Mungkinkah rasa mata sakit ini disebabkan oleh penyakit konjunktivitis (Conjunctivitis)?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang penjual kosmetik dan masih belum berkahwin. Saya selalu memakai kanta sentuh kerana saya rasa apabila memakai cermin mata saya nampak kurang cantik. Selain itu, saya juga memakai mekap tiap-tiap hari apabila ke kerja kerana harus kelihatan cantik. Ini merupakan protokol tempat kerja saya.


Baru-baru ini saya mendapati mata saya kelihatan merah menyala. Ia juga berasa sangat pedih dan secara tiba-tiba air mata saya akan berlinangan tanpa disedari. Disebabkan kejadian ini, saya terpaksa mengambil cuti dan berehat di rumah. Bolehkah doktor memberitahu saya mengapa kejadian sebegini berlaku kepada saya? Kawan saya kata ia mungkin konjunktivitis. Saya berharap doktor sudi menjawab soalan saya ini.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang penjual kosmetik dan masih b... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih cik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang cik ceritakan saya mendapati cik mempunyai masalah konjunktivitis (Conjunctivitis). Ini merupakan sejenis penyakit di mana bahagian konjunktiva pada biji mata telah mengalami keradangan. Dalam kes cik, keradangan ini kemungkinan disebabkan oleh penggunaan kanta sentuh yang telah melebihi tempoh penggunaan atau pun cik tidak menjaga kebersihan sepanjang penggunaan kanta sentuh.

Selain itu, sebab lain yang boleh mencetuskan masalah ini dalam kes cik ialah penggunaan mekap setiap hari. Ini mungkin disebabkan oleh mekap yang digunakan pada bahagian mata telah mencecah tarik luputnya atau tidak dibersihkan dengan betul. Kesemua sebab ini telah mencetuskan jangkitan kuman pada bahagian konjunktiva mata cik yang mendatangkan penyakit konjunktivitis. Antara simptom yang berikutan dengan masalah konjunktivitis ini ialah seperti mata menjadi merah, air mata berlinangan tanpa disedari, mata berasa sangat gatal serta cecair pekat yang jernih kelihatan keluar daripada mata. Oleh itu, cik tidak perlu risau mengenai masalah ini.

Terima kasih cik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang cik ceritakan saya mendapati cik mempunyai masalah konjunkti... See More

Apakah Itu Konjunktivitis?

Konjunktivitis adalah satu penyakit di mana bahagian konjuktiva pada mata mengalami keradangan. Konjunktiva merupakan bahagian jernih mata yang menyelubungi bahagian putih pada biji mata.

Masalah konjunkitivitis ini boleh merebak dari seorang ke seorang dengan cepat. Kanak-kanak merupakan mangsa utama daripada penyakit ini. Namun demikian, penyakit konjunktivitis ini adalah masalah yang tidak begitu serius dan boleh bersembuh dalam jangka masa yang pendek.

Apakah Jenis Konjunktivitis Yang Boleh Didapati?

Terdapat pelbagai jenis konjunktivitis yang disebabkan oleh pelbagai punca. Antara jenis konjunktivitis ialah:

  • Konjunktivitis alahan
  • Konjunktivitis bakteria
  • Konjunktivitis virus
  • ‘Opthalmia neonatarum’
  • Konjunktivitis “Giant Papillary”

Apakah Itu ‘Opthalmia Neonatarum’?

Ini merupakan konjunktivitis yang berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan. Ianya disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria Gonorrhea. Masalah ini sangat serius dan harus dirawat dengan segera dengan antibiotik yang sesuai supaya tidak menyebabkan kebutaan dalam bayi tersebut.

Apakah Itu Konjunktivitis "Giant Papillary"?

Ini merupakan sejenis konjunktivitis di mana terdapat jangkitan kuman yang disebabkan oleh penggunaan kanta sentuh buat masa yang lama atau pun biji mata palsu. Hal ini kerana sistem imun akan menganggap bahan-bahan ini sebagai bahan asing pada badan. Sistem imun akan mencetuskan proses-proses keradangan pada mata tersebut dan menyebabkan pembentukan ketuat kecil pada mata.

Apakah Penyebab Konjunktivitis?

