Selamat pagi doktor. Saya Puan A berusia 36 tahun, seorang surirumah yang aktif bersukan dan tidak mempunyai apa-apa masalah kronik. Sejak sebulan yang lalu saya dapati terdapat perubahan yang berlaku pada tumit kaki kiri saya. Kulit di bahagian tumit saya kelihatan kering dan agak merekah. Warnanya juga agak pucat berbanding bahagian lain pada tapak kaki.
Jika ditekan pula, kulit tumit ini terasa keras daripada biasa. Saya menghubungi doktor kerana rekahan pada tumit ini semakin membesar sehingga menyebabkan saya berasa kurang selesa sewaktu hendak berjalan. Adakah ini tanda penyakit kematu seperti yang sering saya dengar? Mohon penjelasan doktor.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan kisah ini, saya berpendapat bahawa anda sedang mengalami masalah kematu (Calluses). Masalah ini boleh terjadi sekiranya seseorang itu memakai kasut yang tidak sesuai, seperti kasut yang terlalu ketat, atau yang tidak mempunyai lapisan dalam (insole) yang mampu menampung tekanan secara sekata.
Diagnosis ini boleh dibuat secara klinikal. Perjumpaan dengan doktor adalah digalakkan bagi mencari punca kepada kematu tersebut. Setelah itu, rawatan akan diberikan mengikut kesesuaian dan kemampuan seseorang. Sekiranya terdapat rekahan pada tumit sehingga berlakunya pendarahan, anda disarankan untuk pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan serta mengelak daripada komplikasi jangkitan.
Kematu (corns and calluses) merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada bahagian kulit yang telah keras dan menebal. Dalam dunia perubatan, kematu terbahagi lagi kepada dua iaitu ‘corn’ dan ‘callus’.
Corn
Corn merujuk kepada penebalan kulit yang berlaku pada kawasan yang kecil dalam bentuk yang bulat, dan sekiranya ditekan dengan kuat boleh mendatangkan kesakitan pada lapisan dalam kulit. Corn juga terbahagi lagi kepada dua, iaitu:
Calluses
Penebalan kulit yang berlaku dalam calluses adalah lebih besar dan meluas berbanding corn dan sempadannya tidak sejelas corn. Penebalan kulit lebih tertumpu di bahagian tapak kaki iaitu tumit dan kawasan yang bertulang (kawasan di bawah jari-jari kaki).
Tumit dan kawasan bertulang (bony area) ini menerima banyak tekanan daripada berat badan semasa kita berjalan, menyebabkan peningkatan dalam pergeseran kulit. Calluses kebiasaannya tidak sakit tetapi risiko tersebut boleh berlaku. Kawasan lain yang boleh mengalami callus juga ialah:
Kematu berpunca daripada geresan dan tekanan yang berulang pada kulit. Kawasan yang terlibat biasanya berdekatan dengan bahagian kaki yang bertulang (bony area). Apabila tisu di sekitar kawasan ini menerima tekanan dan geseran dengan kerap, ianya mudah rosak dan akan digantikan dengan kulit baru dalam kadar yang lebih cepat sehingga berlaku penebalan kulit.
Siapakah berisiko untuk mendapat kematu?
Apa-apa faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada geseran dan tekanan di bahagian kaki boleh menjadi risiko kepada penyakit kematu. Contohnya:
Selain itu, seseorang yang terlalu kurus sehingga menyebabkan tulang lebih dekat dengan permukaan kulit juga berisiko untuk mendapat kematu. Contohnya seperti penghidap bulimia nervosa.
Selain daripada gejala penebalan kulit yang boleh diperhatikan melalui perubahan warnanya menjadi lebih pucat dan putih, seseorang yang mengalami masalah ini juga boleh berasa sakit ketika berjalan.
Antara penyakit yang berkongsi simptom yang sama iaitu penebalan kulit ialah:
Kematu akan didiagnos secara klinikal oleh doktor. Ujian tambahan cuma diperlukan sekiranya anda menghidapi penyakit lain seperti kencing manis.
Cara bagi merawat masalah kematu ialah dengan menyingkirkan punca atau penyebab kepada masalah tersebut. Punca ini boleh dirujuk pada bahagian risiko mendapat kematu. Contoh punca ialah kasut yang terlalu kecil dan tidak sesuai.
Selain itu, sekiranya anda mengalami masalah kematu, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Antara rawatan yang boleh diberikan ialah:
Pembuangan Kulit Tebal
Doktor akan membuang sebahagian kulit yang telah menebal dengan menggunakan skalpel iaitu sebuah pisau kecil yang biasa diguna dalam pembedahan. Sebelum prosedur ini dilakukan, doktor akan membuat pemeriksaan kaki terlebih dahulu untuk memilih bahagian yang perlu dirawat. Anda tidak digalakkan untuk melakukan prosedur ini dengan sendiri kerana berisiko untuk luka dan mendapat jangkitan.
Selain itu, doktor juga boleh membekalkan anda dengan alatan menipiskan kematu seperti kertas pasir (emery paper) atau batu apung (tumice stone). Prosedur ini boleh dilakukan dengan sendiri di rumah setelah mendapat tunjuk ajar doktor.
Produk Penjagaan Kaki
Produk-produk ini boleh ditemui di farmasi dan boleh dibeli selepas mendapat nasihat daripada doktor. Antara fungsi produk-produk ini ialah membantu penyembuhan bahagian kulit yang tebal selain menyamaratakan tekanan yang diterima di bahagian kaki. Contoh produk penjagaan kaki ialah:
Asid Salisilik (Salicylic Acid)
Jika diperhatikan kebanyakan produk yang digunakan untuk merawat kematu mempunyai asik salisilik. Asid ini berfungsi melembutkan bahagian kulit yang keras supaya mudah tertanggal atau dicabut. Asid ini tidak terlalu kuat dan jarang menyebabkan rasa sakit sekiranya terkena pada kulit yang sihat. Namun begitu, sebaiknya perkara ini perlu dielakkan. Asid salisilik boleh diperolehi dalam dua bentuk, iaitu cecair ataupun gel, dan kedua-duanya diletakkan di dalam pad atau plaster.
Siapakah yang tidak boleh mengambil Asid Salisilik?
Sesetengah golongan tidak disarankan mengambil ubat ini atas risiko kerosakan pada kulit sekeliling yang normal selain daripada saraf dan tendon. Antaranya ialah:
Terdapat kematu yang berisiko untuk dijangkiti sehingga menyebabkan ianya keradangan dan bernanah. Radang yang berlaku boleh merebak ke bahagian lain dan anda perlulah berjumpa dengan doktor sekiranya masalah ini berlaku. Antibiotik mungkin akan diberikan bergantung kepada punca penyakt.
Pencegahan boleh dilakukan dengan memilih kasut atau alas kaki yang sesuai. Kasut yang terlalu ketat atau kecil menyebabkan pergeresan lebih banyak berlaku sehingga boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, penjagaan kaki dengan baik juga adalah digalakkan. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:
Doktor yang mempunyai kepakaran berkaitan dengan kaki dipanggil chiropodist ataupun podiatrist. Di Malaysia jumlah doktor yang mempunyai kepakaran ini masih kurang.
Info Lanjut
Sekiranya anda mengalami gejala seperti diatas, anda adalah disarankan untuk menghubungi doktor kami di www.doctoroncall.com.my bagi mengetahui punca ianya berlaku. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dari laman web ini.
Rujukan
Soalan berkenaan - kematu maksud, kematu tangan, kematu kaki
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my