Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 42 tahun. Saya mempunyai penyakit kencing manis kira-kira 2 tahun sekarang. Saya sedang mengambil ubat dan insulin untuk penyakit ini. Kawalan penyakit saya adalah baik, tetapi ada kalanya tahap gula darah saya terlalu tinggi walaupun sudah ambil ubat. Sejak 2 bulan yang lepas, saya perasan saya mempunyai bisul di bahagian belakang leher saya yang serupa jerawat. Saya tidak mempedulikannya, namun ia menjadi semakin besar dan menyakitkan. Bahagian bisul tersebut menjadi kemerahan dan panas. Saya juga berasa demam untuk beberapa hari yang lalu. Saya telah makan ubat panadol, tetapi tidak ada kesan pada bisul tersebut walaupun demam saya telah berkurang. Sekarang, terdapat lebih daripada satu bisul di sekelilingnya. Hal ini menyebabkan saya sukar tidur pada waktu malam dan rasa tidak selesa. Saya juga mengalami kesukaran untuk memakai pakaian kerana apabila ia bergeseran dengan bisul, ia lebih menyakitkan.
Apakah harus saya buat untuk merawat masalah bisul, doktor?
Rujukan
Soalan berkenaan - punca bisul, gejala bisul, cara mengubati bisul
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my