Bagaimana Cara Untuk Saya Memilih Alat Bantu Dengar Sesuai Untuk Anak Saya?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Soalan:
Salam sejahtera doktor. Baru-baru ini anak saya didapati mempunyai masalah pendengaran. Ianya dikesan kerana anak saya kurang responsif dan lambat bercakap berbanding kakak dan abangnya yang lain sebelum ini. Saya sangat risau mengenai anak saya dan ingin dia membesar seperti kanak-kanak biasa. Saya ada membaca mengenai alat bantu dengar dan doktor juga ada mencadangkan alat ini.Tetapi, bolehkah doktor menerangkan serba sedikit mengenai alat ini dan bagaimana ianya berfungsi?
Jawapan:
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Seperti stetoskop yang menguatkan lagi bunyi jantung yang perlahan bagi membantu para doktor untuk mendengar lebih baik dan alat bantu penglihatan untuk membantu individu rabun melihat dengan lebih jelas, alat bantu dengar ini berfungsi dengan membuat suara menjadi lebih kuat sehingga individu yang mengalami masalah pendengaran dapat mendengar lebih jelas. Hal ini boleh membantu anak anda belajar berkomunikasi, dan menjalani aktiviti harian dengan lebih baik. Saya akan menerangkan serba sedikit bagaimana alat bantu dengar ini melalui penulisan artikel di bawah. Diharap ianya boleh memberi sedikit penjelasan kepada anda.

Alat bantuan pendengaran adalah alat elektronik kecil yang menggunakan kuasa bateri dan dipakai di dalam atau di belakang telinga.

Alat ini mempunyai tiga bahagian asas iaitu mikrofon, penguat audio, dan pembesar suara. Mikrofon berfungsi menerima suara dari sekeliling dan mengubah gelombang suara menjadi isyarat elektrik atau kod nombor sebelum menghantarnya ke penguat audio. Penguat audio kemudiannya meningkatkan kekuatan isyarat dan menghantarnya ke telinga melalui pembesar suara

Dua jenis litar elektronik utama yang digunakan oleh alat bantu dengar berfungsi iaitu

analog dan digital.

  • Analog- ianya berfungsi dengan menukar gelombang bunyi menjadi isyarat elektrik. Alat bantu dengar analog ini diprogramkan oleh pengeluar mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pakar audiologi. Dengan kata lain, alat dengar ini dicipta khas mengikut keperluan setiap pengguna. Selain itu, alat ini boleh boleh dilaraskan dan diubah mengikut persekitaran pendengaran yang berbeza seperti di kawasan yang senyap atau kawasan yang bising. Litar analog ini boleh digunakan dalam semua jenis alat pendengaran dan biasanya lebih murah daripada alat bantu digital.
  • Digital- litar jenis ini menukar gelombang bunyi menjadi kod berangka, seperti kod binari yang diguna di dalam komputer sebelum menguatkannya. Oleh kerana kod ini juga menyertakan maklumat tentang nada atau kebesaran suara, maka litar jenis ini dapat diprogramkan secara khusus untuk memperkuat beberapa frekuensi berbanding yang lain. Selain itu ianya juga memberi lebih fleksibiliti kepada audiolog dalam menyesuaikan alat bantu dengar dengan keperluan pengguna serta bunyi persekitaran. Alat bantu ini juga boleh diprogram untuk memfokuskan pada suara yang berasal dari arah tertentu. Litar digital ini juga boleh digunakan dalam semua jenis alat pendengaran.

