Apa saya perlu buat untuk melegakan telinga tersumbat (Blocked Ears)?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 37 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berusia 35 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Saya selalu rajin meluangkan masa lapang saya dengan aktiviti seperti berenang. Saya memang setiap minggu akan pergi berenang. Namun baru-baru ini saya mendapati macam telinga saya masuk air.

Pada mulanya, saya tidak perasan langsung masalah in tetapi lama kelamaan saya mendapati pendengaran saya pula semakin merosot. Kadang kala cakap telefon juga merupakan sebuah masalah besar kerana saya tidak dapat mendengar apa yang sedang diberitahu oleh orang tersebut. Selain itu juga, saya juga kerana masalah ini telah mula mempunyai masalah sakit telinga. Berikutan itu, saya selalu rasa menjengkelkan dan sering melenting kepada isteri dan anak saya. Saya bimbang jika ini berterusan akan menyebabkan rumah tangga saya runtuh serta keharmonian keluarga saya akan diganggu. Saya juga telah cuba membersihkan telinga menggunakan ‘cotton buds’, tetapi tiada gunanya. Ianya masih sama dan masih rasa seperti telinga masuk air serta telinga tersumbat.

Bolehkah doktor memberitahu saya punca berlakunya masalah telinga tersumbat ini? Apakah rawatan yang boleh diberikan untuk menghilangkan masalah ini dariapda menjadi lebih teruk? Saya berharap doktor tidak keberatan dan sudi membantu menjawab soalan saya ini.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 37 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berusia 35 tahun. Ka... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih encik atas soalan tersebut.

Terima kasih encik atas soalan tersebut.</p> ... See More

Petua melegakan telinga tersumbat

  • Encik boleh menggunakan petua-petua yang diturunkan kepada kita sejak turun temurun untuk menyelesaikan masalah ini.
  • Apa yang encik harus lakukan ialah encik dikehendaki berdiri tegak dengan menggunakan satu kaki, kemudian sengetkan kepala ke arah telinga yang tersumbat lalu encik dikehendaki melompat dengan satu kaki. Ini akan membantu mengeluarkan air yang tersumbat di dalam telinga sekali gus akan melancarkan semula pendengaran encik.
  • Di samping itu, encik dikehendaki membeli alat untuk menutup lubang telinga sewaktu sedang berenang. Alat ini boleh dibeli daripada kedai yang menjual alatan untuk berenang di pasar raya. Alat ini akan lebih membantu encik pergi berenang dengan puas tanpa sebarang masalah kerana tidak perlu selalu risau akan air memasuki lubang telinga dan mengakibatkan kesumbatan.

Apakah itu telinga tersumbat

Telinga tersumbat merupakan suatu fenomena yang mana struktur dalam telinga tersumbat lalu mengakibatkan pendengaran kita terjejas. Apabila masalah ini berlaku, kita akan berasa seolah-olah seperti berada di dalam air atau kepala kita penuh dengan air. Ini akan bertambah teruk apabila anda menaiki kapal terbang kerana anda boleh merasakan keadaan di mana kepala macam ingin pecah.

Apakah penyebab telinga tersumbat

Terdapat banyak sebab berlakunya masalah ini.

  1. A) Masalah Eustachian tube

Salah satu punca berlakunya masalah telinga tersumbat ini adalah tekanan yang berbeza di dalam dan luar telinga. Hal ini kerana tiub Eustachian yang tersumbat akan menyebabkan kesakitan dalam telinga. Tiub Eustachian merupakan tiub yang menghubungkan hidung dan telinga. Tiub ini membantu mengimbangkan tekanan dalam telinga serta tekanan di luar telinga. Apabila seseorang berada dalam keadaan dimana tekanan luar dan dalam telinga berbeza maka secara automatiknya tiub ini akan terbuka dan udara akan masuk bagi mengimbangkan tekanan dalam dan luar telinga. Namun demikian, apabila telinga anda tersumbat, fungsi ini akan terhenti dan akan menyebabkan masalah sakit telinga yang berpunca daripada perbezaan tekanan.

