Ia adalah kombinasi dua jenis ubat iaitu kafein dan ergotamine.
Kafein adalah perangsang yang menyebabkan penyempitan saluran darah.
Ergotamin adalah dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ergot alkaloid. Ia berfungsi dengan menyempitkan pembuluh darah di sekeliling otak. Ergotamin juga memberi kesan kepada corak aliran darah yang dikaitkan dengan jenis sakit kepala tertentu.
Kafein dan ergotamin adalah ubat gabungan yang dapat digunakan pada kondisi sakit kepala yang berpunca dari gangguan vaskular (pembuluh darah) seperti migrain dan sakit kepala kelompok (cluster headache).
Namun ubat ini hanya digunakan pada sakit kepala yang telah pun bermula. Ia tidak akan menghalang dari tercetusnya sakit kepala yang baru atau mengurangkan bilangan serangan. Selain itu, kafein dan ergotamin tidak boleh digunakan pada sakit kepala yang berpunca dari ketegangan otot kepala (tension type headache) atau inflamasi (inflamation type headache).