Cara menghilangkan bekas jerawat (Acne Scars) secara alami dan cepat

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 27, 2020

Soalan:
Doktor, saya perempuan berusia 23 tahun dan sejak zaman sekolah menengah telah mengalami masalah dengan jerawat. Masalah jerawat saya sangat ketara semasa zaman sekolah dan walaupun tidak pulih seratus peratus, apabila jerawat keluar sekarang tidaklah seteruk pada masa dahulu. Antara punca jerawat keluar dengan banyaknya ialah apabila saya menghadapi tekanan yang tinggi contohnya mengambil peperiksaan atau menghadapi cabaran lain. 
Saya pernah mengambil ubat yang diberi doktor pada masa dahulu seperti krim dan juga antibiotik. Tetapi oleh kerana terlalu geram dengan jerawat yang keluar terlalu banyak sekali pada zaman dahulu, saya sering memicit jerawat untuk menghilangkannya dengan cepat. Oleh kerana banyak jerawat yang dipicit, muka saya mempunyai banyak bekas jerawat. 
Adakah betul bahawa memicit jerawat memberi kesan bekas kepada muka? Dan adakah parut ini akan berada di muka saya selama-lamanya? Adakah cara untuk memulihkan keadaan ini supaya muka saya tidak berbekas lagi? Jika ya, saya lebih berkenan untuk mencuba cara yang tidak menggunakan ubat-ubatan dan ingin memulihkannya secara alami. Saya ingin bertanya tentang pilihan yang saya ada untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih atas bantuan dan nasihat doktor.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan anda.Kes anda amat biasa kerana apabila jerawat keluar, kita akan mahukan jalan penyelesaian yang cepat dan mudah seperti memicit jerawat. Untuk menjawab soalan anda, memang betul memicit jerawat boleh menyebabkan bekas atau parut di tempat di mana terdapatnya jerawat tersebut. Parut tersebut boleh hilang atau tidak bergantung kepada bagaimana parut tersebut terjadi. Parut atau bekas jerawat terjadi kerana kulit anda melalui proses pemulihan kulit selepas jerawat dipicit dan mengeluarkan cecair. Jika parut terlalu tebal, ada kemungkinan parut tersebut tidak akan hilang dengan sendiri tetapi sesetengah parut yang kecil boleh hilang tanpa rawatan. Langkah yang terbaik bagi mengelakkan parut adalah dengan memastikan cecair jerawat tidak dipicit. Terdapat pelbagai cara bagaimana untuk anda mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan keluarnya jerawat. Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci cara mengelak jerawat dan beberapa tips membantu pemulihan bekas jerawat secara alami.

  • Setiap orang mengetahui apa itu jerawat dan sudah pasti pernah melalui situasi di mana terdapat ‘letusan’ jerawat tetapi umum mengetahui tahap letusan tersebut berbeza bagi setiap individu. Jerawat yang paling biasa terjadi adalah disebabkan oleh penyakit yang dipanggil “acne”. Tiada istilah bagi penyakit ini dalam Bahasa Melayu oleh kerana itu hanya dipanggil jerawat.
  • Jadi, siapakah yang boleh mendapat penyakit ini? Golongan yang paling biasa terkena adalah golongan remaja dan orang muda dalam lingkungan 12 hingga 24 tahun.
  • Mereka yang mendapat masalah jerawat semasa umur ini mungkin akan mengalaminya hingga ke usia yang lebih lanjut walaupun ia jarang terjadi.
Di bawah adalah senarai faktor-faktor yang boleh menyebabkan jerawat:
  • Folikel rambut yang tersumbat: Kulit anda mempunyai pembukaan yang kecil yang dipanggil folikel rambut kerana ia merupakan pembukaan di mana bulu atau rambut keluar dari lapisan kulit. Apabila folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel kulit yang mati, jerawat akan berlaku. Jika kumpulan kotoran ini berlaku di dalam folikel, ia akan menjadi “whitehead” iaitu jerawat yang berwarna putih dan jika kumpulan kotoran tersebut terjadi di luar folikel, ia akan menjaadi “blackhead” iaitu jerawat yang hitam. Jerawat yang berwarna merah dan yang sakit berdenyut terjadi apabila terdapat jangkitan di folikel rambut tersebut.
  • Kulit berminyak: Folikel rambut juga mempunyai kelenjar yang mengeluarkan sejenis minyak yang dipanggil “sebum”. Jika terlalu banyak minyak ini dikeluarkan, ia boleh menyumbat folikel rambut kerana ia memerangkap kuman dan sel kulit yang mati.
  • Jangkitan kuman: Jenis bakteria yang paling lazim menyebabkan jerawat adalah jenis P. acnes. 
  • Hormon: Sejenis hormon jenis androgen juga menyumbang kepada pencetusan jerawat kerana ia membuat kelenjar dalam folikel rambut mengeluarkan lebih “sebum”. Antara sebab terdapat peningkatan tahap androgen dalam badan adalah melalui proses baligh atau “puberty”.
  • Stres/rasa tertekan: Seseorang yang merasa stres mungkin akan mendorong pencetusan jerawat.
  • Ubat: Antara ubat yang boleh menyebabkan jerawat adalah testosterone, lithium dan ubat yang mengandungi steroid.
  • Faktor genetik: Terdapat kajian yang membuktikan bahawa genetik adalah antara faktor yang menyebabkan jerawat.
Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenarai mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat. Antara bahan kimia yang terdapat dalam produk ialah: 

