Biasakah terjadinya air mani berketul (Clumpy Semen)?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 9, 2020

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki yang berumur 24 tahun dan sihat. Saya mempunyai seorang teman wanita selama lebih daripada dua tahun dan kami melakukan hubungan seksual dengan kerap. Satu minggu yang lalu dia perasan bahawa saya mempunyai beberapa ketulan dalam air mani saya. Apabila saya ejakulasi, saya terlihat beberapa ketulan sebesar satu inci dalam air mani saya. Sejak kebelakangan ini, air mani sebenarnya hanya mengalir keluar atau saya perlu memerah kerana ia merasa disekat. Ada kalanya air mani saya kelihatan kekuningan. 
Saya takut air mani yang berketul dan kekuningan menanda sesuatu masalah yang serius seperti jangkitan seksual. Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat daripada doktor dari sebuah klinik berdekatan dengan rumah saya. Doktor itu memberitahu bahawa air mani berketul adalah perkara biasa dan tidak mempunyai rawatan khas untuknya. Saya juga telah menjalani ujian untuk jangkitan seksual dan semua keputusannya normal. Dua hari yang lepas pula, saya mengalami masalah ini sekali ini. Selain gejala air mani berketul, saya tidak mempunyai tanda-tanda lain. 

Saya menjadi sangat takut kerana saya tidak pernah mengalami sebarang masalah seperti ini. Saya takut sekiranya teman wanita saya akan memutus hubungan kami oleh kerana masalah ini. Mengapakah saya mengalami masalah air mani berketul, doktor? Apa patut saya buat?

Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Air mani yang sihat dan normal bercirikan pelbagai jenis warna, tekstur, dan bau. Bau dan tekstur air mani berubah akibat perubahan hormon, tahap aktiviti seksual, dan juga pemakanan. Oleh itu, perubahan pada air mani tidak selalunya bermaksud masalah kesihatan.

Apakah penyebab air mani berketul

Antara penyebab air mani berketul adalah:
  • Pembekuan protein: Air mani terdiri dari pelbagai jenis bahan. Salah satu dari bahan ini adalah protein. Protein terlibat dalam proses pemekatan dan pencairan air mani. Air mani boleh kelihatan seperti gel. Ini disebabkan oleh pemekatan protein-protein di dalam testis akibat daripada ejakulasi yang jarang berlaku.
  • Dehidrasi dan diet yang tidak seimbang: Satu lagi komponen utama air mani adalah air. Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan mengalihkan cecair yang sangat diperlukan dari tempat yang dianggap kurang penting. Itu termasuk air mani anda. Air mani berketul mungkin menandakan bahawa anda perlu minum lebih banyak air.
  • Tahap testosteron rendah: Tahap testosteron yang rendah, dipanggil "hypogonadism" lelaki dalam istilah perubatan, adalah satu lagi kemungkinan penyebab air mani berketul. Gejala lain adalah keletihan, kekurangan libido, kesukaran mengekalkan ereksi, perubahan mood, kehilangan jisim otot, dan kehilangan rambut.
  • Jangkitan seksual: Radang epididimis disebut epididymitis. Epididymitis juga boleh menyebabkan air mani berketul dan boleh menyebabkan kesakitan sewaktu ejakulasi. Penyakit kelamin adalah penyebab utama Epididymitis dalam kalangan lelaki yang lebih muda. Bagi lelaki yang lebih berusia pula, prostat yang membesar atau bengkak merupakan penyebab utama. 
  • Aglutinasi sperma: Aglutinasi sperma adalah punca air mani berketul yang jarang berlaku. Keadaan ini berlaku apabila badan anda tersalah dalam mengenalpasti sel sperma sebagai bahan asing dalam badan. Tindak balas menyebabkan sperma bergumpal.

