Nyah Gigi Kuning! Mari Kami Kongsikan Tips & Cara Putihkan Gigi Oleh Doktor

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 12, 2020

Soalan:
Selamat sejahtera doktor! Saya Ng King ingin mengadu dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Saya ada masalah gigi kuning yang telah saya alami beberapa tahun. Hal ini membuatkan saya berasa malu untuk bercakap dengan orang terutama apabila hendak bercakap dengan klien saya. Untuk makluman doktor, kerja saya memerlukan saya untuk bercakap dan beramah mesra dengan klien dan pelanggan. Masalah ini membuatkan saya menjadi kurang selesa dan keyakinan diri saya merudum. Saya tahu antara cara putihkan gigi adalah dengan saya berhenti merokok. Tapi susahlah doktor sebab saya dah merokok sejak 15 tahun lepas & susah untuk berhenti. Bolehkah doktor beritahu cara lain untuk putihkan gigi?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Tahniah kerana anda menyedari tentang keburukan merokok yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Untuk makluman anda, terdapat banyak lagi sebab yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning seperti minuman kopi, tidak memberus gigi dan flos gigi dengan kerap, makan atau minum makanan dan minuman yang tinggi kandungan gulanya dan banyak lagi. Terdapat beberapa cara, tips & petua putihkan gigi yang akan dikupas dengan lebih lanjut pada artikel di bawah. Tips ini merangkumi penjagaan gigi secara menyeluruh, cara putihkan gigi dan juga cara untuk menghilangkan karang gigi. Melalui tips yang dicadangkan, masalah ini dapat dihindari dan dirawat serta gigi akan menjadi lebih sihat.

Senyuman akan tampak lebih berseri apabila gigi yang putih menyinari senyuman tersebut. Walaubagaimanapun, tidak semua orang memiliki gigi yang putih, bersih dan tersusun rapi. Secara amnya, gigi diselaputi dengan enamel dan jika lapisan enamel menjadi nipis akibat daripada penggunaan bahan-bahan yang tidak sesuai oleh gigi, ia mampu menyerlahkan warna gigi yang asli dan asal samada putih ataupun sedikit kekuningan. Hal ini kerana, tidak semua orang memiliki warna gigi yang putih terang benderang dan semuanya bergantung kepada faktor genetik. Ada sesetengah orang memiliki warna gigi asal yang putih dan ada segelintir orang memiliki warna gigi yang sedikit kekuningan.


Dalam masa yang sama, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada gigi menjadi lebih kuning. Faktor terbesar ialah tabiat merokok. Merokok boleh mengakibatkan gigi menjadi lebih kuning dan individu tersebut boleh mempunyai kebarangkalian memiliki gigi hitam. Selain itu, faktor seperti minum minuman yang berwarna seperti teh, kopi, dan wain juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Oleh itu, adalah disarankan untuk minum menggunakan straw untuk mengelakkan air berwarna tersebut terkena pada gigi. Makanan yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat juga boleh menjerumus kepada permasalahan gigi kuning. Segelintir masyarakat juga mengamalkan pengambilan sireh dan hal ini turut menyumbang kepada gigi yang berwarna kehitaman. Tambahan lagi, tabiat tidak memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan tidak flos gigi akan mengakibatkan sisa-sisa makanan terlekat pada celah gigi dan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria. Hal ini akan menyebabkan kawasan di dalam mulut menjadi tidak sihat secara keseluruhannya.

Cara putihkan gigi melalui teknik yang betul sangat penting bagi mengelakkan komplikasi atau masalah pada masa akan datang. Cara yang terbaik yang boleh dilakukan orang awam untuk memutihkan gigi adalah dengan cara “Veneer” atau “Whitening”. Harga putihkan gigi di klinik kerajaan mungkin berbeza dan lebih murah jika dibandingkan dengan di klinik swasta. Namun, kualiti dan hasil yang bakal diperolehi pesakit tidaklah jauh berbeza dan pesakit akan mendapatkan kepuasan setelah mendapatkan servis tersebut.

