Apakah ciri-ciri kumpulan darah ""O"" (""O"" Blood Group) dan jenis-jenis kumpulan darah?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja yang berumur 21 tahun. Saya sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan seperti masalah hemoglobin atau sel darah merah yang rendah. Berat badan saya sekitar 55 kg. BMI saya adalah dalam julat yang normal. Saya telah berdaftar sebagai seorang perderma organ. Saya juga ingin menderma darah saya. Namun, saya tidak pasti akan kumpulan darah saya. Bapa saya mempunyai kumpulan darah jenis B positif manakala ibu saya pula memiliki kumpulan darah O positif. Saya ingin menderma pada setiap tahun. Oleh itu, saya ingin tahu sekiranya saya boleh menderma darah walaupun saya tidak tahu tentang kumpulan darah saya. Sekiranya saya ingin tahu kumpulan darah saya, apakah harus saya lakukan, doktor?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja yang berumur 21 tahun. Saya sedang belajar di sebuah institusi pengajian ti... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda tentang darah O ("O" Blood Group). Jika anda ingin menderma darah  setiap tahun, anda haruslah mengetahui kumpulan darah anda. Anda boleh menjalani ujian darah untuk mengenalpasti kumpulan darah anda. Setiap kali sebelum anda menderma darah, darah anda akan diuji untuk menentukan kumpulan dan jenis darah anda. Ini dikenali sebagai “blood typing”.

Terima kasih atas soalan anda tentang <b>darah O </b>("O" Blood Group). Jika anda ingin menderma darah&nbsp; setiap tahu... See More

Apakah elemen asas darah

Kebanyakan orang mempunyai kira-kira 4-6 liter darah. Darah anda terdiri daripada pelbagai jenis sel yang terapung dalam suatu cecair yang dipanggil plasma, antaranya:

  • Sel darah merah anda menghantar oksigen ke pelbagai tisu di dalam badan anda dan mengeluarkan karbon dioksida.
  • Sel darah putih anda memusnahkan penceroboh atau sel-sel tidak normal dan melawan jangkitan.
  • Platelet anda membantu darah anda membeku.
  • Plasma anda adalah cecair yang terdiri daripada protein dan garam.
Gabungan unik molekul protein yang dipanggil antigen dan antibodi menyebabkan darah anda berbeza dari orang lain. Gabungan antigen dan antibodi dalam darah anda adalah asas jenis darah anda.

Apakah jenis darah

Terdapat empat kumpulan darah utama dan lapan jenis darah yang berbeza. Ini dikenali sebagai sistem kumpulan darah ABO. Jenis darah anda ditentukan oleh jenis antigen yang terdapat di permukaan sel darah merah anda. Antigen adalah bahan yang membantu badan anda membezakan antara sel sendiri dan orang lain, yang berpotensi berbahaya. Jika badan anda mengenalpasti behawa is adalah sel asing, ia akan memusnahkannya.

Kumpulan-kumpulan ini berdasarkan sama ada anda mempunyai dua antigen tertentu, iaitu A dan B:

  • Kumpulan darah A mempunyai antigen A dan antibodi B.
  • Kumpulan darah B mempunyai antigen B dan antibodi A.
  • Kumpulan darah AB mempunyai antigen A dan B tetapi tidak ada antibodi A dan B.
  • Kumpulan darah O tidak mempunyai antigen A atau B tetapi mempunyai antibodi A dan B.
Terdapat juga jenis antigen ketiga yang dipanggil faktor “Rhesus” (Rh), di mana antigen Rh terdapat pada permukaan sel darah merah. Sekiranya anda mempunyai antigen ini, ia bermaksud jenis darah anda ialah "Rh +" atau "positif", atau sekiranya anda tidak mempunyai antigen Rh ini, ia bermaksud jenis darah anda adalah "Rh -" atau "negatif". Jadi, dari empat kumpulan darah, terdapat lapan jenis darah, termasuk:

  • Darah kumpulan A positif atau A negatif
  • Darah kumpulan B positif atau B negatif
  • Darah kumpulan AB positif atau AB negatif
  • Darah kumpulan O positif atau O negatif
Orang dengan darah Rh-positif boleh menerima darah RH-positif atau Rh-negatif, tetapi orang dengan darah Rh-negatif hanya boleh menerima darah dari individu dengan Rh-negatif.

Kesimpulannya, kombinasi sistem kumpulan darah ABO dan Rh menghasilkan jenis darah yang lengkap.