Apakah gejala air mani berketul

Gejala lain masalah air mani berketul adalah:
  • Kesukaran untuk membuang air kecil
  • Perubahan warna air mani
  • Perubahan konsistensi air mani
  • Kekurangan libido
  • Keletihan
  • Kesukaran mengekalkan ereksi
  • Perubahan mood
  • Kehilangan rambut
  • Kesakitan semasa membuang air kecil
  • Masalah kesuburan
  • Skrotum yang radang dan sakit
  • Testis yang sakit pada satu sebelah
  • Discaj dari zakar
  • Kerap membuang air kecil
  • Darah dalam air mani
  • Kesakitan pada bahagian bawah perut
  • Demam
  • Kulit kering kerana dehidrasi

Apakah rawatan air mani berketul

Rawatan adalah berdasarkan penyebab:
  • Pembekuan protein: Hal ini boleh diselesaikan dengan meningkatkan kekerapan ejakulasi (akibat tiada ejakulasi untuk tempoh yang lama).
  • Dehidrasi dan diet yang tidak seimbang: Perubahan dalam diet juga boleh memberi kesan kepada warna, bau, dan kepekatan air mani. Oleh itu, diet yang sihat memelihara kesihatan air mani.
  • Paras testosteron yang rendah: Mungkin perubahan gaya hidup tertentu dapat membantu meningkatkan tahap testosteron. Senaman seperti mengangkat berat dan boleh membantu meningkatkan hormon ini. Kebanyakan senaman, terutamanya senaman kardiovaskular, boleh membantu memastikan berat badan kekal unggul. Berat badan optimum memastikan hormon testosteron pada paras yang normal. 
  • Antibiotik: Ubat antibiotik berguna bagi merawat jangkitan kuman.

Tahap testosteron rendah (hypogonadism)

Paras hormon testosteron yang terlalu rendah dipanggil “hypogonadism”. Jika anda mempunyai simptom “hypogonadism”, sila berjumpa doktor untuk konsultasi kesihatan. Nasihat di bawah adalah nasihat umum bagi membantu meningkatkan paras testosteron dan bukannya rawatan spesifik.
  • Sesetengah makanan boleh memainkan peranan bagi meningkatkan paras testosteron anda. 
  • Pastikan anda mendapat cukup zink dan vitamin D bagi paras mengekalkan testosteron anda pada tahap yang normal. 
  • Bawang putih juga boleh meningkatkan paras testosteron. 
  • Terapi penggantian testosteron digunakan untuk membantu merawat mereka yang mempunyai paras testosteron yang sangat rendah. 
  • Paras yang tidak normal ini biasanya menjejaskan fungsi badan. Ia juga boleh menyumbang kepada penurunan jisim otot dan penurunan syahwat. 
  • Ubat ini terdapat dalam bentuk pil, tampalan, dan gel serta cecair yang perlu disuntik ke dalam badan. 

Jangkitan seksual (STI)

  • Rawatan untuk jangkitan seksual adalah antibiotik yang perlu diambil selama 4 hingga 6 minggu, selain pengambilan ubat tahan sakit, dan ubat antiradang serta rehat yang cukup. 
  • Dalam kes-kes STI, anda dan pasangan anda harus mengelakkan dari melakukan  hubungan kelamin sehingga anda telah menyelesaikan regimen antibiotik anda dan sembuh dengan sepenuhnya. Kebanyakan kes epididymitis boleh sembuh dalam tempoh 3 bulan. 
  • Sekiranya nanah terkumpul dalam testis, doktor anda akan menggunakan jarum atau pembedahan untuk mengeluarkannya. 
  • Pembedahan adalah pilihan terakhir jika tiada rawatan lain yang berjaya. 

Aglutinasi sperma

  • Jika aglutinasi disebabkan oleh demam atau jangkitan, ia akan pulih selepas rawatan. 
  • Dalam kes-kes yang aglutinasi ringan atau sederhana, terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh digunakan.
  • Dalam kes-kes yang teruk, ada kemungkinan bahawa aglutinasi tidak akan sembuh, tetapi beberapa rawatan reproduktif dapat membantu mengatasi masalah kesuburan seperti ICSI.
Kebanyakan kes air mani berketul bukannya suatu masalah yang serius. Jika gejala-gejala lain timbul , atau jika keadaan tidak kembali normal dengan sendirinya atau dengan sedikit perubahan gaya hidup, maka anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor untuk menentukan sebabnya dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Rujukan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor RM0
Hadiah Tunai RM30 eFarmasi
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >