Rawatan untuk keputihan berwarna coklat yang keluar dari vagina adalah berdasarkan penyakit atau masalah yang dihadapi, seperti yang berikut:
Perimenopaus:
- Terapi hormon seperti yang terdapat dalam bentuk pil, tampalan kulit, gel atau bentuk krim. Ini adalah rawatan paling berkesan untuk mengatasi gejala perimenopaus dan menopaus seperti kepanasan dan berpeluh pada waktu malam. Jika anda masih mempunyai rahim, anda perlukan progestin sebagai tambahan kepada estrogen. Estrogen juga membantu mencegah osteoporosis.
- Estrogen vagina digunakan untuk melegakan kekeringan faraj, yang diberikan secara langsung ke dalam vagina menggunakan tablet vagina, cincin atau krim. Rawatan ini hanya mengeluarkan sedikit estrogen. Ia boleh membantu mengatasi masalah kekeringan faraj, ketidakselesaan sewaktu bersetubuh dan beberapa gejala lain.
- Antidepresan tertentu dalam kelas ubat-ubatan yang disebut sebagai inhibitor serotonin reuptake selektif (SSRIs) boleh mengurangkan kilasan panas menopaus (hot flushes). Antidepresan berguna untuk wanita yang tidak boleh mengambil estrogen aras sebab-sebab kesihatan atau untuk wanita yang memerlukan antidepresan untuk mengawal mood.
- Gabapentin digunakan untuk merawat sawan, tetapi ia juga telah terbukti membantu mengurangkan ‘hot flushes’. Ubat ini berguna kepada wanita yang tidak boleh menggunakan terapi estrogen atas sebab-sebab kesihatan dan mereka yang turut menghidap migrain.
Keguguran:
- Anda dinasihatkan untuk mengelakkan hubungan seks dan aktiviti berat buat sementara waktu. Doktor mengesyorkan anda untuk berehat walaupun ia tidak menghalang keguguran.
- Anda boleh dirawat dengan hormon progesteron untuk membantu mengekalkan kehamilan. Walau bagaimanapun, rawatan ini hanya boleh menangguhkan keguguran dan belum terbukti berkesan untuk mencegah keguguran.
- Anda dinasihatkan untuk mengelakkan aspirin dan ubat-ubatan anti-radang nonsteroid lain (NSAIDs), seperti ibuprofen. Hanya gunakan acetaminophen, seperti Tylenol, untuk melegakan kesakitan.
- Misoprostol bagi mengosongkan rahim.
- “Dilation and curettage” (D & C) membersihkan rahim . Prosedur ini merupakan rawatan paling cepat untuk keguguran.
- Pembedahan membuang uterus (histerektomi) diperlukan untuk wanita yang mengalami pendarahan yang teruk, tidak terkawal atau jangkitan parah yang tidak sembuh dengan antibiotik
Kanser endometrium atau serviks:
- Pembedahan untuk membuang kanser. Jenis pembedahan yang diperlukan bergantung pada lokasi dan sama ada anda ingin mempunyai anak lagi.
- Terapi radiasi menggunakan sinar-X dos tinggi untuk membunuh sel-sel kanser bagi peringkat tertentu kanser serviks atau endometrium. Terapi ini selalu digunakan sebagai kombinasi dengan pembedahan.
- Kemoradiasi, yang merupakan gabungan kemoterapi dan radiasi. Kemoradiasi sering digunakan untuk merawat kanser serviks atau endometrium peringkat awal dan peringkat akhir.
- Kemoterapi menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel kanser. Kemoterapi boleh digunakan untuk merawat kanser serviks atau endometrium.
- Pesakit dengan kanser endometrium biasanya menerima terapi hormon, biasanya progesteron, untuk melambatkan pertumbuhan kanser.
‘Polycystic Ovarian Syndrome’:
- Perubahan gaya hidup seperti menurunkan berat badan, sering bersenam, dan diet yang seimbang
- Pil kontraseptif untuk memaksa haid yang kerap, atau haid yang boleh diinduksi dengan menggunakan tablet progestogen secara “intermittent”. Ini juga akan mengurangkan risiko jangka panjang untuk mengembangkan kanser lapisan rahim (kanser endometrium). Kaedah kontrasepsi hormon lain, seperti sistem intrauterin (IUS), juga akan mengurangkan risiko ini dengan menjaga lapisan rahim nipis, tetapi mereka tidak boleh menyebabkan haid.
Ubat clomifene biasanya rawatan pertama yang disyorkan untuk wanita dengan PCOS yang cuba hamil. Clomifene menggalakkan ovulasi. Sekiranya clomifene tidak berjaya dalam menggalakkan ovulasi, ubat metformin mungkin disyorkan. Metformin sering digunakan untuk merawat kencing manis jenis 2, tetapi ia juga boleh menurunkan tahap insulin dan gula dalam darah bagi wanita dengan PCOS. Prosedur pembedahan kecil yang disebut pengeboran ovari laparoskopi (LOD) mungkin merupakan pilihan rawatan untuk masalah kesuburan yang berkaitan dengan PCOS. Ektropion serviks: Rawatan utama adalah kauteri kawasan yang terjejas yang dapat membantu mencegah cairan yang tidak normal dan pendarahan. Ini dilakukan dengan menggunakan haba (diathermy), sejuk (cryosurgery), atau perak nitrat. Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”: Ubatan antibiotik atau antikulat Penjagaan kebersihan bahagian kelamin wanita Cairan coklat yang keluar sekali-sekala berkemungkinan sesuatu yang normal. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk memastikan ia tidak disebabkan oleh sebarang penyakit yang serius. Jika anda mempunyai tampon yang tersangkut dan anda tidak boleh mengeluarkannya sendiri, atau mengesyaki anda mungkin mengalami jangkitan, anda harus berjumpa doktor dengan segera. Sekiranya anda mengandung dan mengalami pendarahan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin. “Spotting” atau pendarahan selepas menopaus memerlukan penilaian perubatan secepat mungkin untuk menolak kemungkinan kanser.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman
www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.