Kenapa kebelakangan ini darah haid sedikit (Light Period)?

Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pengurus spa, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya ingin bertanya mengenai darah haid yang sedikit. Dalam 7 bulan yang lepas, saya telah bersalin di salah sebuah hospital swasta dan saya dikurniakan bayi perempuan yang sangat comel tanpa sebarang komplikasi dengan beratnya 3.45 kg dan masih menyusu. Untuk pengetahuan doktor, sudah 2 bulan saya mengalami pendarahan haid yang sangat sedikit. Warna darah haid saya ialah merah gelap dan bukannya merah terang seperti sebelum ini walaupun pada hari pertama haid.

Tempoh haid saya hanya berlanjutan untuk 3 hari sahaja kemudian terus tiada darah langsung. Selain daripada itu, haid saya sudah menjadi tidak teratur. Saya juga tidak mengalami sebarang senggugut atau sakit di bahagian abdomen. Saya tidak pernah mengalami darah haid yang sedikit ketika zaman remaja. Saya mula berasa risau dengan keadaan yang saya alami ini. Saya mula-mula mengalami haid ketika umur 12 tahun, dengan tempoh haid yang normal selama 7 hari dengan kitaran haid 28 hari dan tempoh haid saya teratur. 

Saya ingin bertanya kepada doktor, adakah darah haid sedikit merupakan perkara yang normal selepas bersalin dan adakah penyebab yang lain bagi masalah saya ini. Apakah ubat-ubatan atau rawatan lain yang digunakan untuk melancarkan darah haid?
Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pengurus spa, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. S... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid sedikit (Light Period) selepas bersalin adalah sesuatu yang normal kerana anda masih menyusukan anak dan hormon yang bertanggungjawab dalam penyusuan akan mengganggu proses ovulasi dan ini boleh menjejaskan tempoh haid anda. Tetapi anda tidak perlu risau kerana haid akan datang semula seperti biasa beberapa bulan selepas bersalin. Terdapat juga penyebab yang lain bagi masalah darah haid sedikit ini dan semestinya terdapat pelbagai ubatan dan rawatan untuk melancarkan haid anda.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan,<strong> darah haid sedikit</strong> (Light... See More

Penyebab darah haid sedikit?

Darah haid yang sedikit boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan penyebab dan ini termasuklah:
  1. Umur
  2. Berat badan dan diet
  3. Kehamilan
  4. Penyusuan susu ibu
  5. Kawalan kelahiran
  6. Tekanan emosi
  7. Senaman yang berlebihan
  8. Gangguan pemakanan
  9. PCOS
1) Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur dan darah haid yang sedikit. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
2) Berat badan dan diet
Berat badan dan peratusan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau memperoleh berat badan yang melampau boleh haid anda tidak teratur.
3) Kehamilan
Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid. Anda mungkin menyedari beberapa ‘spotting’ dan fikir ia adalah haid anda, tetapi ia sebenarnya mungkin pendarahan implan. Ini boleh berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan biasanya berlanjutan selama dua hari atau kurang.
4) Penyusuan susu ibu
Jika anda menyusu, haid anda mungkin tidak datang dengan segera selepas anda bersalin. Hormon pengeluaran susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda daripada datang. Haid anda akan datang beberapa bulan selepas bersalin jika anda menyusu.
Anda masih boleh hamil semasa menyusu, walaupun haid anda belum datang. Ini kerana anda akan mengalami ovulasi dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. Sekiranya anda ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa menyusu dan mengalami ‘spotting’, adalah disyorkan untuk menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa ‘spotting’ tersebut tidak disebabkan oleh pendarahan implantasi.
5) Kawalan kelahiran
Ubat perancang juga boleh menyebabkan darah haid yang sedikit. Sesetengah kaedah kawalan kelahiran menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan. Kaedah-kaedah ini datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah:
  • pil
  • patch’/tampalan
  • "Ring pessary" yang bentuk seperti cincin dimasukkan ke dalam faraj
  • suntikan
Apabila badan anda tidak melepaskan telur, rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Ini boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan melangkau tempoh haid.
Anda juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur jika anda telah mula atau berhenti mengambil pil perancang baru-baru ini.
6) Tekanan emosi
Jika anda tertekan pada hari tertentu, otak anda boleh mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali normal.
 7) Senaman yang berlebihan
Wanita yang sering bersenam mungkin mengalami perubahan terhadap haid mereka. Atlet boleh berada di bawah tekanan emosi, mempunyai berat badan yang kurang, dan menggunakan banyak tenaga badan. Ini boleh menyebabkan tempoh haid yang berubah-ubah.
 8) Gangguan pemakanan
Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal haid anda.
9) Sindrom ovari polikistik (PCOS)
Sekiranya anda mengalami haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh jadi disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:
  • menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
  • menyebabkan jerawat
  • menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
  • membawa kepada ketidaksuburan atau mandul
Doktor anda boleh mendiagnosis PCOS melalui penggunaan ultrasound. Ini kerana PCOS akan menyebabkan sista terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.

Gejala darah haid sedikit

Anda mungkin risau dengan darah haid yang sedikit jika:
  • anda mengalami pendarahan haid kurang daripada dua hari
  • Pendarahan haid anda sangat sedikit, seperti ‘spotting’ atau tompok-tompok
  • anda terlepas satu atau lebih tempoh haid yang biasa
  • anda mengalami darah haid sedikit lebih kerap daripada kitaran tipikal 21- hingga 35 hari kitaran.
Ingat bahawa anda mungkin mengalami haid yang luar biasa tanpa alasan tertentu, tetapi anda masih perlu memberitahu doktor mengenai perkara ini. Mereka boleh membantu menentukan sebarang punca yang mungkin menjejaskan kitaran haid anda dan pendarahan vagina.

Cara melancarkan lebih darah haid?

    • Darah haid sedikit yang berterusan dan bermasalah boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan. Kadang-kadang, penggunaan kawalan kelahiran hormon dapat membantu melancarkan aliran haid dan tempoh haid akan menjadi lebih teratur. Jika darah haid sedikit anda adalah tanda sesuatu yang lebih serius, rawatan mungkin termasuk ubat-ubatan atau prosedur lain sekiranya perlu.

    Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk doktor di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References