  • “Veneer” atau sarung gigi

“Veneer” dalam bahasa mudahnya ialah sarung gigi. Ia adalah satu teknik dimana doktor gigi akan “trim” atau hakiskan sedikit permukaan gigi sebelum mengambil saiz, dan bentuk gigi. Kemudian, sampel gigi akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan acuan gigi pesakit sebelum ianya dipasang kepada pesakit. Kelebihan sarung gigi ini ialah ia mampu memperlihatkan keputihan gigi pada pesakit dan ia mampu bertahan hingga bertahun lamanya. Pesakit juga mampu membuat pilihan untuk memiliki sarung gigi yang bermacam warna samada putih seperti sinki, putih seperti sklera mata atau putih yang sedikit kekuningan. Oleh kerana harganya yang lebih mahal berbanding “Whitening” serta mampu bertahan dengan lebih lama, ianya disarankan kepada mereka yang mampu dan perlu untuk memiliki penampilan gigi yang lebih menarik untuk jangka masa yang lebih panjang seperti mereka yang berkerja dalam bidang pemasaran atau mereka yang terpaksa bertemu dengan pelanggan serta selebriti terkenal. Berbeza dengan crown gigi, sarung gigi bertujuan kosmetik dan crown gigi pula bertujuan untuk melindungi gigi yang sudah lemah dan rapuh.

  • “Whitening”

Berbeza pula dengan “Whitening” dimana doktor gigi tidak akan menghakis permukaan gigi tetapi, doktor akan memelihara permukaan gigi dan “mendarakan” gigi pesakit. Doktor akan membuang karang pada celah gigi menggunakan teknik “scaling” sebelum meletakkan bahan kimia yang selamat digunakan seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi. Selepas itu, doktor akan menghalakan cahaya lampu yang khusus pada gigi pesakit untuk mengaktifkan bahan tadi dan proses ini akan diulang sehingga dalam 4 kitaran untuk memutihkan gigi pesakit. Teknik ini lebih murah berbanding sarung gigi tetapi ia hanya mampu bertahan tidak lebih daripada 6 ke 12 bulan lamanya. 

  • “Baking soda” atau serbuk penaik

Petua putihkan gigi yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan serbuk penaik ataupun “baking soda” ketika memberus gigi. Setengah sudu teh serbuk penaik adalah memadai untuk dicampurkan dengan 2 sudu air biasa dan digunakan ketika memberus gigi. Ia mempunyai potensi untuk menanggalkan plak-plak degil yang terdapat pada gigi dan perkara ini mampu membantu individu mendapatkan gigi yang lebih putih. Terdapat dakwaan yang jus limau mampu menyeimbangkan pH serbuk penaik tetapi perkara ini tidak benar dan individu yang ingin mencuba cara ini tidak perlu menggabungkan serbuk penaik dengan jus limau ketika memberus gigi. Produk putihkan gigi di farmasi yang mempunyai kandungan “baking soda” atau hydrogen peroxide juga menunjukkan hasil yang positif dalam memutihkan gigi tanpa memberikan kesan yang buruk kepada lapisan enamel gigi.



Terdapat pelbagai cara mudah untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat dan ianya bergantung kepada tabiat individu tersebut. Seseorang yang inginkan gigi dan gusi yang sihat perlu meninggalkan tabiat merokok, berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan berus gigi yang tidak terlalu keras dan ubat gigi yang mempunyai fluorida serta kerap flos gigi terutamanya selepas makan. Anda juga perlu memastikan gigi dan gusi anda bebas daripada karang gigi kerana ia mampu melemahkan gigi dan boleh menyebabkan kerapuhan gigi pada masa akan datang. Cara hilangkan karang gigi dengan efektif adalah dengan melakukan “scaling” dimana ianya hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi sahaja. Dengan ini, anda mampu mendapatkan gigi dan gusi yang lebih sihat serta mampu menyerlahkan senyuman yang lebih berseri dan berkeyakinan.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - cara putihkan gigi guna garam, produk putihkan gigi di farmasi, produk putihkan gigi di watson, putihkan gigi dengan eno, putihkan gigi klinik, ubat gigi pemutih terbaik, pemutih gigi di watson malaysia, cara hilangkan gigi berkarat

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20