Konjunktivitis apabila berlaku boleh menyebabkan rutin seharian itu menjadi sukar. Antara penyebab konjunktivitis termasuklah:

  • Virus. Ini merupakan penyebab yang paling umum. Hal ini kerana apabila seseorang itu dijangkiti selesema, ianya juga boleh merebak kepada bahagian mata dan menyebabkan penyakit konjunktivitis.
  • Bakteria. Ini juga merupakan sebab umum tercetusnya masalah konjunktivitis ini. Jangkitan berlaku apabila tangan kita menyentuh bahan yang mengandungi bakteria dan menggunakan tangan yang sama untuk menggaru mata maka dengan mudahnya jangkitan ini akan dapat berlaku.
  • ‘Irritants’. Ini merujuk kepada bahan-bahan yang terkena pada mata dan menyebabkan kepedihan pada mata. Antara bahan-bahan tersebut ialah seperti syampu, sabun, habuk, klorin dalam kolam berenang dan sebagainya. Sekiranya mata yang dijejaskan tidak dicuci dengan segera, keradangan mata akan berlaku.
  • Reaksi terhadap penitik mata. Bukan semua penitik mata sesuai bagi semua penggunanya. Bahan penitik mata ini kadang kala boleh mencetuskan reaksi alahan yang lambat laun akan menyebabkan jangkitan dan berakhiran dengan konjunktivitis.
  • Kanta sentuh. Ini harus digunakan dengan berhati-hati kerana jika kebersihannya tidak dijaga maka jangkitan konjunktivitis boleh berlaku ini. Selain itu, kanta sentuh perlu digunakan dengan cermat dan tidak melebihi tempoh had penggunaan yang dicadangkan.
  • Alahan. Sesetengah orang akan mempunyai reaksi alahan terhadap habuk, asap dan sebagainya. Masalah alahan ini boleh manifes dengan gejala-gejala konjunktivitis.
  • Penyakit kelamin. Penyakit seksual juga boleh membawa kepada penyakit konjunktivitis ini. Antara penyakit kelamin yang dimaksudkan ialah seperti ‘Chlamydia’, ‘Gonorrhoea’ dan sebagainya.

Apakah Gejala Konjunktivitis?

Kita seharusnya lebih berwaspada tentang gejala konjunktivitis supaya kita boleh mendapat rawatan yang berpatutan dengan lebih awal. Antara gejala-gejala penyakit konjunktivitis ini ialah:

  • Kepedihan pada mata
  • Pengeluaran cecair pekat berwarna putih
  • Mata gatal
  • Air mata berlinangan
  • Benjolan ‘lymph node’ bawah dagu atau belakang telinga
  • Selesema
  • Mata menjadi merah
  • Penglihatan menjadi sedikit kabur

Apakah Rawatan Konjunktivitis?

Rawatan bagi masalah konjuktivitis bergantung pada puncanya. Antara rawatannya ialah:

  1. Virus. Sekiranya konjuktivitis berpunca daripada virus maka ianya tidak boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Ianya boleh dirawat dengan menggunakan penitik mata. Penitik mata yang tidak mengandungi bahan aktif boleh memastikan mata sentiasa lembap dan tidak kering dengan cepat. Simptom akan mereda dalam masa satu hingga dua minggu.
  2. Bakteria. Apabila konjuktivitis berpunca daripada jangkitan bakteria maka titik mata antibiotik akan diberikan. Ini akan dapat membantu membasmikan kuman dan sekali gus menyembuhkan masalah konjunktivitis ini.
  3. Alahan. Jika seseorang itu ada masalah alahan yang membawa kepada penyakit konjunktivitis maka pesakit tersebut harus mengelakkan diri terutamanya mata daripada terdedah kepada bahan alergen tersebut. Tambahan pula, doktor akan memberikan ubat ‘antihistamine’ yang akan membantu melawan reaksi alahan tersebut.
  4. Penyakit kelamin. Ini boleh dirawat dengan memberi antibiotik yang sesuai untuk penyakit tertentu. Selain itu, individu terbabit juga perlulah menjaga kesihatan dan menghindari diri daripada melakukan hubungan seks buat sementara waktu atau menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks.
Kesimpulannya, mata merupakan organ yang sangat penting untuk melihat. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menjaga kesihatan mata sendiri. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References