Derma darah

Sekiranya darah dengan antigen yang anda tidak mempunyai memasuki sistem darah anda, badan anda akan mencipta antibodi terhadapnya. Walau bagaimanapun, sesetengah orang masih boleh menerima darah yang bukan jenis darah mereka dengan selamat. Selagi darah yang mereka terima tidak mempunyai sebarang antigen yang menandakannya sebagai asing, darah tersebut selamat untuk diterima dan sistem badan tidak akan menyerangnya.

Ketika seseorang hendak menderma darah, perkara-perkara berikut dipertimbangkan:

  • Darah kumpulan O: orang yang memiliki darah jenis O boleh menderma darah kepada sesiapa, kerana darah mereka tidak mempunyai antigen. Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh menerima darah daripada individu lain yang mempunyai darah kumpulan O kerana darah jenis lain yang mempunyai apa-apa antigen dilihat sebagai asing.
  • Darah kumpulan A: individu yang memiliki darah jenis A boleh mendermakan darah kepada individu dengan darah jenis A dan individu dengan darah jenis AB. Individu dengan darah A boleh menerima darah hanya dari individu dengan darah jenis A dan individu yang mempunyai darah jenis O.
  • Darah kumpulan B: Individu yang mempunyai darah jenis B boleh menderma darah kepada individu yang mempunyai darah jenis B dan darah jenis AB. Individu yang mempunyai darah jenis B boleh menerima darah hanya dari individu yang memiliki darah jenis B dan jenis O.
  • Darah kumpulan AB: individu dengan darah jenis AB boleh memberi darah hanya kepada individu AB yang lain, tetapi boleh menerima darah apa-apa jenis pun.

Ciri-ciri jenis darah

  • Sistem ABO terdiri daripada jenis darah A, B, AB, dan O.
  • Orang yang mempunyai darah jenis A mempunyai antibodi dalam darah terhadap darah jenis B.
  • Orang dengan darah jenis B mempunyai antibodi dalam darah terhadap darah jenis A.
  • Orang dengan darah jenis AB tidak mempunyai antibodi terhadap darah jenis A atau B.
  • Orang yang mempunyai darah jenis O mempunyai antibodi terhadap darah jenis A atau B.
Orang dengan darah jenis AB dipanggil sebagai “universal recipients”, kerana mereka boleh menerima mana-mana darah jenis ABO. Orang yang mempunyai darah jenis O dipanggil sebagai “universal donors”, kerana darah mereka boleh diberikan kepada orang dengan mana-mana darah jenis ABO.

  • Sistem Rh mengklasifikasikan darah sebagai Rh-positif atau Rh-negatif, berdasarkan kehadiran atau ketiadaan antibodi Rh dalam darah.
  • Orang dengan darah jenis Rh-positif boleh menerima darah jenis Rh-negatif, tetapi orang yang mempunyai darah jenis Rh-negatif akan mempunyai reaksi transfusi jika mereka menerima darah jenis Rh-positif.
  • Reaksi transfusi yang disebabkan oleh jenis darah Rh yang tidak sesuai boleh menjadi serius.
  • Sekiranya jenis darah ABO dan Rh tidak sepadan, ia mempunyai reaksi transfusi yang paling serius, yang mungkin boleh mengancam nyawa. Tetapi jenis tindak balas ini
jarang berlaku.Transfusi dengan jenis darah yang salah boleh menyebabkan tindak balas yang teruk.

Mengapakah “blood typing” dilakukan

  • “Blood typing” dilakukan sebelum darah ditransfusikan atau ketika mengklasifikasikan darah seseorang untuk derma.
  • “Blood typing” adalah cara yang cepat dan mudah untuk memastikan anda menerima darah yang betul semasa pembedahan atau selepas kecederaan.
  • Sekiranya anda diberikan darah yang tidak serasi, ia boleh mengakibatkan darah menjadi “clumping” atau beraglutinasi, yang boleh menjadi berbahaya.
  • “Blood typing” adalah amat penting untuk wanita hamil.
  • Jika ibu adalah Rh-negatif dan bapa adalah Rh-positif, bayi itu mungkin mempunyai Rh-positif. Dalam kes ini, ibu perlu menerima sejenis ubat yang dipanggil RhoGAM. Ubat ini akan menjaga badannya daripada membentuk antibodi yang boleh menyerang sel darah bayi jika darah mereka bercampuran, yang sering berlaku semasa kehamilan.
Anda haruslah tahu kumpulan dan jenis darah anda. Ini adalah amat penting sekiranya anda ingin menderma darah atau menerima darah. Jika anda menerima darah yang tidak sama dengan jenis darah anda, anda mungkin akan mengalami tindak balas yang serius, yang berpotensi untuk membahayakan nyawa anda. Oleh itu, anda harus menjalani ujian darah untuk mengenalpasti kumpulan dan jenis darah anda dengan tepat. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan. Terima kasih.

References