Tekak Anda Gatal? Baca 4 Petua & Cara Menghilangkan Batuk Dengan Berkesan

4 Petua & Cara Menghilangkan Batuk Dengan Cepat & Berkesan - DoctorOnCall
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya Toby berusia 30 tahun ingin mengadu masalah dan gejala yang telah saya alami sejak beberapa hari lepas. Untuk maklumat doktor, saya telah mengalami gejala batuk. Hal ini telah mengganggu saya untuk terus fokus semasa waktu kerja. Saya ada berasakan sedikit selsema tetapi tidak pula mengalami demam. Saya ada terbaca yang batuk ini boleh disebabkan oleh batuk tibi. Betul ke doktor? Saya juga mempunyai rakan yang telah dimasukkan wad disebabkan oleh batuk tibi dan dia telah mengalami batuk untuk jangka masa yang agak panjang. Boleh ke doktor bagitahu masalah yang saya hadapi ni disebabkan apa dan apakah ada petua atau cara hilangkan batuk?
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya Toby berusia 30 tahun ingin mengadu masalah dan gejala yang telah saya alami sejak bebera... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk maklumat anda, masalah batuk merupakan gejala yang sering berlaku dan ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah: Jangkitan bakteria atau virus Asma Allergic Rhinitis (Alahan) Pneumonia (Jangkitan atau keradangan paru-paru) Penyakit batuk tibi COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) Penyakit paru-paru yang menyebabkan penyempitan dan keradangan kepada saluran pernafasan Walaubagaimanapun, kesimpulan diagnosis hanya boleh dibuat setelah anda berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, doktor memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan gejala yang anda hadapi dan doktor perlu melakukan pemeriksaan fizikal yang lebih menyeluruh untuk memberikan diagnosis yang paling tepat. Tidak semua gejala batuk adalah disebabkan oleh masalah atau penyakit batuk tibi. Anda boleh baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui tentang petua dan cara menghilangkan batuk yang boleh diamalkan.
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk maklumat anda, masalah batuk merupakan gejala yang sering berlaku dan ian... See More

Apakah Sebab Kepada Batuk?

Batuk merupakan gejala yang boleh dialami oleh semua orang. Tidak kira bangsa, usia mahupun jantina, ianya pernah dialami oleh semua orang. Sebenarnya, batuk terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan ingin mengeluarkan bahan asing atau sesuatu yang telah mengganggu ruang pernafasan. Ianya termasuklah apabila ada bahan asing yang termasuk di dalam saluran tersebut ataupun terdapat jangkitan yang menyebabkan paru-paru ingin batuk untuk mengeluarkan organisma atau patogen yang telah melekat pada saluran pernafasan. Batuk juga boleh terjadi apabila terdapat keradangan yang berlaku pada saluran pernafasan. Keradangan boleh menyebabkan kahak atau bendalir untuk dirembes pada saluran pernafasan dan hal ini menyebabkan paru-paru untuk cuba mengeluarkannya dengan melalui batuk. Antara sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan batuk ialah merokok, penyakit asma, ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan jangkitan kuman bakteria ataupun virus. 

Adakah Batuk Merbahaya Atau Adakah Ianya Gejala Yang Normal?

Oleh kerana batuk merupakan gejala yang sering dialami oleh semua orang, adalah penting untuk mengetahui bila ianya merbahaya dan bila ianya hanya batuk yang biasa. Batuk yang merbahaya adalah apabila ianya berterusan serta berlarutan dan tidak sembuh walaupun setelah hampir lebih daripada satu ke dua minggu. Selalunya batuk yang biasa boleh sembuh tanpa rawatan dan hanya cuma memerlukan rehat dan nutrisi makanan serta minuman yang cukup. Tetapi, jika ianya masih tidak sembuh dengan sendirinya, penyakit yang merbahaya mungkin perlu difikirkan oleh perawat atau pesakit yang mengalaminya sendiri. Selain itu, batuk yang berserta dengan gejala pening, sakit dada, kahak berdarah, demam panas, serta kekeliruan atau rasa lemah badan juga merupakan tanda-tanda bahawa batuk yang dialami pesakit perlu dirujuk kepada doktor dengan kadar segera kerana ia boleh disebabkan oleh banyak penyakit yang mempunyai pelbagai komplikasi yang tidak diingini.

