Saya perasan darah keluar dari dubur (Rectal Bleeding) semasa buang air. Apakah puncanya

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 25 tahun sedang melanjutkan pelajaran di universiti untuk mendapatkan ijazah. Saya mempunyai 3 orang adik beradik dan ibu bapa saya masih berkerja kerana harus menanggung perbelanjaan pendidikan saya dan adik beradik saya. Saya jarang balik ke rumah kerana terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan serta perlu mengulang kaji subjek tertentu kerana banyak sangat ujian di universiti saya. Saya sampai terdapat juga hari yang saya tidak sempat makan pun kerana sangat sibuk. Saya juga jarang sekali minum air kerana tiada masa untuk pergi mengisi botol air saya. 
Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah darah keluar dari dubur. Saya berasa sangat malu untuk menceritakan masalah ini tetapi keadaan saya bertambah teruk dan saya terpaksa menceritakannya supaya dapat mencari jalan penyelesaian. Selain itu juga, saya sentiasa mengalami masalah sembelit dan ianya akan menyebabkan sakit perut yang teruk. Ini meyebabkan saya tidak dapat fokus dalam kelas dan tumpuan saya juga terganggu. 
Baru-baru ini pula, saya mendapati terdapat benjolan pada lubang dubur saya yang sangat membimbangkan saya. Pada mulanya saya ingat ianya akan hilang dengan sendiri tetapi sudah dua hari ia di situ dan masih belum hilang lagi. Bolehkah doktor terangkan kepada saya masalah yang sedang saya hadapi? Apakah rawatan yang boleh menyelesaikan masalah ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 25 tahun sedang melanjutkan pelajaran di universiti untuk mendapatkan ijazah. Sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih cik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan kesemua butiran yang diberikan oleh cik, saya mendapati cik mengalami masalah darah keluar dari dubur (rectal bleeding) yang boleh disebabkan oleh banyak perkara. Cik harus sentiasa menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak dan makan makanan berkhasiat. 
Terima kasih cik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan kesemua butiran yang diberikan oleh cik, say... See More

Apakah itu buasir?

    • Salah satu penyebab darah keluar dari dubur. 
    • Buasir boleh disebabkan oleh masalah sembelit 
    • Tidak makan makanan yang berkhasiat dan mengandungi kandungan serat yang tinggi turut menjadi punca berlakunya buasir. 

Apakah itu berak berdarah?

  • Berak berdarah membawa maksud pendarahan ketika proses membuang air besar. 
  • Ini boleh berlaku sama ada darah tercampur dengan najis atau darah tersebut hanya keluar setelah najis dikeluarkan. 
  • Darah yang yang datang dari bahagian awal sistem pencernaan seperti perut akan bercampur dengan najis dan membentuk najis hitam yang sangat busuk (malaena).
  • Oleh itu, kita haruslah sentiasa memerhatikan warna najis supaya dapat membantu doktor dalam membuat diagnosis.

Apakah punca berak berdarah?

Berak berdarah mempunyai beberapa punca. 
  • Buasir: Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Buasir berlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah sembelit untuk tempoh yang lama. Buasir boleh dikesan dengan memeriksa dubur jika terdapat benjolan yang licin. Selain itu, seseorang itu juga akan berasa sakit dan gatal pada lubang dubur.
  • Divertikulum"diverticular disease": Masalah divertikulum adalah terbentuknya lubang atau poket dalam usus. Masalah ini berserta dengan masalah sembelit akan menyebabkan pendarahan yang segar atau pun berketul. Ini juga merupakan suatu permasalahan besar yang sering dihadapi oleh warga emas.
  • Kanser usus/”colorectal cancer”. Dengar sahaja perkataan kanser atau barah pastinya timbulnya rasa bimbang kerana seperti yang diketahui ramai, kanser sukar diubati. Kanser usus besar merupakan kanser ketiga paling tinggi dideritai oleh rakyat Malaysia. Pesakit kanser ini akan mengadu mereka mempunyai masalah membuang air besar kerana sembelit dan kadangkala mengalami cirit-birit.
  • Sembelit"constipation": Sembelit berterusan boleh mengakibatkan masalah lain yang seperti ‘anal fissure’. Ini merupakan masalah yang agak kronik dan pesakit harus segera mendapatkan rawatan. Hal ini kerana masalah ini boleh mengakibatkan pendarahan ketika proses membuang air besar yang akan menyebabkan terjadinya masalah berak berdarah. Masalah ini juga mengakibatkan kesakitan.
  • "Inflammatory bowel disease": Selain itu, masalah radang usus boleh menyebabkan masalah berak berdarah. Ini juga akan mengakibatkan cirit-birit yang bercampur darah. Masalah radang usus harus diselesaikan dengan segera supaya masalah ini tidak mendatangkan komplikasi serius.

