Haid Tidak Teratur? Ikuti Tips-Tips Ini Untuk Memastikan Haid Anda Lancar.

10 Tips Efektif Untuk Melancarkan Haid Supaya Kembali Teratur-DoctorOnCall
Anonymous
Hai doc. Saya Aminah, 26 tahun. Saya baru berkahwin 6 bulan yang lepas. Saya dan suami saya memang merancang untuk hamil pada waktu ini. Saya nak tanya kenapa saya tidak haid selama sebulan tetapi saya periksa UPT ianya negatif. Saya rasa pening kepala dan nak termuntah serta sakit pinggang . Apakah cara yang boleh saya lakukan supaya saya boleh melancarkan kitaran haid saya? Adakah perlu guna ubat dan makanan apa yang boleh lancarkan haid? Terima kasih didahulukan atas jasa doktor menjawab pertanyaan saya ini.
Anonymous
Hai doc. Saya Aminah, 26 tahun. Saya baru berkahwin 6 bulan yang lepas. Saya dan suami saya memang merancang untuk hamil... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hai Aminah! Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, kadangkala UPT tidak dapat mengesan hormon HCG dalam air kencing anda sekiranya terlalu sikit (di awal kehamilan) atau terlalu banyak (seperti kembar). Anda boleh memeriksa semula selepas 2 minggu atau ke klinik kesihatan terus. Selain kehamilan, memang banyak lagi punca lain yang boleh dipertimbangkan dan saya memerlukan sejarah kesihatan anda yang lebih lengkap supaya sebarang kesimpulan dapat dibuat. Saya akan jelaskan serba sedikit tentang punca haid lewat dan cara untuk melancarkan haid dalam artikel di bawah.
Hai Aminah! Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, kadangkala UPT tidak da... See More

Pengenalan

Cara Melancarkan Haid

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melancarkan haid sekiranya penyebab di atas telah dikecualikan. 

  1. Yoga - Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013 melibatkan 126 peserta menunjukkan bahawa 35-40 minit yoga untuk 5 kali seminggu sepanjang 6 bulan merendahkan tahap hormon yang berkaitan dengan haid tidak teratur. Yoga juga mengurangkan risiko senggugut dan simptom emosi berkaitan dengan haid seperti kemurungan dan keresahan.
  2. Mengekalkan berat badan yang sihat - Perubahan dalam berat badan boleh memberi kesan terhadap haid anda. Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda digalakkan untuk menurunkan berat badan secara berperingkat. Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan haid tidak teratur kerana sel lemak mengganggu hormon reproduktif dan insulin. Anda digalakkan untuk berbincang dengan pakar pemakanan untuk berbincang tentang sasaran berat yang ideal dan strategi untuk mencapai matlamat tersebut.
  3. Bersenam dengan kerap - Senaman mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan secara amnya. Ia boleh membantu anda mencapai berat badan ideal dan juga disarankan sebagai salah satu rawatan untuk PCOS. Wanita yang sering mengalami senggugut juga boleh mengalami kekurangan rasa senggugut sekiranya sering bersenam.
  4. Halia - Halia sering diuar-uarkan sebagai petua untuk datang haid yang berkesan untuk melancarkan haid. Namun, tiada bukti saintifik untuk menyokong petua turun-temurun ini. Walaubagaimanapun, suatu kajian yang dijalankan ke atas 92 wanita yang mempunyai pendarahan haid berlebihan menunjukkan bahawa pengambilan supplemen halia mengurangkan pendarahan semasa haid. Selain itu, pengambilan serbuk halia dalam 750 ke 2000 mg untuk empat hari pertama bermulanya haid terbukti berkesan untuk haid yang sakit.
  5. Kayu manis - Kayu manis ternyata mempunyai banyak kegunaan dalam menangani masalah berkaitan haid. Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 menunjukkan bahawa kayu manis berkesan dalam mengatur kitaran haid dan juga merupakan rawatan yang berkesan untuk penghidap PCOS. Kayu manis juga berkesan untuk mengurangkan senggugut dan pendarahan yang banyak serta rasa mual dan muntah.
  6. Pengambilan dos harian vitamin - Kekurangan vitamin D dalam makanan seharian boleh menyebabkan haid tidak teratur berdasarkan hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2015.Terdapat juga hasil kajian yang menunjukkan vitamin D berkesan dalam rawatan haid tidak teratur pesakit PCOS. Vitamin D boleh didapati dalam makanan tenusu seperti susu, keju dan lain-lain. Badan kita juga boleh menghasilkan vitamin D sendiri melalui pendedahan kepada matahari. Sekiranya anda tidak dapat mendapatkan vitamin D daripada sumber makanan yang dinyatakan, anda boleh juga mendapatkannya dalam bentuk suplemen. Vitamin B pula dipercayai dapat mengatur kitaran haid anda tetapi lebih kajian perlu dijalankan untuk menyokong hipotesis ini. Namun, kajian yang dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan wanita yang mengambil 40 mg vitamin B-6 dan 500 mg kalsium setiap hari mengalami kekurangan simptom sindrom pra-menstruasi. Namun, pengambilan suplemen ini harus dirujuk kepada doktor sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit kronik.
  7. Cuka epal - Kajian pada tahun 2013 menunjukkan wanita yang minum 15 ml cuka epal setiap hari boleh mengembalikan ovulasi menstruasi dalam wanita yang menghidapi penyakit PCOS. Lebih kajian harus dijalankan yang melibatkan lebih peserta untuk mengesahkan lagi keputusan kajian tersebut. Cuka epal juga mempunyai manfaat lain seperti mengurangkan berat badan, merendahkan tahap insulin dan gula dalam darah. Anda boleh minum cuka epal dengan mencampurkan cuka ini dengan air dan sesudu besar madu.
  8. Nanas - Nanas sangat popular sebagai makanan untuk melancarkan haid. Nanas mengandungi enzim bromelain yang dipercayai mampu melembutkan lapisan endometrium rahim dan mengatur kitaran haid anda, walaupun belum terbukti secara saintifik. Bromelain merupakan enzim yang anti-keradangan dan boleh mengurangkan kesakitan dalam senggugut. Oleh kerana ini merupakan buah yang juga baik untuk kesihatan secara am, tidak salah jika anda mengambil nanas setiap hari sebagai cara untuk melancarkan darah haid.
  9. Elakkan diet rendah karbohidrat - Karbohidrat yang rendah dalam diet boleh mengganggu fungsi hormon tiroid dan hormon leptin akan berkurangan. Leptin dihasilkan oleh sel lemak dan mengawal kitaran haid. Pakar pemakanan menyarankan anda mengambil 45% ke 65% karbohidrat daripada saranan kalori harian anda.
  10. Mengambil cukup lemak dalam diet - Lemak penting dalam sistem hormon badan kita. Anda disarankan untuk mengambil asid lemak tidak tepu dan bukan lemak tepu atau lemak trans. Sumber asid lemak tidak tepu adalah seperti ikan berminyak (ikan salmon, sardin, tongkol), walnut, biji rami dan minyak sayuran.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

References