Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020
Salam doktor. Saya berumur 28 tahun, merupakan pekerja kilang, dan masih belum berkahwin. Sejak beberapa bulan yang lepas, saya kerap mengalami beberapa gejala yang agak merimaskan iaitu hidung gatal dan berair, kerap bersin dan mata terasa gatal. Ia tidak muncul setiap hari. Saya akan mengalami gejala-gejala ini pada hari dan waktu yang tertentu. Gejala ini akan menjadi teruk terutamanya apabila saya terdedah kepada habuk dan asap kenderaan atau selepas saya bermain dengan kucing. Saya tidak mengambil sebarang ubat kerana bagi saya ia tidak terlalu teruk tetapi ia turut menganggu rutin harian kerana kadang-kadang saya tidak berasa selesa. Selain itu, saya turut mengalami mata berair dan terasa gatal pada mata dan hidung sering tersumbat. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, adakah penyakit ini berkaitan dengan rongga sinus iaitu penyakit sinusitis atau disebabkan oleh ulat dalam hidung yang dipanggil sebagai resdung? Apakah rawatan yang diperlukan untuk merawat atau hilangkan gejala ini?
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, kemungkinan besar penyakit yang anda alami ini berkaitan dengan resdung (Allergic Rhinitis). Resdung berlaku disebabkan oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi dan lendir yang berlebihan akan terhasil.Agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk. Ini akan membantu mengurangkan gejala bagi resdung.
Alergen adalah komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.
Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
Apabila badan anda berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh anda daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah:
Gejala-gejala bagi resdung termasuklah:
Anda biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.
Anda boleh merawat atau hilangkan resdung melalui beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
Antihistamin
Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin.
Antara antihistamin yang sering digunakan termasuklah:
Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
“Decongestant”
Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan inus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk.
“Decongestant” yang biasa digunakan termasuklah:
Jika anda mengalami degupan jantung yang tidak normal, penyakit jantung, sejarah strok, kegelisahan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, atau masalah pundi kencing, bincang dengan doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Ubat titis mata dan semburan hidung
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman webwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - penyebab resdung, gejala resdung, ubatan resdung
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my