Saya perlukan nasihat dan petua untuk cairkan kahak (How To Loosen Phlegm) anak saya.

Anonymous
Hello,doktor. Saya seorang suri rumah yang berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai cara untuk cairkan kahak. 3 hari yang lepas, anak saya yang berumur 1 tahun 3 bulan mengalami jangkitan di saluran pernafasan dan ini menyebabkan dia mengalami batuk-batuk dan tidak boleh tidur dengan lena pada waktu malam. 
Setiap kali dia batuk saya dapat dengar bunyi kahak tetapi ia tidak mampu dikeluarkan tetapi kadang-kadang ada cecair dan lendir yang keluar yang berwarna putih dan saya berasa lega kerana tiada darah yang kelihatan. Dia akan menangis kerana tidak sedap badan yang akan membuatkan lebih banyak kahak terkumpul dan turut mengalami demam tetapi suhunya tidak tinggi. Saya memberinya ubat demam yang dibeli daripada farmasi. Selain daripada itu, anak saya mengalami sesak nafas tapi tidak terlalu teruk akibat daripada kahak yang banyak.
Ketika masih bayi, dia tidak mengalami sebarang komplikasi selepas saya bersalin yang dilahirkan secara normal dan cukup matang. Jadi, pada pendapat doktor, adakah apa-apa petua dan ubat untuk hilangkan atau cairkan kahak yang dialami oleh anak saya ini dan perlukah saya berjumpa doktor?
Anonymous
Hello,doktor. Saya seorang suri rumah yang berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Saya mengesyorkan supaya anda berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai rawatan atau ubat yang bersesuaian untuk merawat anak anda. Seperti yang anda ketahui, kahak adalah sejenis lendir yang dihasilkan dari dalam dada anda. Anda biasanya tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan anda selesema atau mengalami masalah kesihatan lain. Apabila anda mengeluarkan kahak, ia dipanggil ‘sputum’. Terdapat ubat dan petua untuk mencairkan kahak (how to loosen phlegm).
Terima kasih atas soalan anda. Saya mengesyorkan supaya anda berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai rawat... See More

Apakah jenis kahak dan maksudnya

Anda mungkin pernah melihat sputum dengan warna yang berbeza-beza dan tertanya-tanya apa maksud di sebalik warna kahak yang berbeza. 

A) Kahak berwarna hijau atau kuning
Kahak berwarna hijau atau kuning bermaksud tubuh anda sedang melawan jangkitan. Warna ini berasal dari sel darah putih. Kahak berwarna hijau atau kuning biasanya disebabkan oleh:

  • Bronkitis: Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk kering dan kemudiannya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa, anda boleh mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia: Pneumonia biasanya komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin akan mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau, atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis: Virus, alahan, atau bakteria boleh menyebabkan masalah ini. Jika ianya disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’, dan tekanan dalam rongga sinus anda.
  • "cystic fibrosis": Ini adalah sejenis penyakit paru-paru kronik di mana lendir terbentuk di dalam paru-paru. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Ia boleh mengeluarkan kahak pelbagai warna.
B) Kahak berwarna coklat
Warna coklat selalunya bererti darah lama. Anda mungkin melihat warna ini selepas kahak anda pada mulanya berwarna merah atau merah jambu. Kahak berwarna coklat biasanya disebabkan oleh:

  • "Bacterial pneumonia"
  • "Bacterial bronchitis"
  • Cystic fibrosis
  • Pneumoconiosis: Menyedut debu seperti arang batu, asbestos, dan silicosis. Debu-debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru ini.
  • Nanah di dalam paru-paru: Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain adalah batuk, berpeluh pada waktu malam, dan hilang selera makan.
C) Kahak berwarna putih
Kahak berwarna putih biasanya disebabkan oleh:

  • "Viral bronchitis"
  • GERD ( ‘gastroesophageal reflux disease’): Penyakit kronik ini mempengaruhi sistem pencernaan anda.
  • COPD: Penyakit ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan paru-paru anda akan menghasilkan lendir atau kahak yang berlebihan.
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif. Cecair akan terkumpul dan menyebabkan ‘edema’. Cecair yang terkumpul di dalam paru-paru boleh membawa kepada peningkatan dalammenjadi punca kepada penghasilan kahak putih.

D) Kahak berwarna hitam
Sputum hitam juga dipanggil "melanoptisis". Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu berwarna hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
Kahak hitam biasanya disebabkan oleh:

  • Merokok
  • Pneumoconiosis
  • Jangkitan kulat: Kulat hitam yang dipanggil Exophiala dermatitidis merupakan penyebab jangkitan ini.

E) Kahak berwarna merah atau pink
Darah mungkin penyebab kepada terhasilnya kahak berwarna merah.
Kahak merah atau merah jambu biasanya disebabkan oleh:

  • Pneumonia: Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah). Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, dan sakit dada.
  • Tuberkulosis: Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam, dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • "Pumonary Embolisme": Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru-paru anda tersumbat. Hal ini disebabkan oleh terbentuknya darah beku. Ia sering menyebabkan terhasilnya kahak berdarah. Masalah ini mengancam nyawa dan turut menyebabkan gejala seperti sesak nafas dan sakit dada.
  • Kanser paru-paru

F) Kahak yang berwarna jernih
Badan menghasilkan lendir dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakannya terdiri dari air, protein, antibodi, dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda. Penghasilan kahak jernih yang berlebihan mungkin bermaksud bahawa badan anda sedang berusaha untuk melawan jangkitan virus atau reaksi alahan.
Kahak yang jernih biasanya disebabkan oleh:

  • "Allergic Rhinitis": Kondisi ini juga dipanggil alahan hidung atau ‘hay fever’. Tubuh anda menghasilkan lebih banyak mukus hidung (hingus) akibat terdedah kepada alergen seperti debunga, rumput, dan rumpai. Lendir ini menghasilkan titisan ‘postnasal’ dan boleh menyebabkan anda batuk mengeluarkan kahak jernih.
  • "Viral Bronchitis": Masalah ini adalah radang yang melibatkan tiub bronkial dalam paru-paru. Masalah ini bermula dengan gejala kahak jernih atau putih dan batuk. Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan kahakmungkin menjadi warna kuning atau hijau.
  • "Viral Pneumonia": Radang paru-paru ini disebabkan oleh jangkitan. Gejala awal termasuklah demam, batuk kering, sakit otot, dan selesema.

Apakah petua untuk menghilangkan kahak

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak seperti:

1) Udara lembap
Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu untuk mencairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkann kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan "humidifier" atau pelembap udara . Anda boleh memakai "humidifier" dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan "humidifier" anda mengikut arahan pengeluar produk.

2) Kekalkan tahap hidrasi
Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

3) Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan
Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih.
Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus:
  • akar licorice
  • ginseng
  • beri
  • Echinacea
  • delima
  • teh jambu
  • zat besi

4) Berkumur dengan air garam
Ia boleh membantu mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Hirup sedikit campuran garam dan air kemudian condongkan kepala sedikit ke belakang.

Apakah ubatan yang efektif
Terdapat juga beberapa ubat-ubatan yang boleh anda gunakan, seperti: 

A) Dekongestan
Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda. Anda boleh dapatkan dekongestan oral dalam bentuk:

  1. tablet atau kapsul
  2. cecair atau syrup
  3. serbuk berperisa
  4. semburan hidung dekongestan
B) Expectorant
Anda boleh mencuba produk seperti guaifenesin (Mucinex) yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.

C) Ubat sapuan
Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika ianya bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman  www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References