Salam doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai seorang ibu, berumur 65 tahun yang sering mengadu mengalami sakit di bahagian kiri abdomen sejak sebulan yang lepas. Menurut ibu saya, sakit tersebut akan datang secara beransur-ansur ketika dia berehat sambil menonton televisyen. Sakit tersebut terasa seperti sengal-sengal dan bagi ibu saya, ia tidak terlalu serius. Ayah saya ada membeli beberapa ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami oleh ibu saya. Sakit itu tidak merebak ke bahagian lain selain daripada abdomen dan saya berasa agak lega kerana ia tidak berterusan sepanjang hari tetapi saya masih berasa risau kerana gejala itu masih tidak sembuh dan terdapatnya gejala-gejala yang lain seperti perut kembung dan berlakunya penurunan berat badan yang mendadak serta hilang selera makan. Dia telah kehilangan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan dan mempunyai corak pemakanan yang tidak teratur. Selain itu, ibu saya turut mengalami masalah berkaitan dengan usus atau sistem pencernaan badan kerana dia mengalami cirit-birit dan juga sembelit pada hari yang lainnya. Menurutnya, kadang-kadang najis itu bercampur dengan lendir dan beberapa tompok darah.
Setelah berjumpa dengan doktor, ibu saya telah didiagnosis dengan penyakit barah usus melalui beberapa pemeriksaan dan ujian yang dijalankan dan akan menjalani rawatan kemoterapi tidak lama lagi. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah itu kemoterapi dan apakah kesan sampingan yang mungkin dialami oleh ibu saya sepanjang rawatan tersebut?
Rujukan
Soalan berkenaan - kelebihan kemoterapi, pengenalan kemoterapi, proses kemoterapi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my