Antara bahan kimia yang dikandungi:
  • Benzoyl peroxide
  • Asid salicylic
  • Sulfur
  • Retinoid
Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, membantu dalam memusnahkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan tersumbat di folikel. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.
 
Jika kes jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda. Antara ubat yang boleh membantu adalah seperti berikut:

Antibiotik:
  •  Antibiotik yang diambil dalam bentuk pil mungkin boleh membantu dalam mengurangkan pencetusan jerawat. Terdapat antibiotik yang boleh disapu tetapi jika jangkitan kuman terlalu dalam, ubat tersebut mungkin tidak cukup ampuh untuk membunuh bakteria. Antibiotik pil boleh membunuh bakteria yang lebih dalam dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun, penggunaannya tidak boleh terlalu lama kerana bakteria boleh membentuk tentangan. Selalunya anda akan mengambil ubat selama 3 hingga 6 bulan dan seiring dengan ubat juga akan mengguna sabun dan krim di muka untuk membasmi jerawat. 

Pil perancang: 
  • Bagi wanita, pil perancang mempunyai hormon yang melaraskan kitaran haid. Tetapi pengawalan hormon juga mempunyai kesan dalam menangani jerawat. Cara ini tidak akan membuahkan hasil secara cepat dan selalunya digunakan seiring dengan ubat lain.

Isoretinoid: 
  • Ubat ini adalah retinoid berbentuk pil dan ia merupakan ubat yang sangat ampuh tetapi oleh kerana itu ia juga mempunyai kesan sampingan yang banyak dan mungkin serius. Ubat ini dijadikan pilihan terakhir bagi kes yang tidak boleh diselesaikan dengan cara yang lain.Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kulit dan bibir kering, hidung berdarah, gangguan emosi dan sakit otot. Tidak semua orang boleh menanggung kesan sampingan tersebut. Anda perlu berbincang dengan doktor secara terperinci sebelum menggunakan ubat ini.
Oleh kerana setiap individu berbeza, sila rujuk nasihat ahli farmasi dan doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Seperti yang dinyatakan di atas, langkah paling efektif untuk mengelak bekas jerawat ialah mengelak keluarnya jerawat. Bagaimanapun, ia tidak boleh dielak seratus peratus. Di bawah adalah senarai tips menghilangkan bekas jerawat secara alami. 
  • Aloe vera
  • Minyak kelapa
  • Timun
  • Madu
  • “Rosehip seed oil”
  • Limau: Campur jus limau dengan air dan sapu di bekas
  • “Baking soda”
  • Minyak lavender
  • Pembedahan kecil: Ini adalah untuk parut yang dalam ataupun terkeluar supaya parut tidak kelihatan dengan jelas.
  • Kolagen: Menggalakkan pengeluaran kolagen melalui teknik “needling”. Ini bukan cara yang cepat.
  • Laser: Beberapa teknik laser yang berbeza diguna bergantung kepada jenis parut. Sesuai untuk parut yang dalam atau terkeluar.
  • “Cryosurgery”: Teknik ini melibatkan pembekuan parut.
Cara terbaik mengelak bekas jerawat ialah untuk mengelak keluarnya jerawat. Banyak cara alami dan bukan alami untuk mengatasi jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Banyak juga cara untuk mengatasai bekas jerawat. Sila merujuk doktor jika terdapat soalan. Anda boleh bercakap dengan doktor di laman www.doctoroncall.com.my.
Terima kasih.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - hilangkan jeragat dan jerawat , cara menghilangkan komedo dan jerawat , cara menghilangkan bekas jerawat berlubang , cara cepat menghilangkan bekas jerawat , cara menghilangkan jerawat di muka, Acne Scars

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20