Kenali Gejala dan Penyebab Cacar Monyet(Monkeypox) Serta Cara Merawatnya

Cacar Monyet: Simptom, Punca Dan Rawatan Jangkitan "Monkeypox" -DoctorOnCall
Anonymous
Hi Doktor. Saya Grenta. Saya seorang ibu kepada anak lelaki yang berumur tujuh tahun. Anak saya mula demam dan mempunyai ruam di anggota badannya serta belakangnya. Ruamnya berair dan gatal. Saya telah membawa anak saya ke doktor untuk pemeriksaan. Doktor kata ini cuma cacar air. Tiga hari selepas ke doktor, anak saya mempunyai benjolan di bawah rahangnya. Saya juga pernah kena cacar air semasa remaja tetapi tiada pula benjolan di mana-mana. Saya membaca bahawa cacar monyet mempunyai simptom benjolan getah bening. Oleh itu, saya sangat risau adakah anak saya mengalami cacar monyet sebenarnya? Tolong jelaskan kepada saya, doktor. Terima kasih.
Anonymous
Hi Doktor. Saya Grenta. Saya seorang ibu kepada anak lelaki yang berumur tujuh tahun. Anak saya mula demam dan mempunyai... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hi Grenta! Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda berkaitan simptom baru anak anda. Untuk makluman anda, kelenjar getah bening boleh juga membengkak dalam jangkitan virus lain seperti cacar air dan campak. Kelenjar getah bening bertindak sebagai penapis darah kita yang memerangkap virus atau bakteria yang berada dalam badan ketika berlakunya jangkitan kuman. Dalam kelenjar getah bening, sel darah putih akan cuba menghapuskan kuman yang terperangkap. Semakin banyak sel darah putih ke kelenjar getah bening,semakin bengkak kelenjar tersebut. Cacar monyet merupakan penyakit yang sangat jarang tetapi dapat menyerang sesiapa sahaja. Baca artikel DoctorOnCall untuk penjelasan lebih lanjut tentang cacar monyet.
Hi Grenta! Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda berkaitan simptom baru anak anda. Untuk maklum... See More

Apakah Cacar Monyet?

Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia (zoonosis virus). Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar (smallpox) pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara klinikal. Setelah pembasmian cacar pada 1980 dan pemberhentian penghasilan vaksin cacar, cacar monyet muncul sebagai orthopoxvirus yang paling penting. 

Cacar monyet biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika. Kes pertama cacar monyet dilihat pada seorang warganegara Kongo, Afrika Selatan pada tahun 1970. Semenjak itu, terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan juga Singapura. Terdapat satu kes sahaja cacar monyet di Singapura yang disahkan pada Bulan Mei 2019. Walaubagaimanapun, tiada kes cacar monyet di indonesia dan Malaysia.

Gejala Cacar Monyet

Gejala cacar monyet akan muncul dalam anggaran 5-21 hari selepas pesakit terdedah kepada virus ini. Jangkitan ini boleh dibahagikan kepada dua tempoh.

  • Tempoh pertama berlangsung selama 0-5 hari. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit otot dan rasa letih yang melampau. Benjolan kelenjar getah bening pada peringkat awal merupakan sifat yang biasanya membezakan cacar monyet daripada penyakit yang serupa seperti cacar air, campak dan cacar.
  • Erupsi kulit biasanya berlaku satu ke 1-3 hari selepas demam. Ruam lebih tertumpu di bahagian muka dan anggota badan berbanding badan. Ruam ini akan dilihat pada muka, tapak tangan dan tapak kaki. Bahagian lain seperti mukosa mulut, genitalia, konjunktiva dan kornea turut boleh terjejas. Ruam yang terbentuk biasanya bermula sebagai bintik-bintik kemudian bertukar kepada vesikel yang berair atau bernanah. Ruam ini akhirnya akan mengering dan membentuk kerak di kulit lalu tertanggal dari permukaan kulit. Kadangkala, ruam ini boleh bergabung sekiranya tumbuh berdekatan dan menyebabkan ruam yang lebih besar saiznya.

Cacar monyet biasanya boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 2-4 minggu. Kes yang lebih serius dan berlarutan biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Penyebab dan Faktor Risiko Cacar Monyet

Kes index biasanya pesakit yang terdedah kepada virus ini melalui kontak dengan darah dan cecair lain (seperti air liur) haiwan yang dijangkiti. Haiwan seperti tupai, monyet dan tikus dikenal pasti sebagai pembawa virus ini. Oleh itu, anda boleh mendapat cacar monyet sekiranya anda makan daging haiwan yang dijangkiti secara mentah atau kurang masak.

Jangkitan manusia ke manusia adalah terbatas tetapi boleh berlaku. Penyakit cacar monyet dalam manusia disebabkan oleh virus monkeypox  yang tersebar melalui titisan air liur pesakit yang masuk melalui mata, mulut, hidung atau luka yang terdedah. Benda pesakit cacar monyet yang tercemar juga boleh menjadi punca jangkitan seperti pakaian dan sudu. Dapatlah disimpulkan bahawa penjawat kesihatan dan mereka yang tinggal serumah dengan pesakit cacar monyet berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.

Cara Mendiagnosis Cacar Monyet

Pada peringkat awal jangkitan ini, doktor akan melakukan pemeriksaan simptom dan ruam yang timbul. Sejarah perjalanan ke negara yang tinggi dengan kes cacar monyet juga akan diambil kira kerana ini akan meningkatkan kemungkinan bahawa punca gejala yang dihadapi ialah cacar monyet. 

Namun, ruam sahaja tidak dapat mengasingkan simptom cacar monyet daripada penyakit lain yang mempunyai ruam yang serupa seperti cacar air, jangkitan bakteria pada kulit, kudis, sifilis dan reaksi alergi pada kulit. Oleh itu, ujian makmal akan dikendalikan untuk mendapat diagnosis yang tepat. Ujian ini bernama polymerase chain reaction. Antara sampel yang boleh diambil ialah:

  • Sampel darah
  • Biopsi ruam kulit

Rawatan Cacar Monyet

Buat masa sekarang, masih tiada rawatan spesifik untuk cacar monyet. Rawatan untuk cacar monyet biasanya rawatan simptomatik. Ubat seperti paracetamol akan diberi untuk meredakan demam dan sakit badan. Berdasarkan CDC (Centre For Disease Control And Prevention), apabila berlakunya wabak cacar monyet, ubat antiviral boleh digunakan untuk rawatan bagi jangkitan yang serius. 






Komplikasi Dan Cara Pencegahan

Cacar monyet mempunyai kadar sembuh yang tinggi. Namun,kadar kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti cacar monyet ialah sebelas peratus. Kadar kematian lebih tinggi dalam kanak-kanak. Hal ini kerana terdapat komplikasi yang boleh muncul daripada jangkitan ini. Menurut WHO, komplikasi yang boleh berlaku ialah:

  • Jangkitan sekunder
  • Bronkopneumonia
  • Sepsis
  • Jangkitan otak
  • Jangkitan kornea diikuti kehilangan penglihatan

Untuk mengelakkan daripada dijangkiti cacar monyet, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan.

  • Elakkan kontak rapat dengan haiwan pembawa virus in
  • Elakkan makan makanan yang mentah atau kurang masak
  • Sentiasa membasuh tangan sebelum makan, menyentuh mata atau hidung dan membersihkan luka
  • Elakkan berkongsi alat makan dengan pesakit cacar monyet
  • Asingkan pesakit cacar monyet daripada orang seisi rumah 
  • Bagi penjawat kesihatan, sentiasa gunakan alat pelindung diri semasa mengendalikan pesakit cacar monyet

References