Apakah gejala berak berdarah?

Gejala berak berdarah harus diawasi dengan sebaiknya agar dapat diceritakan dengan lebih lanjut kepada doktor bagi membantu mereka membuat diagnosis. Antara gejala lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah:
  1. Najis bercampur dengan darah
  2. Darah yang keluar berwarna merah segar, merah pekat atau berketul
  3. Najis tidak bercampur dengan darah
  4. Sakit pada lubang dubur
  5. Sakit perut
  6. Sembelit
  7. Terasa untuk membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar (tenesmus)
  8. Benjolan pada lubang dubur
  9. Cirit-birit
  10. Kurang darah dalam badan
Itu merupakan beberapa gejala umum yang sering dialami oleh masyarakat kita berikutan masalah berak berdarah ini. Oleh itu, kita haruslah memastikan kita tahu mengenai gejala yang dihadapi supaya dapat membantu proses rawatan agar berjalan dengan lancar.

Apakah ubatan untuk berak berdarah?

Ubatan yang boleh diberikan untuk menyelesaikan masalah berak berdarah ini bergantung kepada puncanya. Hal ini kerana setiap punca mempunyai rawatan atau ubatan yang berbeza.
  • Julap/‘Laxatives’: Ubat ini akan membantu melancarkan proses membuang air besar dan mengatasi masalah sembelit. Seperti yang kita ketahui, sembelit menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah berak berdarah. Jadi, pengambilan ubat ini dapat melembutkan najis keras seterusnya mencegah dari terjadinya masalah berak berdarah.
  • Minum air secukupnya: Air merupakan rawatan semula jadi yang dapat mencegah dari berlakunya masalah sembelit atau masalah berak berdarah. Air akan membantu melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar.
  • Antibiotik: Jika usus besar mengalami keradangan, maka ianya boleh dirawat dengan ubat antibiotik bagi membunuh kuman. Ini lambat laun akan membantu menyelesaikan masalah berak berdarah.
  • Pembedahan: Jika ia disebabkan oleh penyakit serius seperti kanser usus atau "inflammatory bowel disease" yang teruk, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan.
  • "Banding": Buasir boleh dirawat dengan prosedur "banding". Salur darah yang terjejas dan terjojol akan diikat untuk menghentikan pendarahan.

Ujian bagi berak berdarah

  • Imbasan sinar x: Ini adalah ujian yang paling kerap dilakukan untuk masalah sakit perut
  • Imbasan CT: Ujian ini lebih terperinci dari imbasan sinar x
  • Pemeriksaan lubang dubur: Doktor akan memeriksa bahagian "rectum" untuk mengesan sebarang ketumbuhan
  • Colonoscopy: Kamera akan dimasukkan kedalam lubar dubur untuk melihat bahagian dalam usus besar.

Bilakah anda harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa dengan doktor jika terdapat gejala berikut:
  • Rasa ingin pitam/pengsan
  • Rasa sesak nafas
  • Kekeliruan/gangguan mental
  • Muntah-muntah
  • Dehidrasi - kurang buang air kecil adalah tanda serius dehidrasi
Sebagai kesimpulan, masalah ini haruslah ditangani dengan segera kerana boleh mendatangkan mudarat. Punca utama berlakunya masalah ini adalah sembelit. Jadi, anda perlu sentiasa berusaha mencegah masalah sembelit supaya masalah lain yang lebih serius dapat dihindari.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References