Dikemaskini pada: Jun 15, 2020
Hello, doktor. Saya berumur 60 tahun dan mempunyai anak lelaki yang berusia 30 tahun. Saya ingin bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan anak saya ini. Sebulan yang lepas, saya mula menyedari beberapa gejala yang pelik terhadap anak saya. Saya pernah melihat anak saya dalam keadaan yang sangat “down” atau kemurungan yang melampau sehingga tidak lalu untuk makan dan minum untuk beberapa hari dan menyebabkan berat badannya merosot dengan banyak. Tetapi, kadang-kala dia bercakap tanpa henti seharian dan sangat gembira sehingga menggunakan banyak duit untuk berbelanja dan sering menyentuh tentang isu agama. Perangainya sangat berbeza berbanding daripada tahun-tahun sebelum ini dan untuk pengetahuan doktor, anak saya sudah tidak bekerja dan kerap bertukar kerja sebelum ini. Jadi, apakah penyebab gejala anak saya ini dan adakah ia berkaitan dengan kesihatan mental seperti penyakit bipolar?
Orang yang mempunyai gangguan bipolar mungkin menghadapi masalah menguruskan tugasan harian di sekolah atau tempat kerja, atau dalam mengekalkan hubungan sosial.
Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai penyakit manik-depresi, adalah gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian.
Terdapat 3 jenis gangguan bipolar; semuanya melibatkan perubahan dari segi mood, tenaga, dan tahap aktiviti :
Bipolar I
Ia ditakrifkan melalui penampilan sekurang-kurangnya satu episod manik. Anda mungkin mengalami episod-episod hipomanik atau depresi sebelum dan selepas episod manik. Gangguan bipolar jenis ini kebiasaannya terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.
Bipolar II
Orang yang mempunyai gangguan bipolar jenis ini akan mengalami satu episod kemurungan yang berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka juga mempunyai sekurang- kurangnya satu episod hipomanik yang berlanjutan selama empat hari. Jenis gangguan bipolar ini dianggap lebih biasa terjadi kepada wanita.
Cyclothymia
Pesakit cyclothymia mengalami kedua-dua episod hipomania dan kemurungan. Gejala-gejala ini berlalu dalam jangka masa yang pendek dan kurang serius daripada gangguan bipolar I atau bipolar II. Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini hanya mengalami simptom yang berkekalan selama satu atau dua bulan dalam satu masa.
Penyakit bipolar mungkin disebabkan oleh:
1) Genetik
Jika ibu bapa atau adik-beradik anda mempunyai gangguan bipolar, anda lebih cenderung untuk mengalami penyakit ini berbanding dengan orang lain. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa kebanyakan orang yang mempunyai sejarah ahli keluarga dengan gangguan bipolar tidak semestinya akan mengidap penyakit bipolar.
2) Otak
Struktur otak anda mungkin memberi kesan kepada risiko untuk menghidap penyakit ini, terutamanya struktur atau fungsi otak yang tidak normal.
3) Faktor persekitaran
Keadaan ini bukan sahaja mengambil kira apa yang ada di dalam tubuh untuk risiko mendapat gangguan bipolar malahan faktor persekitaran luaran juga turut menyumbang. Faktor-faktor ini termasuklah:
Terdapat tiga gejala utama yang berlaku dengan gangguan bipolar: mania, hypomania, dan kemurungan.
Semasa mengalami mania, seseorang yang mengalami gangguan bipolar mungkin berasa teruja, impulsif, euphorik, dan penuh dengan tenaga. Semasa episod manik, mereka juga boleh bertingkah laku seperti:
Hypomania biasanya dikaitkan dengan gangguan bipolar II. Ia sama dengan mania, tetapi tidak terlalu teruk. Tidak seperti mania, hypomania mungkin tidak menyebabkan sebarang masalah di tempat kerja, sekolah, atau dalam hubungan sosial. Mereka masih menyedari perubahan dalam mood mereka.
Semasa episod kemurungan anda mungkin mengalami:
Walaupun ia bukan keadaan yang jarang berlaku, gangguan bipolar menjadi sukar untuk didiagnosis disebabkan oleh pelbagai bentuk gejala.
Lelaki dan wanita didiagnosis dengan gangguan bipolar dalam jumlah yang sama rata. Walau bagaimanapun, simptom utama gangguan mungkin berbeza antara kedua-dua jantina. Dalam kebanyakan kes, seorang wanita dengan gangguan bipolar boleh:
Wanita yang mengalami gangguan bipolar juga boleh mempunyai gejala yang lebih kerap berulang kembali walaupun dalam rawatan. Teori ini dipercayai berpunca daripada perubahan hormon yang dikaitkan dengan haid, kehamilan, atau menopause.
Lelaki mungkin mengalami gejala yang berbeza sedikit daripada wanita. Lelaki dengan gangguan bipolar boleh:
Lelaki dengan gangguan bipolar kebiasaanya menangguhkan mendapatkan rawatan lanjut. Justeru itu, mereka lebih berisiko untuk membunuh diri akibat bipolar.
Terdapat beberapa rawatan yang boleh membantu anda mengawal gangguan bipolar.
A) Ubat-ubatan
Antara yang disyorkan termasuklah:
B) Psikoterapi
Rawatan psikoterapi yang disyorkan merangkumi:
C) Pilihan rawatan lain
Rawatan lain yang mungkin digunakan termasuklah:
D) Perubahan gaya hidup
Terdapat juga beberapa langkah mudah untuk membantu mengawal gangguan bipolar anda:
Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital terdekat. Jika tiada sebarang kes kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman webwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - cara menyembuhkan penyakit bipolar, ciri-ciri penyakit bipolar, bahaya penyakit bipolar
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my