Jangkitan Yis
Adakah anda tahu bahawa bibir retak ini mungkin tanda jangkitan yis? Ini terutamanya jika anda mempunyai keretakan di sudut mulut. Bibir retak mungkin bermakna anda menghasilkan terlalu banyak yis. Yis ini boleh tumbuh dalam keadaan hangat, lembap yang dihasilkan dari menjilat bibir anda. Langkah penyembuhan terbaik adalah untuk mengekalkan tahap hidrasi- minum banyak air dan elakkan menjilat bibir anda.
Alahan
Jika bibir anda bengkak, ini mungkin reaksi alergi. Anda boleh mengalami alergi terhadap produk bibir yang anda gunakan. Anda juga boleh alah kepada makanan tertentu. Ambil perhatian tentang apa yang anda makan dan hanya gunakan produk yang sesuai untuk anda.
Dehidrasi
Bibir, mulut, dan mata kering adalah semua tanda-tanda dehidrasi. Untuk mengelakkan dehidrasi, disyorkan supaya anda minum lapan hingga dua belas gelas air setiap hari. Jika anda seorang pesakit diabetes atau atlet, ana haruslah meminum lebih banyak air! Dehidrasi menimbulkan ketidak-seimbangan semula jadi mineral di dalam badan kita, menyebabkan kerosakan pada kulit kita dan menyebabkan bibir kita pecah.
Kerosakan Matahari
Pendedahan matahari dan angin, terutamanya semasa musim sejuk, boleh menjadi penyebab bibir pecah dan sakit. Sekiranya anda berada di udara kering dan musim sejuk, pastikan anda menggunakan produk bibir yang mengandungi bahan pelindung matahari.
Kekurangan Vitamin
Vitamin B2, atau riboflavin, diperlukan untuk fungsi sel, metabolisme lemak, dan mengekalkan tahap normal asid amino homocysteine dalam darah. Jika bibir anda pecah dan bengkak, mungkin penyebab dari kekurangan riboflavin. Anda haruslah memakan banyak makanan yang kaya dengan vitamin B2 seperti telur dan daging tanpa lemak.
Terlalu banyak vitamin A
Dari sudut lain, bibir kering boleh bermakna anda mengambil terlalu banyak vitamin A. Tahap Vitamin A yang bahaya boleh berlaku jika anda mengambil terlalu banyak makanan tambahan - anda harus berhati-hati dalam mengambil supplemen vitamin A kerana kebanyakan sumber dari pemakanan anda sudah mencukupi . Jika anda mempunyai terlalu banyak vitamin A dalam sistem anda, kulit dan bibir anda boleh mula mengupas dan retak. Ini kemungkinan besar berlaku kepada orang remaja yang makan supplemen vitamin A untuk jerawat mereka.
Ubat-ubatan
Jika anda mengambil ubat untuk hipotiroidisme, jerawat, atau tekanan darah tinggi, anda mungkin mempunyai reaksi alergi terhadap ubat-ubatan ini, menyebabkan bibir anda menjadi kering dan mengeras. Rujuk doktor anda jika anda fikir ini adalah sebab di sebalik bibir kering anda.
Jika anda ingin mengetahui lebih mengenai punca bibir kering anda boleh bercakap dengan doktor.