Apakah langkah yang baik untuk mengurangkan kadar kolesterol (Cholesterol) yang tinggi?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya berusia 68 tahun dan sudah bersara. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berusia 65 tahun. Isteri saya hanya seorang suri rumah. Kami mempunyai 4 orang anak.Sejak belakangan ini, saya perasan kelopak mata saya mempunyai sebuah ketulan. Ketulan tersebut tidak sakit dan berasa lembut apabila ditekan.

Saya melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan mendapati bahawa ketulan tersebut disebabkan oleh tahap kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi. Saya juga mengetahui bahawa kandungan kolesterol yang tinggi akan menyebabkan darah dalam badan menjadi pekat. Saya berasa sangat bimbang mengenai masalah ini. Sejak kebelakangan ini, saya perasan kelopak mata saya mempunyai sebuah ketulan. Ketulan tersebut tidak sakit dan berasa lembut apabila ditekan. Saya melayari internet untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan mendapati bahawa ketulan tersebut merupakan akibat ketinggian kandungan kolesterol dalam darah. Saya juga dapat mengetahui bahawa kandungan kolesterol yang tinggi akan mengakibatkan darah dalam badan menjadi pekat. Saya berasa sangat bimbang mengenai masalah ini.

Tambahan pula, saya mempunyai tabiat merokok dan meminum alkohol yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Selain itu, rakan-rakan saya juga menasihati saya untuk berhati-hati dengan penyakit kardiovaskular kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan malahan mengancam nyawa. Sebenarnya, ayah saya meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba dan ianya boleh diwarisi oleh ahli keluarga lain.

Selepas isteri saya mengetahui mengenai perkara ini, beliau menasihati saya untuk menjaga kesihatan saya dan mengambil ubat untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya dengan lebih jelas mengenai perkara ini dan cara menanganinya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berusia 68 tahun dan sudah bersara. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berusia 65 tahun.... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Seperti yang encik sudah ketahui anda memang mempunyai masalah kolesterol (cholesterol) tinggi. Hal ini demikian kerana tabiat pemakanan encik yang mengandungi lemak dan makanan berminyak yang tinggi sekali gus menyebabkan kandungan kolesterol dalam badan meningkat dengan mendadak.

Selain itu, pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok mendatangkan bahaya untuk kesihatan dan menjadi salah satu faktor peningkatan tahap kolesterol dalam badan. Hal ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah yang kronik seperti penyakit koronari arteri ataupun risiko serangan jantung.

Di samping itu, ketulan yang ditemui oleh encik di kelopak itu merupakan hasil daripada penyakit ‘Dyslipidemia’. Penyakit ini juga disebabkan oleh kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Oleh itu, encik harus menghentikan tabiat merokok dan mengambil minuman beralkohol dengan serta-merta. Encik juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak serta banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Seperti yang encik sudah ketahui anda memang mempunyai masalah kolesterol (c... See More

Apakah itu kolesterol

Kolesterol merupakan sejenis lemak dalam badan. Bahan ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ramai orang kerap bimbang mengenai masalah kolesterol tinggi dalam badan kerana implikasinya sebagai salah satu punca pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

Terdapat beberapa jenis kolesterol dalam badan kita yang perlu diketahui iaitu:

  1. ‘Low density lipoprotein’ (LDL). Ini merupakan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan. Ia juga dikenali sebagai ‘bad cholesterol’.

  2. ‘High density lipoprotein’ (HDL). Ini pula merupakan kolesterol yang baik untuk kesihatan. Ia dikenali sebagai ‘good cholesterol’.

