Hello, doktor. Saya seorang ibu kepada anak yang berusia 10 tahun dan ingin bertanya mengenai masalah yang berkaitan dengan anak saya ini. Sejak sebulan yang lepas, anak saya sering mengadu sakit-sakit di bahagian telinga. Pada awalnya, saya merasakan ia akan sembuh dengan sendiri, tapi lama-kelamaan sakit itu menjadi lebih teruk dan lebih kerap. Baru-baru ini, dia juga turut rasa seperti telinga berdengung dan sukar untuk mendengar dengan baik walaupun namanya dipanggil berkali-kali. Dia turut mengadu sering pening sejak mengalami sakit telinga ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah punca kepada gejala yang dialami oleh anak saya dan adakah rawatan yang sesuai untuk masalah ini? Mungkinkah tahi telinga tersumbat menyebabkan masalah ini?
Tahi telinga dikatakan tersumbat apabila ia terkumpul di liang telinga hingga ke tahap di mana terdapat tanda-tanda yang menyebabkan rasa tidak selesa. Adalah penting untuk diingatkan bahawa bagi kebanyakan orang, telinga mungkin tidak perlu dibersihkan kerana ia akan dibersihkan sendiri. Tahi telinga tersumbat (Blocked Ear Wax) sering berlaku apabila anda menggunakan alat seperti putik kapas atau “bobby pins” untuk cuba membersihkan telinga mereka. Tabiat ini akan menyebabkan tali telinga masuk lebih jauh ke dalam telinga dan boleh menyebabkan kecederaan pada telinga.
Liang telinga menghasilkan sejenis kotoran yang dipanggil cerumen atau dikenali sebagai tahi telinga. Cerumen melindungi telinga dari habuk, zarah asing, dan mikroorganisma. Ia juga melindungi liang telinga daripada kerengsaan apabila terdedah kepada air.
Apabila kelenjar menghasilkan tahi telinga berlebihan, ia boleh menjadi lebih keras sehingga mengakibatkan telinga tersumbat. Justeru, apabila anda membersihkan telinga menggunakan kaedah yang salah, anda secara tidak sengaja boleh menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam, menyebabkan liang telinga tersekat. Tahi telinga yang terkumpul adalah salah satu sebab bagi kehilangan pendengaran secara sementara.
Anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor apabila. Rawatan kebiasaannya cepat dan tidak menyakitkan, dan pendengaran boleh pulih dengan baik.
Tahi telinga tersumbat adalah salah satu masalah telinga yang paling biasa dilihat oleh doktor.
Perubahan warna tahi telinga dari warna kuning cerah kepada coklat gelap. Namun begitu, warna tahi telinga tidak menjadi aspek utama bagi menentukan diagnosis. Gejala-gejala tahi telinga tersumbat termasuklah:
Tahi telinga tersumbat yang tidak dikeluarkan boleh menyebabkan jangkitan. Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala jangkitan, seperti:
Penting untuk diingati bahawa kehilangan pendengaran, pening, dan telinga sakit juga boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain. Pemeriksaan perubatan yang lengkap dapat membantu menentukan sama ada masalah itu disebabkan oleh tahi telinga tersumbat atau masalah kesihatan yang lain.
Kanak-kanak, seperti orang dewasa, juga menghasilkan tahi telinga secara semulajadi. Membersihkan liang telinga dengan cara yang tidak mematuhi nasihat pakar kesihatan akan menyebabkan tahi telinga tersumbat.
Sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami tahi telinga tersumbat, adalah sebaiknya berjumpa dengan pakar pediatrik. Jika anak anda mempunyai tabiat memasukkan jari atau objek lain ke dalam telinga mereka, anda harus kerap memeriksa telinga mereka untuk memastikan tiada tahi telinga tersumbat.
Sesetengah orang dewasa akan membiarkan tahi telinga terkumpul sehingga pendengaran mula terjejas. Malah,kebanyakan kes kehilangan pendengaran pada orang dewasa adalah disebabkan tahi telinga tersumbat.
Anda sepatutnya tidak perlu cuba untuk mengeluarkan tahi telinga yang terkumpul. Cubaan untuk melakukan sedemikian boleh menyebabkan kerosakan pada telinga dan membawa kepada jangkitan atau kehilangan pendengaran. Walau bagaimanapun, anda boleh membersihkan liang telinga pada bahagian luar telinga sahaja dengan menggunakan putik kapas jika perlu.Terdapat beberapa rawatan atau cara untuk menghilangkan tahi telinga tersumbat ini, antaranya ialah:
A) Melembutkan tahi telinga
Untuk melembutkan tahi telinga, anda boleh membeli titisan telinga di famasi yang dihasilkan khusus untuk fungsi ini. Anda juga boleh menggunakan bahan berikut:
B) Pengairan (irrigation) dalam telinga
Satu lagi cara untuk membuang tahi telinga tersumbat adalah dengan mengairi telinga. Jangan cuba mengairi telinga jika anda mengalami kecederaan telinga atau bakal menjalani prosedur perubatan yang berkaitan dengan telinga. Pengairan terhadap gegendang telinga yang pecah boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau jangkitan.
Jangan menggunakan produk yang dihasilkan untuk mengairi mulut atau gigi anda. Produk tersebut akan menghasilkan lebih banyak tekanan yang mungkin tidak dapat ditampung oleh gegendang telinga anda.
Untuk mengairi telinga anda dengan betul, ikut arahan pada produk tersebut, atau ikuti langkah-langkah berikut:
Kaedah tersebut mungkin perlu dilakukan untuk beberapa kali. Jika anda sering mengalami tahi telinga tersumbat, pengairan telinga secara rutin boleh membantu mencegah keadaan ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor. Jika bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - telinga tersumbat kotoran keras, ciri ciri telinga tersumbat kotoran, cara mengatasi telinga tersumbat kotoran keras
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my