Bagaimanakah Cara Menghilangkan Parut Jerawat

3 Petua Hilangkan Kesan Parut Jerawat Dari Bahan Semulajadi - DoctorOnCall
Anonymous

Salam sejahtera doktor, saya remaja perempuan berumur 16 tahun dan tujuan saya menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan anda berkenaan dengan masalah parut jerawat pada muka saya. Sejak mencapai akil baligh iaitu 4 tahun yang lepas, muka saya banyak ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian dahi, pipi serta dagu. Sejak itu, banyak rawatan telah saya dapatkan baik secara tradisional sehinggalah rawatan moden. Saya akui ada yang berkesan dan ada yang tidak, namun saya bersyukur kerana kini pertumbuhan jerawat di muka saya sudah berkurangan. Apa yang lebih membimbangkan saya kini ialah kesan parut jerawat kerana saya seringkali diejek oleh orang rakan sekelas dengan gelaran muka berkawah. Bagaimanakah menghilangkan parut ini ?

Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya remaja perempuan berumur 16 tahun dan tujuan saya menulis ini adalah untuk mendapatkan p... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut, saya memahami dilema yang sedang anda hadapi sekarang. Untuk pengetahuan anda, parut ini berlaku disebabkan kesan trauma seperti kebakaran, luka, iritasi bahan kimia, jerawat dan banyak lagi. Trauma atau kecederaan kepada kulit akan menyebabkan badan bertindak balas dengan menghasilkan tisu yang dipanggil sebagai fibrous. Pembentukan tisu baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang tidak sekata dan untuk sesetengah orang akan timbul tompok kehitaman. Bagi parut jerawat pula, ia selalunya terbentuk akibat daripada proses pemicitan jerawat yang mana menyebabkan luka kepada kulit.

Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut, saya memahami dilema yang sedang anda hadapi sekarang. Untuk pengetahu... See More

Petua merawat parut jerawat mengunakan bahan semulajadi

    1. Pengambilan makanan ataupun supplemen yang kaya dengan vitamin E
    2. Mesti anda pernah meluangkan waktu lapang bersama kawan ataupun ahli keluarga sambil makan kuaci. Antara sedar atau tidak, perbuatan tersebut adalah baik untuk parut jerawat kerana kuaci kaya dengan Vitamin E terutamanya yang diproses daripada bijian bunga matahari. Selain kuaci, makananan semulajadi lain seperti kacang almond, buah avokado, sayur brokoli, bayam dan buah kiwi juga kaya dengan sumber tersebut. Sebab itu petua orang tua-tua menggalakkan kita untuk makan sayur bayam kalau mahukan kulit yang cantik. Selain melalui diet, sumber Vitamin E ini juga boleh didapati melalui suplemen yang dijual di farmasi.

    3. Diet serta suplemen yang kaya dengan sumber Vitamin C
    4. Percayakah anda, hanya semudah mengambil minuman jus oren, limau ataupun buah-buahan yang masam, khasiat Vitamin C dapat diperolehi. Manusia memerlukan sumber Vitamin C sebagai sumber antioksidan dan juga memulihkan sel sel kulit yang rosak. Oleh itu, Vitamin C ini bukan sahaja diperlukan bagi menghilangkan bekas jerawat, tetapi juga digunakan oleh pesakit selepas pembedahan untuk proses kesembuhan optima.

    5. Penggunaan madu untuk mengurangkan keradangan jerawat aktif
    6. Selain parut, masalah jerawat aktif juga perlu untuk dirawat sebelum menghasilkan parut yang baru. Secara amnya, rawatan yang tepat melalui ubat-ubatan perlu untuk diambil. Namun, kajian juga ada mendapati bahawa pengaplikasian madu pada bahagian jerawat dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Selain itu, madu juga ada bahan antibakteria yang mana penting untuk mengelakkan jerawat daripada terkena jangkitan kuman. Namun harus diingat bahawa hanya pengambilan madu semulajadi sahaja yang berkesan untuk jerawat.

Rawatan bagi parut yang berlubang

Setiap parut ada klasifikasi tertentu bergantung kepada keseriusan dan pembentukan kesan parut tersebut. Antara jenis parut yang sering berlaku adalah seperti berlubang, kehitaman dan juga yang jenis timbul. Setiap parut tersebut memiliki rawatan yang berbeza bergantung kepada jenis masing-masing.