Apakah Rawatan Dan Cara Menghilangkan Batuk Mengikut Doktor?

Selalunya, apabila pesakit datang ke hospital ataupun ke klinik untuk berjumpa dengan doktor, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh terhadap pesakit. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan paru-paru dan pernafasan menggunakan stetoskop dan pemeriksaan terhadap tahap kestabilan badan melalui vital signs.

Jika doktor merasakan yang batuk dialami pesakit adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubat antibiotik yang perlu dihabiskan pesakit dalam masa dan waktu yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, doktor juga mungkin memberikan ubat untuk cairkan kahak dan ubat untuk mengeluarkan kahak yang berbentuk cairan dan digunakan dengan cara meminumnya.

Pemeriksaan dan ujian lebih lanjut mungkin dilakukan oleh doktor dan ianya bergantung kepada keadaan semasa pesakit dan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Doktor mungkin menggalakkan pesakit untuk melakukan ujian x-ray paru-paru, ujian darah dan juga kultur kahak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut lebih-lebih lagi kepada pesakit yang disyaki untuk mendapatkan masalah atau penyakit yang lebih serius. Dalam kes atau keadaan yang lebih serius, ujian seperti pengesanan CT juga mungkin dilakukan oleh doktor yang berkenaan.

Apakah Petua Hilangkan Batuk?

Walaupun batuk yang disebabkan oleh penyakit yang merbahaya memerlukan rawatan yang spesifik dan khusus, namun tahukah anda terdapat beberapa petua hilangkan batuk yang boleh dicuba untuk gejala batuk yang disebabkan oleh masalah yang tidak serius? Antara cara atau petua hilangkan batuk ialah:

  • Madu

Madu merupakan bahan yang sangat popular untuk membantu dalam melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan. Ianya merupakan bahan yang telah lama digunakan untuk melegakan batuk. Jika dilihat di farmasi atau di kedai-kedai yang menjual ubat-ubatan, kita akan selalu lihat ubat batuk yang dijual mempunyai kandungan madu di dalamnya. Ia juga merupakan petua hilangkan sakit tekak dan petua hilangkan batuk bayi yang telah digunakan turun temurun lamanya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa madu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan ubat batuk dextromethorphan walaupun jarak kebaikkannya adalah sedikit.

  •  Bernafas dengan wap air panas

Batuk yang berkahak juga mampu dilegakan melalui wap daripada air panas. Pesakit boleh mandi air panas dan bernafas di dalam bilik air yang mempunyai wap tersebut. Cara lain adalah dengan bernafas daripada wap yang dihasilkan daripada air panas. Anda boleh cuba letakkan air panas di dalam mangkuk, dan bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut dan tutup kepala menggunakan tuala supaya wap tersebut tidak bebas keluar dan diserap serta dihirup sepenuhnya oleh pesakit. Teknik ini juga mampu melegakan batuk terutamanya batuk yang berkahak.

  • Halia

Penggunaan halia amat popular dalam rawatan dan ubat-ubatan terutamanya perubatan tradisional. Halia sebenarnya mampu melegakan batuk kering ataupun batuk daripada penyakit asma kerana ia mempunyai kandungan yang boleh meredakan keradangan (anti-inflammatory). Bahan kandungan dalam halia mampu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan dimana ianya mampu mengurangkan masalah batuk. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa halia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut dan masalah kepedihan perut, jadi ianya perlu digunakan secara berhati-hati.

  • Berkumuh menggunakan air garam

Antara cara lain yang boleh digunakan untuk meredakan batuk adalah dengan berkumuh menggunakan air garam. Ia merupakan petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Berkumuh dengan air garam bukan sahaja mampu melegakan batuk kahak tetapi ia juga mampu membantu membersihkan kawasan mulut dan oral pesakit. Ianya membantu lebih-lebih lagi kepada pesakit yang terlantar di wad.

References