Darah dalam air mani boleh boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan dan keradangan
- Trauma dan prosedur perubatan
- Sekatan pada saluran atau organ
- Tumor dan polyp
- Masalah salur darah
- Masalah perubatan lain yang dikaitkan dengan darah dalam air mani
A) Jangkitan dan keradangan
Ini adalah penyebab utama darah dalam air mani. Darah boleh disebabkan oleh jangkitan atau keradangan pada mana-mana kelenjar, tiub, atau saluran yang menghasilkan dan mengalirkan air mani. Ini termasuk:
- Prostat/”prostate” (kelenjar yang menghasilkan air mani)
- Urethra (tiub yang menyalurkan air kencing dan air mani dari zakar)
- Epididymis dan vas deferens
- Seminal vesikel (struktur yang menambah lebih banyak cecair dalam air mani)
- Masalah ini juga boleh disebabkan oleh STI (jangkitan seksual) seperti gonore(gonorrhea) atau klamidia(chlamydia), jangkitan virus atau bakteria lain.
B) Trauma atau prosedur perubatan
Darah dalam air mani adalah perkara biasa selepas prosedur perubatan. Empat daripada lima orang mungkin mengalami masalah darah dalam air mani setelah menjalani biopsi prostat.
- Prosedur yang dilakukan bagi merawat masalah kencing juga boleh menyebabkan trauma ringan yang menyebabkan pendarahan sementara. Masalah ini biasanya hilang dalam tempoh beberapa minggu selepas prosedur.
- Terapi radiasi, vasektomi, dan suntikan untuk buasir juga boleh menyebabkan masalah darah dalah air mani. Kecederaan pada organ seks akibat patah tulang belakang, kecederaan pada buah zakar, aktiviti seksual yang melampau atau onani, atau kecederaan lain yang boleh menyebabkan darah dalam air mani.
C) Sekatan pada saluran atau organ
- Mana-mana tiub kecil atau salur dalam saluran pembiakan boleh tersekat. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah pecah dan mengeluarkan darah.
- Masalah BPH iaitu masalah pembesaran prostat juga dikaitkan dengan darah dalam air mani.
D) Tumor dan Polyp
- Satu kajian terhadap lebih daripada 900 pesakit dengan masalah darah dalam air mani mendapati hanya 3.5% daripada mereka yang sebenarnya mempunyai tumor.
- Kebanyakan tumor ini terletak di dalam prostat.
- Darah dalam air mani juga boleh disebabkan oleh kanser buah zakar, kanser pundi kencing, dan kanser salur pembiakan dan kencing.
- Lelaki - terutamanya lelaki yang berusia serta mempunyai faktor risiko kanser perlu dinilai jika mereka mengalami simptom darah dalam air mani. Kanser yang tidak dirawat mampu mengancam nyawa.
- Polyp dalam salur pembiakan juga boleh menyebabkan masalah darah dalam air mani.
E) Masalah salur darah
- Semua struktur kecil yang terlibat dalam proses ejakulasi, dari prostat sehinggalah ke tiub kecil yang menyalurkan sperma, mempunyai salur darah. Jikalau terdapat kecederaan pada struktur-struktur tersebut, maka akan terdapatnya darah dalam air mani.
F) Masalah perubatan lain yang dikaitkan dengan darah dalam air mani
- Tekanan darah tinggi
- HIV
- Penyakit hati
- Leukemia
Sebanyak 15% kes darah dalam air mani tidak diketahui penyebabnya. Kebanyakan kes darah dalam air mani akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.