Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengisytiharkan pandemik terhadap wabak COVID-19 setelah trend penyebaran virus ini dilihat semakin meningkat di seantero dunia. Para saintis berlumba-lumba untuk mencipta vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti virus yang menyerang sistem pernafasan. Bagi mereka yang telah dijangkiti virus ini, saintis dan doktor bekerja siang malam untuk mencari penawar bagi masalah ini. Ubat Chloroquine kemudiannya diperkenalkan oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat sebagai penawar jangkitan COVID-19 dalam sidang akhbarnya. Hal ini terjadi setelah mengambil iktibar kisah pasangan di Arizona yang telah menelan ubat chloroquine phosphate yang sepatutnya digunakan untuk membunuh parasit dalam kolam ikan mereka. Malangnya, suami meninggal dunia dan isteri dimasukkan ke hospital kerana mengambil antidote yang tidak dibuktikan oleh ujian klinikal. Persoalannya, adakah Chloroquine merupakan rawatan efektif bagi COVID-19 ?