    B) ‘Allergic rhinitis’

    Selain itu, penyebab lain telinga tersumbat adalah masalah alergi rhinitis atau lebih dikenali sebagai selesema. Hal ini kerana penghasilan lendir secara berlebihan. Lendir akan menyebabkan tiub Eustachian tersumbat sekaligus menyebabkan telinga tersumbat. Di samping itu, golongan yang menghadapi masalah ini dinasihatkan untuk tidak menaiki kapal terbang buat sementara waktu sehingga selesema tadi sembuh agar tidak mengakibatkan masalah kesakitan pada telinga.

    1. C) Tahi telinga mengeras

    Masalah lain yang menyebabkan telinga tersumbat adalah taik telinga yang mengeras. Hal ini sememangnya selalu dialami oleh ramai orang. Telinga akan tersumbat akibat tahi telinga yang mengeras. Ini akan menyebabkan telinga tersumbat sekiranya berlarutan dan akan menyebabkan kesakitan jika dibiarkan begitu sahaja. Lama kelamaan pendengaran pula akan berkurang dan ini akan mengganggu rutin seharian.

    1. D) Jangkitan kuman dalam telinga

    Masalah telinga tesumbat juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman dalam telinga. Keadaan ini dipanggil ‘otitis media’. Jangkitan kuman ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan seseorang itu pekak sekiranya diabaikan begitu sahaja. Selalunya, jangkitan ini mudah menyerang kanak-kanak kerana mereka masih belum pandai menjaga kebersihan telinga mereka sendiri. Oleh itu, ianya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan masalah tersebut dirawat dengan segera supaya tidak menjejaskan kesihatan.

Apakah cara menghilangkan telinga tersumbat

Cara menangani masalah ini sudah diamalkan masyarakat kita untuk sekian lama. Berikut merupakan petua yang mudah untuk mengatasi masalah telinga tersumbat oleh nenek moyang kita dan dipraktikkan oleh kita sehingga sekarang. Kaedahnya adalah:

A) Graviti

Kadangkala cecair terperangkap dalam tiub Eustachian telinga yang menyebabkan telinga tersumbat. Oleh itu, kita haruslah berdiri dengan satu kaki, sengetkan kepala ke arah yang tersumbat itu dan melompat dengan satu kaki. Dengan ini, cecair yang terperangkap dalam tiub tersebut akan dapat dikeluarkan sekali gus mengatasi masalah telinga tersumbat.

B) Wap air panas

Petua lain yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah telinga tersumbat adalah dengan mengisikan sebuah bekas dengan air panas. Anda dikehendaki menghirup wap dari bekas tersebut sambil menutup kepala dengan tuala supaya wap tersebut tidak terlepas ke luar. Ini akan membantu melegakan masalah telinga tersumbat dengan mencairkan segala lendiran yang terperangkap dalam tiub Eustachian. Kesemua lendir tersebut akan cair.

C) Menelan air liur atau menguap

Selain itu, petua seterusnya adalah bagi mengatasi masalah telinga tersumbat semasa menaiki pesawat. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita untuk mengepit hidung lalu menelan air liur atau menguap. Ini akan membantu mengimbangkan semula tekanan udara di dalam dan luar telinga seterusnya menyelesaikan masalah telinga tersumbat.

D) Rawatan doktor

Ini haruslah dilakukan sekiranya anda mempunyai masalah tahi telinga mengeras yang menyebabkan berlakunya masalah telinga tersumbat serta membawa kepada sakit telinga. Doktor akan menyedut keluar kesemua tahi dalam telinga dan menyebabkan telinga tidak lagi tersumbat. Selain itu, jika berlakunya sebarang jangkitan kuman, doktor boleh melihat keadaan telinga serta memberikan ubat antibiotik yang bersesuaian.

Sekiranya langkah-langkah tersebut tidak membantu, anda disarankan berjumpa dengan doktor. Anda juga boleh bercakap dengan doktor di www.doctoroncall.com.my.

References