Selain itu, terdapat 3 jenis fizikal alat bantu dengar iaitu:

  • Belakang telinga/Behind-the-ear (BTE): Bahagian elektronik berada di dalam sarung plastik yang terletak di belakang telinga. Jenis BTE ini digunakan oleh individu dari semua peringkat umur untuk kehilangan pendengaran ringan hingga teruk.
  • Dalam telinga/In-the-Ear (ITE): alat bantu dengar jenis ini masuk sepenuhnya ke dalam telinga bahagian luar. Beberapa bantuan ITE mungkin mempunyai ciri tambahan tertentu yang dipasang, seperti telecoil. Telecoil adalah gegelung magnetik kecil yang membolehkan pengguna menerima suara melalui litar alat bantu pendengaran, berbanding mikrofon. Ini memudahkan pemakai mendengar perbualan melalui telefon serta mendengar di kemudahan awam yang telah mengunakan sistem bunyi khas iaitu sistem gelung induksi yang biasanya dipasang di sekolah, lapangan terbang, dan auditorium. Alat bantu ITE ini boleh digunakan kepada mereka yang mempunyai kehilangan pendengaran ringan hingga teruk. Tetapi, biasanya ia tidak dipakai oleh kanak-kanak kerana sarung akan perlu diganti selalu seiring dengan pembesaran telinga kanak-kanak tersebut.
  • Alat bantu dengar dalam saluran terdapat dua jenis iaitu in-the-canal (ITC) yang dibuat agar sesuai dengan ukuran dan bentuk saluran telinga seseorang dan completely-in-canal (CIC) yang berada sepenuhnya di dalam kanal dan hampir tersembunyi di saluran telinga. Kedua-dua jenis ini digunakan untuk kehilangan pendengaran ringan hingga sederhana. Oleh kerana saiznya yang kecil, alat bantu jenis ini sukar untuk diatur atau dibuka dan mempunyai ruang yang sedikit untuk bateri dan peranti tambahan, seperti telecoil. Kanak-kanak atau orang yang mengalami gangguan pendengaran yang teruk tidak disarankan untuk menggunakan alat bantu dengar jenis ini kerana daya dan kelantangan yang terhad.

Masalah pendengaran boleh didefinisikan dalam salah satu daripada tiga jenis berikut:

  • Konduktif (melibatkan telinga luar atau tengah)
  • Sensorineural (melibatkan telinga dalam)
  • Campuran (gabungan keduanya)

Bukan semua jenis masalah pendengaran boleh diatasi dengan alat bantu pendengaran ini. Selalunya, alat bantu dengar ini adalah untuk orang yang mengalami kerosakan sensorineural yang melibatkan telinga bahagian dalam atau saraf yang menghubungkan telinga dengan otak. Kerosakan seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh penuaan,terdedah dengan bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama, beberapa jenis ubat-ubatan serta penyakit.

Manakala kehilangan pendengaran konduktif yang melibatkan masalah dengan saluran telinga, gendang telinga, atau telinga tengah lebih sesuai dirawat dengan pembedahan atau bantuan perubatan lain. 

Sekiranya anda mengalami masalah pendengaran, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca masalah pendengaran anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai.



Cara untuk memilih alat pendengaran yang bagus dan sesuai untuk anda bergantung pada:

  • Jenis dan tahap pendengaran anda- Sekiranya anda mengalami gangguan pendengaran di kedua telinga anda, disyorkan untuk anda menggunakan alat bantu dengar di kedua belah telinga untuk memberi isyarat yang lebih baik kepada otak. Selain itu, mendengar dari kedua belah telinga dapat membantu memahami pertuturan dan mencari lokasi asal
  • Harga- Harga alat pendengaran telinga di Malaysia boleh mencecah ratusan hingga beberapa ribu ringgit. Namun, jangan gunakan harga sahaja untuk menentukan alat bantu pendengaran terbaik untuk anda. Hanya kerana satu alat pendengaran lebih mahal daripada yang lain tidak semestinya ia lebih sesuai dengan keperluan anda.
  • Sesuai dengan keperluan dan gaya hidup serta senang digunakan- memakai alat pendengaran anda secara berkala boleh meningkatkan kesedaran anda tentang bunyi dan sumbernya. Maka, pilih jenis yang senang dipakai dan sesuai untuk anda. 

Ciri-ciri lain yang perlu dipertimbangkan termasuklah jaminan, anggaran kekerapan dan kos untuk penyelenggaraan dan pembaikan, peluang untuk penambahbaikan alat (upgrade), kualiti dan reputasi syarikat yang menjual alat bantu dengar tersebut.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!