Fahami Khasiat Air Suam & Ketahui Jika Ia Boleh Membunuh COVID Atau Sebaliknya

Benarkah Air Suam Boleh Membunuh COVID-19? Mitos atau Fakta?- DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera. Terdapat satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada pihak doktor. Pada hari ini, sewaktu saya melayari internet, saya ada terbaca tentang peranan air suam sebagai penawar kepada virus COVID-19 yang sedang berleluasa ini. Saya sebenarnya sedang mengalami gejala seperti batuk, demam dan selesema. Namun, saya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau pun kontak dengan pesakit COVID-19. Saya ada ke kedai untuk membeli barangan keperluan. Namun, saya telah menjalankan langkah pencegahan yang sewajarnya. Persoalan saya, betulkan air suam boleh membunuh virus tersebut dan bolehkah saya bergantung hanya kepada penawar semula jadi ini?
Anonymous
Salam Sejahtera. Terdapat satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada pihak doktor. Pada hari ini, sewaktu saya melayar... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Untuk makluman anda, air suam mempunyai banyak khasiat yang membantu tubuh badan menjadi sihat. Namun, setakat ini tiada kajian sah yang membuktikan ia boleh menjadi penawar sehingga anda tidak memerlukan rawatan perubatan di hospital jika anda disahkan positif jangkitan virus COVID-19. Saya akan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang persoalan yang anda ajukan ini.
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Untuk makluman anda, air suam mempunyai banyak khasiat yang mem... See More

Fahami Khasiat Air Suam & Ketahui Jika Ia Boleh Membunuh COVID Atau Sebaliknya

Pada hujung tahun 2019, kita dikejutkan dengan jangkitan virus misteri yang telah meragut ratusan nyawa dan kini angka tersebut telah mencapai ribuan angka. Virus ini terlalu baru untuk diketahui puncan, rawatan dan langkah pencegahan yang efektif. Virus misteri yang pada mulanya hanya dikenali sebagai Noval-Coronavirus telah diberi nama sebagai COVID-19. Kes-kes positif dan kematian menghiasi corong-corong radio dan skrin televisyen seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh kerana data yang menggerunkan masyarakat dunia ini, pelbagai langkah dan kajian yang dijalankan dengan pesat. Para saintis bergiat aktif untuk mencipta vaksin yang sesuai bagi mengatasi penyebaran dan komplikasi virus COVID yang tersebar melangkaui sempadan dan benua dengan cepat. 

Saban hari, bukan sekadar saintis, masyarakat juga mula mencari akal untuk merungkai langkah pencegahan yang mampu merencatkan penyebaran virus ini. Negara Malaysia sememangnya kaya dengan hasil bumi seperti herba yang memiliki pelbagai khasiat penting. Maka, tidak hairanlah timbul beberapa idea tentang keberkesanan air bawang putih, daun semambu, air serai dan sebagainya dalam mencegah virus yang masih belum dikaji secara holistiknya lagi. Terdapat juga perkhabaran tentang air suam mampu membunuh kuman penyebab penyakit. Idea ini sememangnya bernas kerana sudah tentu pelbagai khasiat yang ada pada air suam. Namun, benarkah ia mampu membunuh virus COVID-19? Kami akan mengulas tentang perihal tersebut.

Umum mengetahui tentang khasiat air suam kepada badan. Ia mengekalkan hidrasi pada badan dan mengelakkan daripada gejala sembelit, mencantikkan rambut agar tidak kering dan memudahkan pengaliran darah dalam badan. Namun, adakah ia juga mempunyai fungsi sebagai pembunuh virus COVID-19? Menurut ahli klinikal epidemiologi di London, amalan minum air suam tidak membunuh virus tersebut. Hal ini kerana, jangkitan dalam badan biasanya terhasil setelah kita terdedah kepada bilangan virus yang tinggi. Tubuh badan manusia diciptakan mempunyai daya tahan yang tinggi dan hanya akan dijangkiti setelah virus membiak dalam jumlah ribuan atau jutaan dalam badan. Maka, dengan meminum air suam dan membiarkan air mengalir kedalam saluran makanan untuk mengalirkan virus ke dalam perut, ia tidak mampu menghilangkan jumlah virus yang tinggi dalam badan. Selain itu, virus COVID-19 tidak hanya berada di dalam kerongkong atau mulut. Ia boleh merebak ke dalam badan melalui lubang hidung dan mata. Oleh sebab itu, pihak berkuasa menasihatkan orang awam agar tidak memegang muka setelah terdedah kepada dunia luar atau kawasan yang sesak. 

Ada yang berpandangan bahawa sejurus virus COVID-19 masuk ke dalam perut, ia akan mati dan tidak membiak. Sememangnya asid dalam perut mempunyai kebolehan untuk melarutkan besi kerana tahap pHnya yang sangat rendah. Namun, ini tidak bermaksud ia boleh membunuh virus COVID-19 dengan sekelip mata sahaja. Virus MERS-CoV merupakan virus daripada kumpulan yang sama seperti COVID-19. Menurut kajian, ia boleh kekal hidup dalam perut manusia sehingga boleh menimbulkan gejala pada usus manusia. Begitu juga dengan virus COVID-19, terdapat kes dimana pesakit mengadu kesakitan pada bahagian perut dan mengalami cirit-birit. Hal ini memberi gambaran bahawa virus ini masih boleh hidup dalam sistem pencernaan manusia seperti perut dan usus. Dalam pada itu, najis pesakit COVID-19 juga telah dikaji dan sebanyak 50% daripadanya, mengandungii virus tersebut. Maka, bagi menjawab persoalan diatas iaitu benarkah minum air suam boleh membunuh kuman penyebab jangkitan? Jawapannya, tidak sama sekali.