras yang normal.Pada pendapat doktor, apakah punca dan risiko untuk seseorang mendapat air ketuban yang banyak dan adakah ia sesuatu yang boleh mengancam nyawa?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berumur 28 tahun dan merupakan seorang suri rumah serta sedang mengandungkan anak yang kedua. S... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda telah berikan, punca dan risiko bagi kes anda yang mempunyai air ketuban yang lebih atau banyak adalah kerana anda menghidap kencing manis ketika mengandung, tetapi anda tidak perlu risau kerana ia boleh diatasi atas nasihat doktor atau pakar perbidanan dan sakit puan. Saya merasakan anda telah melakukan tindakan yang bagus dengan menjaga pemakanan seharian dengan mengambil makanan atau minuman yang kurang bergula kerana penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan banyak komplikasi atau kesan terhadap ibu dan bayi.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda telah berikan, punca dan risiko bagi kes anda yang ... See More

APAKAH ITU AIR KETUBAN?

    Ketika bayi berada di dalam rahim, ia terletak di dalam kantung amniotik, beg yang terbentuk daripada dua membran (amnion dan chorion) di mana janin akan membesar dan berkembang. Di dalam kantung, bayi dikelilingi oleh cecair amniotik atau dipanggil air ketuban.
    Air ketuban ini terdiri daripada air yang dihasilkan oleh ibu. Ia akan digantikan dengan air kencing janin (kerana bayi menelan dan mengeluarkan cecair semula) ketika anda hamil 20 minggu. Cecair amniotik bukan sahaja terdiri daripada air kencing janin, tetapi ia juga mengandungi komponen penting seperti nutrien, hormon dan antibodi yang melawan jangkitan.
    Cecair amniotik atau air ketuban bertanggungjawab untuk:

    1) Melindungi janin: air ketuban bertindak sebagai penyerap kejutan, melindungi bayi daripada tekanan luar

    2)  Kawalan suhu: bendalir tersebut bertindak sebagai penebat terhadap bayi, memastikan ia suam dan mengekalkan suhu biasa

    3)  Kawalan jangkitan: cecair amniotik mengandungi antibody

    4) Perkembangan sistem paru-paru dan sistem pencernaan: melalui pernafasan dan menelan air ketuban, bayi boleh belajar menggunakan otot-otot untuk sistem ini semasa membesar

    5) Perkembangan otot dan tulang: sebagai bayi terapung di dalam kantung amniotik, ia mempunyai kebebasan untuk bergerak, jadi ini memberikan peluang untuk otot dan tulang untuk berkembang dengan baik

    6)  Cecair amniotik bertindak sebagai pelincir bagi menghalang bahagian-bahagian anggota badan seperti jari tangan dan jari kaki daripada membesar bersama; ‘webbing’ boleh berlaku jika paras cecair amniotik rendah

    7) Sokongan tali pusat: Cecair di dalam rahim dapat menghalang tali pusat daripada dihimpit. Tali pusat akan mengangkut makanan dan oksigen dari plasenta kepada janin yang semakin membesar.

APAKAH PUNCA AIR KETUBAN BANYAK?

Lebih kurang 50% daripada kes air ketuban banyak adalah idiopatik (tidak diketahui sebabnya), dan pakar-pakar masih berusaha untuk mengetahui punca-puncaia terjadi. Faktor-faktor penyebab dan risiko yang ada termasuklah
1)  Punca yang berkaitan dengan janin
  • Kecacatan janin : Contohnya seperti ‘hydrocephalus’(kepala yang membesar kerana cecair yang terkumpul di dalam otak), ‘anencephaly’(ketiadaan sebahagian besar daripada otak), atresia esophageal, masalah buah pinggang janin, atresia duodenal, fistula tracheoesophageal, dysplasia skeletal, spina bifida dan hernia diafragma yang boleh menghalang kemampuan bayi untuk menelan dan memproses cecair amniotik dengan betul
  • Anemia janin: RBC (sel darah merah) berkurangan dalam badan bayi
  • "Hydrops Fetalis’ (pengumpulan cecair atau edema dalam dua atau lebih ruang janin)
  • Kromosom yang Tidak Normal : Mewarisi kromosom yang tidak normal akan bertanggungjawab terhadap gangguan genetik seperti sindrom Down dan sindrom Edwards
  • Makrosomia janin (mempunyai bayi yang terlalu besar untuk usia kehamilan)
 2) Punca yang berkaitan dengan Plasenta
  • Transfusi kembar-ke-Kembar ( Twin-to-Twin Transfusion syndrome): Keadaan tidak normal ini berlaku apabila ibu mengandungkan anak kembar, di mana kembar pertama menerima jumlah cecair amniotik yang berlebihan manakala kembar yang satu lagi mempunyai sedikit air ketuban.
  • Pembuluh darah di plasenta yang tidak normal: Pertumbuhan pembuluh darah yang tidak normal pada plasenta (chorioangioma)
3) Punca yang berkaitan dengan Ibu
  • Keadaan Infeksi : Toxoplasmosis, parvovirus, herpes simplex, rubella atau jangkitan sitomegalovirus yang mempengaruhi ibu juga boleh menjangkiti janin, menyebabkan pelbagai keadaan yang tidak normal.
  • Diabetes Mellitus semasa kehamilan atau pra-sedia: Tahap gula dalam darah yang tidak normal boleh menyebabkan bayi menghasilkan air kencing berlebihan yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban.
  • Penyakit Rhesus : Penyakit ini akan menyebabkan antibodi ibu masuk melalui plasenta, yang boleh mengakibatkan anemia kepada janin - salah satu sebab utama ‘Polyhydramnios’ /air ketuban banyak
  • Ketidaksuburan darah antara ibu dan bayi
  • Hipertensi
  • Pre-eklampsia

