Dikemaskini pada: Jun 5, 2020
Terima kasih atas soalan anda.
Benjolan di ketiak boleh terjadi atas pelbagai sebab. Ia boleh terjadi disebabkan oleh bengkak pada sekurang-kurangnya satu kelenjar limfa di bahagian bawah lengan kanan atau kiri anda. Kelenjar-kelenjar limfa adalah kelenjar berbentuk bujur kecil yang terletak di seluruh badan. Benjolan di ketiak juga mungkin disebabkan oleh sista, jangkitan, atau kerengsaan akibat penggunaan bercukur atau deodoran. Walau bagaimanapun, ketulan ini juga boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius.
Terdapat banyak penyebab benjolan di ketiak. Kebanyakan benjolan di ketiak adalah tidak berbahaya, walau bagaimanapun, benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Antara sebab utama benjolan di ketiak termasuklah:
Fibroadenoma
Sista
Jangkitan virus atau bakteria
Lipoma
Jangkitan kulat
Penyakit lupus
Kanser payudara
Limfoma
Leukemia
Benjolan di bawah ketiak boleh berlaku kepada lelaki dan wanita dari semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, benjolan di bawah ketiak sering membimbangkan kaum wanita kerana ia boleh menjadi petanda kepada kanser payudara. Wanita disarankan untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara pada setiap bulan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan ketika mandi atau di bilik tidur untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara seperti:
Perubahan pada puting payudara
Struktur kulit yang berubah
Bengkak
Merah
Bernanah
Benjolan pada payudara
Sekiranya terdapat salah satu perubahan yang dinyatakan haruslah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kebiasaannya payudara akan terkesan dengan perubahan hormon semasa kedatangan haid, oleh itu payudara akan lebih sensitif dan sakit ketika ini. Oleh itu, pemeriksaan payudara ini sebaiknya dilakukan dalam 2-3 hari selepas haid berakhir.
Kanser payudara juga boleh terjadi kepada golongan lelaki walaupun jarang berlaku. Oleh itu, seorang lelaki yang mengalami tanda-tanda atau perubahan pada bahagian dada tersebut haruslah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Penggunaan bahan kimia seperti deodoran, bahan anti-peluh dan sabun
Alahan terhadap vaksin
Kerengsaan selepas bercukur atau penggunaan “wax” atau krim yang tidak sesuai dengan kulit bagi tujuan mencabut bulu roma di ketiak
Kebanyakan benjolan di ketiak biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan. Pesakit akan disarankan untuk merawatnya sendiri di rumah dan memantau benjolan tersebut. Sebarang perubahan yang membimbangkan pada benjolan tersebut perlu dimaklumkan kepada doktor untuk tindakan selanjutnya. Selain pil tahan sakit dan ubat untuk mengurangkan bengkak akan diberikan sekiranya perlu. Biasanya antibiotik akan diberikan bagi benjolan yang disebabkan jangkitan bakteria. Tuaman panas juga boleh dilakukan dirumah bagi menyurutkan bengkak.
Bagi sesetengah benjolan yang mungkin bernanah atau mengandungi cecair, prosedur pembedahan kecil dinamakan “incision and drainage” akan dilakukan untuk mengeluarkan nanah atau cecair tersebut. Pembedahan juga boeh dilakukan untuk membuang bejolan yang lemak yang dinamakan “lipoma” atau benjolan yang disebabkan “fibroadenoma”. Kedua dua jenis benjolan ini adalah tidak merbahaya, namun prosedur pembedahan ini sering dilakukan bagi tujuan kecantikan dan menghilangkan kerisauan pesakit.
Terdapat benjolan yang terjadi akibat masalah kesihatan yang lebih serius seperti kanser malignan yang telah merebak ke bahagian saluran limfa. Bagi masalah seperti ini pembedahan membuang benjolan limfa yang terlibat mungkin diperlukan. Bagi tahap kanser yang lebih serius, rawatan dengan radioterapi atau kemoterapi mungkin akan digunakan.
Tanda-tanda amaran yang menunjukkan benjolan ketiak berkemungkinan desebabkan oleh sesuatu masalah kesihatan yang serius adalah seperti berikut:
Saiz benjolan bertambah
Bilangan benjolan bertambah
Warna kulit pada bahagian benjolan berubah
Benjolan keras dan mempunyai bentuk tidak sekata
Struktur kulit pada benjolan berubah
Sekiranya seseorang mengalami gejala-gejala diatas, atau mempunyai sebarang keraguan terhadap benjolan yang dialami, haruslah berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada doktor di klinik atau hospital. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.
Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - benjolan di ketiak sakit bila ditekan, ciri ciri benjolan di ketiak yang tidak berbahaya, otot benjolan di ketiak, penyebab benjolan di ketiak kiri
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my