Terima kasih atas soalan tersebut. Encik haruslah memahami bahawa keadaan yang encik mengalami dipanggil buta warna. Ianya selalu datang kepada golongan lelaki. Hal ini kerana lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Ibu encik merupakan pembawa penyakit buta warna ini kerana ibu encik mempunyai pigmen penyakit ini di kromosom beliau. Jadi, ia diturunkan kepada encik dalam bentuk penyakit. Encik tidak perlu bimbang mengenai adik-adik perempuan encik. Mereka tidak akan mengalami masalah yang sama kerana mereka perempuan dan mempunyai dua kromosom X. Masalah ini tidak dapat disembuhkan tetapi encik janganlah berasa sangat sedih dan patah harapan. Masalah ini tidak dapat disembuhkan dalam keadaan encik kerana ia diwarisi. Sekiranya, encik mendapat penyakit buta warna ini menerusi sebarang kemalangan, jadi bolehlah melakukan pembedahan. Jika tidak, maka encik haruslah menabahkan diri. Untuk mendapat informasi yang lebih lanjut, encik bolehlah melawat doktor mata dan mendengar nasihat yang diberikan serta mendapat sedikit kaunseling untuk menenangkan diri
Selain itu, buta warna juga boleh disebabkan oleh sebarang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada retina ataupun kecederaan pada bahagian occipital otak. Hal ini kerana bahagian-bahagian tersebut merupakan bahagian yang penting untuk melihat warna dengan jelas. Kecederaan di bahagian tersebut boleh disembuhkan dengan menjalani pembedahan.
Selain daripada itu, terdapat beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan penyakit buta warna seperti ‘Parkinsons’ dan katarak mata. Kedua-dua penyakit ini boleh juga menjejaskan pandangan sehingga tidak dapat disembuhkan lagi. Oleh itu, individu yang mempunyai penyakit ini haruslah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku kerana apabila pandangan rosak sekali ianya bermaksud selama-lamaya. Jadi, semua pihak haruslah berwaspada.
Terdapat dua cara yang selalu digunakan untuk mengesan pesakit buta warna ini. Cara pertama ialah dengan menggunakan carta Ishihara. Carta ini mengandungi nombor yang ditulis menggunakan sejenis warna dan latar belakangnya mempunyai warna lain yang berbeza. Pesakit diminta membaca nombor yang tertera. Bagi individu yang biasa, ini tidak akan menjadi masalah besar tetapi bagi pesakit buta warna ianya memang sangat susah.
Cara kedua ialah dengan menggunakan kaedah penyusunan. Kaedah ini dibuat dengan cara menyusun blok warna dalam sebaris dan pesakit diminta mengikut penyusunan tersebut. Ini akan menjadi sukar untuk dibuat kerana mereka tidak dapat mengenal pasti sesetengah warna dengan betul. Kedua-dua ujian ini amatlah mudah dan sering digunakan untuk mengesan pesakit-pesakit buta warna.
Penyakit buta warna diwarisi melalui kromosom X. Oleh sebab golongan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, ianya lagi mudah untuk terjejas. Apabila ibu mempunyai pigment buta warna pada kromosom mereka, ia tidak bermaksud ibu tersebut akan dapat penyakit itu. Ia akan diturunkan kepada anak lelaki mereka. Ibu mereka dikatakan hanya pembawa buta warna. Ianya sangat luar biasa untuk seorang wanita mendapat penyakit buta warna ini.
Rujukan
Soalan berkenaan - cara mengatasi buta warna, jenis buta warna, penyebab buta warna, gejala buta warna, buta warna parsial boleh sembuh
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my