APAKAH RISIKO AIR KETUBAN BANYAK?

  • Bersalin ketika belum sampai waktunya
  • Kelahiran Pramatang
  • Pertumbuhan janin yang berlebihan
  • Gangguan plasenta (plasenta yang terlepas dari dinding rahim sebelum anda melahirkan bayi)
  • Pendarahan selepas bersalin
  • Tali pusat yang terkeluar sebelum bersalin (tali pusat yang terjatuh dari faraj sebelum bayi keluar)
  • Posisi yang tidak betul bagi janin
  • Bayi sudah mati di dalam rahim

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHILANGKANNYA?

Langkah pertama adalah untuk mengenal pasti jika terdapat punca yang menyebabkan air ketuban banyak.
Penyebab yang telah dikenal pasti haruslah diberikan rawatan yang bersesuaian. Anemia bagi ‘hydrops fetalis’ dirawat dengan transfusi intravaskular. Jika kencing manis telah didiagnosis, kawalan glisemik yang ketat harus dikekalkan. Ini mungkin melibatkan pemakanan atau diet seharian, ubat oral atau insulin
  • Polihidramia yang tidak teruk boleh dipantau dan dirawat secara konservatif.
  • Kelahiran pramatang adalah biasa terjadi disebabkan oleh rahim yang terlalu mengembang, dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengurangkan komplikasi ini. Ini termasuklah pemeriksaan antenatal dan pemeriksaan ke atas rahim. Imbasan ultrasound bersiri perlu dijalankan untuk memantau jumlah cecair amniotic dan tumbesaran janin.
  • Induksi untuk bersalin harus dipertimbangkan jika ‘fetal distress’ terjadi. Induksi dilakukan dengan memecahkan membran melalui ayat yang bersesuaian tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati, dan kebiasaannya dilakukan oleh pakar obstetrik dan dengan keizinan daripada ibu untuk meneruskan dengan pembedahan caesarean jika diperlukan.
  • Kortikosteroid haruslah diberikan kepada ibu secara antenatal jika kelahiran pra-matang dipertimbangkan. Ini membantu memulihkan kematangan paru-paru.
  • Inhibitor synthetase Prostaglandin, terutamanya indometasin, mungkin boleh digunakan. Ia bertindak dengan mengurangkan aliran darah dalam buah pinggang dan mengurangkan air kencing janin. Ia biasanya digunakan untuk 48 jam secara maksimum dan rejimnya berbeza-beza.
  • Ia tidak boleh digunakan dalam sindrom kembar-ke-kembar atau selepas 32 minggu, kerana kesan buruk melebihi manfaat dalam kes ini. Risiko utama ialah penyempitan ductus arteriosus janin dan risiko tersebut akan meningkat dengan kehamilan.
  • Amnioreduksi (pengeluaran cecair amniotik di bawah bimbingan ultrasound) juga digunakan bagi kes di mana indometacin tidak boleh digunakan, dalam polyhydramnios yang sangat teruk, atau pesakit yang mempunyai gejala yang teruk. Ia lebih kerap digunakan dalam sindrom transfusi kembar-ke-kembar. Terdapat beberapa kajian yang banyak menyatakan ia selamat dan berkesan, walaupun prosedur bersiri mungkin diperlukan.
  • Polyhydramnios yang dikaitkan dengan sindrom ‘twin-to-twin’ boleh mendapat manfaat daripada ablasi laser yang akan merawat pembuluh plasenta yang terlibat.
  • Polyhydramnios atau air ketuban yang banyak boleh disebabkan oleh kecacatan janin, mengandungkan anak kembar, kencing manis , dan pelbagai gangguan janin yang lain. Ia dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi kelahiran pra-matang, pecah membrane pra-matang, gangguan terhadap pernafasan ibu, kematian janin, dan pelbagai masalah yang lain semasa proses bersalin.
  • Jika polyhydramnios disyaki, indeks cecair amniotik akan dicatat dan beberapa ujian akan dijalankan untuk mencari sebab-sebab yang mungkin (termasuk penilaian ultrasonografi yang komprehensif). Pertimbangkan untuk mengurangkan jumlah cecair amniotik hanya jika kelahiran pra-matang berlaku atau jika polyhydramnios menyebabkan gejala yang teruk. Mulakan pemantauan prenatal setiap minggu seawal 32 minggu.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.

References