Setiap orang mungkin akan menjadi musykil tentang kejadian batu hempedu yang boleh menyebabkan keradangan hempedu sehingga memerlukan rawatan pembedahan. Kebanyakannya tertanya-tanya tentang bagaimana batu yang keras boleh wujud dalam badan manusia. Sebenarnya, batu hempedu atau nama saintifiknya Cholelithiasis wujud daripada jus hempedu yang berubah menjadi kristal.Terdapat dua jenis batu hempedu yang boleh terhasil iaitu jenis kolesterol dan jenis batu berwarna gelap. Batu ini normal untuk wujud dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, jika ia terlalu besar dan menyebabkan keradangan kepada hempedu atau bergerak menutupi aliran jus hempedu, ia boleh menjadi penyakit yang merbahaya kepada manusia.