    1. Rawatan kopek secara kimia (Chemical Peeling)
    2. Rawatan jenis ini amat sesuai untuk parut berlubang yang berbentuk tajam seperti tusukan jarum. Jerawat jenis ini berlaku disebabkan keradangan ke permukaan pori kulit dan apabila sembuh pori tersebut akan terus terbuka kelihatan seperti lubang. Rawatan kopek secara kimia ini akan menyebabkan kulit sedikit terbakar dan apabila pulih, parut jerawat akan sembuh bersama. Kaedah seperti ini perlu dibuat secara berhati-hati.

    3. Rawatan penghirisan (subsicion) untuk parut lubang berlekuk
    4. Parut lubang berlekuk juga dikenali sebagai boxcar terbentuk akibat daripada perbuatan memicit jerawat. Melalui rawatan ini, parut yang berlebihan akan dihiris oleh pakar kulit dengan mengunakan jarum yang tajam.

    5. Rawatan laser
    6. Setiap orang yang mengimpikan wajah yang cantik pastinya pernah terdengar akan rawatan laser terhadap muka untuk penuaan dan sebagainya. Percaya atau tidak, laser sebenarnya terbukti secara saintifik untuk merawat parut jerawat. Bagi pemahaman lanjut, laser ini akan menghasilkan radiasi cahaya yang meransang penghasilan kolagen. Kolagen pula bertindak dengan mengisi ruang kosong pada parut yang berlubang.

    7. Fillers
    8. Pernahkah anda terdengar artis hollywood membuat rawatan filler ? Filler ini kalau dalam kosa kata Bahasa Melayu dapat diertikan dengan perkataan pemenuh. Berdasarkan nama rawatan, filler ini akan memenuhi ruang parut yang kosong dan bahan yang digunakan adalah seperti kolagen, lemak badan serta banyak lagi.

Rawatan bagi parut timbul

Parut timbul seperti keloid dibuang dengan menggunakan cara pembedahan. Namun, rawatan seperti ini acapkali menyebabkan masalah keloid untuk tumbuh semula. Oleh itu, pembedahan perlu disusuli dengan suntikan atau sapuan ubat steroid. Selain itu, terdapat juga rawatan lain untuk merawat parut timbul iaitu:

    1. Pembedahan dan radiasi
    2. Parut yang timbul juga boleh diatasi dengan mengunakan kaedah pembedahan dan selepas itu disusuli dengan radiasi. Radiasi ini penting untuk mengelakkan parut ini datang semula.

    3. Rawatan cryosurgery
    4. Antara penemuan terbaru abad ini ialah pembedahan mengunakan kaedah sejuk beku. Tisu parut yang timbul akan diletakkan pada suhu yang rendah dan keadaan ini akan menyebabkan parut tersebut jatuh dengan sendirinya. Namun pendekatan seperti ini memberi kesan tompok putih pada kulit.

Rawatan bagi parut yang kehitaman

Luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut jerawat akan kelihatan gelap atau hitam. Antara ubat yang boleh digunakan untuk merawat keadaan ini ialah Retinol. Ubat ini perlu digunakan dibawah pengawasan doktor dan fungsinya adalah untuk memastikan kulit menghasilkan sel baru bagi merawat keadaan kulit yang rosak. Selain merawat kesan parut, Retinol ini juga amat penting bagi rawatan jerawat aktif. Selain itu, pengambilan Vitamin C melalui pil ataupun diet semulajadi juga membantu dalam proses menyembuhkan sel-sel kulit yang telah rosak

Bagaimana mengurangkan pembentukan jerawat baru

Pembentukan jerawat ini bergantung kepada banyak faktor. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa orang yang mengamalkan gaya hidup sihat tetap menghasilkan jerawat yang banyak berbanding dengan yang ambik endah tak endah perihal wajah. Permbentukkan jerawat dipengaruhi oleh faktor genetik, persekitaran, diet dan gaya hidup. Terdapat banyak petua bagi mengelakkan masalah ini yang sebenarnya terbukti secara klinikal dalam membasmi masalah jerawat antaranya:

  • Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak

  • Bersenam secara berkala

  • Pengambilan buah-buahan terutamanya yang kaya dengan vitamin C

  • Menjaga kebersihan muka dengan cucian

References