Apakah fungsi kolesterol dalam badan

Kolesterol mempunyai beberapa fungsi penting untuk tubuh badan kita. Antara fungsinya ialah:

  • Menghasilkan vitamin D dalam badan
  • Membolehkan badan menghasilkan beberapa hormon penting
  • Membantu menghasilkan ‘bile acids’ yang merupakan bahan penting untuk sistem pencernaan
  • Meyumbang kepada pembinaan struktur sel badan

Apakah sebab tahap kolesterol menjadi tinggi dalam badan

Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan sangat membahayakan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit serius. Terdapat beberapa sebab yang meningkatkan kadar kolesterol dalam badan iaitu:

  1. Sering mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi. Hal ini merupakan punca utama kolesterol dalam badan menjadi sangat tinggi. Kadar pengambilan lemak seperti yang diketahui ramai harus dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

  2. Pengambilan minuman beralkohol. Alkohol yang berlebihan dalam badan tidak dapat dicernakan dengan sempurna oleh hati dan akan ditukarkan menjadi lemak dalam badan sekali gus menyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol dalam badan.

  3. Gaya hidup yang kurang sihat. Gaya hidup tidak sihat yang dimaksudkan di sini ialah kurang bersenam dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Orang ramai dinasihati untuk bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit dalam sehari 3 kali seminggu. Amalan ini dapat membantu mencegah penyakit dengan cara menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

  4. Obesiti. Apabila berat badan semakin meningkat, kadar kolesterol juga turut meningkat. Kolesterol yang berlebihan akan mendap pada arteri serta organ dalaman sekali gus menyebabkan pelbagai gejala penyakit seperti masalah hati, sakit jantung dan lain-lain.

  5. Mengamalkan kehidupan yang sedenteri. Keadaan ini sering dilihat pada pekerja pejabat yang tidak banyak melakukan pergerakan dan hanya melakukan kerja dalam keadaan duduk di kerusi sahaja sepanjang hari. Golongan ini juga tidak mempunyai masa untuk bersenam kerana waktu bekerja sehingga lewat. Ini secara tidak langsung menaikkan tahap kolesterol dalam badan.

Apakah tanda kolesterol tinggi

Tanda kolesterol tinggi memang sukar untuk dikenal pasti melalui simptom. Antara tanda yang boleh menunjukkan kolesterol dalam badan tinggi ialah:

  • Terdapat ketulan pada kelopak mata yang tidak sakit
  • Ketulan pada bahagian jari atau lengan
  • Tekanan darah tinggi
  • Mudah lesu
  • Sakit kaki terutamanya bahagian betis
  • Sakit kepala
  • Kencing berbuih
  • Lapisan minyak apabila buang air besar

Namun demikian, kadar kolesterol dapat dikenal pasti dengan lebih tepat melalui pemeriksaan darah. Terdapat beberapa elemen penting yang akan dikaji oleh para doktor untuk mencapai keputusan kadar kolesterol tinggi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi

TTerdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh golongan yang ingin mengawal kadar kolesterol mereka ini. Makanan tersebut ialah seperti:

  • Daging merah
  • Bahan tenusu
  • Makanan goreng
  • Marjerin

Golongan yang ingin menjaga pemakanan harus berjaga-jaga jika ingin mengambil sebarang makanan yang tersenarai di atas.

Apakah jenis makanan yang mengandungi kolesterol yang rendah dan sesuai dimakan

Makanan berserat tinggi yang mengandungi kadar kolesterol yang rendah sangat sesuai bagi golongan yang ingin berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat. Antara makanannya ialah

  • Oats atau bijirin gandum
  • Kekacang
  • Minyak sayuran
  • Buah-buahan
  • Makanan jenis soya
  • Bali
  • Salmon
  • Tuna
  • Sardin
  • Bendi
  • Terung
  • Makanan yang mengandungi serat yang tinggi

Cara menurunkan kolesterol

Kolesterol yang tinggi dalam badan memang tidak dinafikan merupakan sebuah masalah yang serius dalam masyarakat negara kita kerana Malaysia merupakan kayangan makanan. Hal ini kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diduga. Antara cara menurunkan kadar kolesterol yang tinggi ialah dengan:

  1. Mengurangkan pemakanan yang tidak sihat
  2. Berhenti mengambil minuman beralkohol
  3. Melakukan aktiviti senaman dengan lebih kerap
  4. Disiplin dalam mengambil ubat yang diberi oleh doktor

Akhir sekali, jika encik mengikuti nasihat yang diberi dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat maka encik dapat menghindari masalah kesihatan yang serius. Untuk maklumat lanjut tentang cara gaya hidup sihat, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my

References