Bagaimana Cara Mengatasi Darah Pekat (Deep Vein Thrombosis)?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 22, 2020

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya berusia 68 tahun dan sudah bersara. Saya sudahpun berkahwin dan isteri saya berusia 65 tahun. Isteri saya hanya seorang suri rumah. Kami mempunyai 4 orang anak yang belajar di universiti awam dan swasta. Baru-baru ini, saya mendapati kaki saya bengkak. Pada mulanya, bengkak tersebut kecil sahaja dan saya pun mengabaikannya sahaja dan tidak mengambil sebarang langkah untuk mencegahkan bengkak tersebut. Lama-kelamaan saya perasan bahawa bengkak tersebut menjadi sangat besar dan kemerah-merahan serta sangat sakit. Saya sampai tidak boleh berjalan atau bergerak kera sakit yang terlampau itu. Saya langsung tidak tahu apa yang harus dibuat. Isteri saya membawa saya ke sebuah klinik berhampiran rumah. Doktor tersebut memberitahu saya bahawa saya mempunyai masalah darah beku di saluran urat kaki saya. Beliau juga mengatakan bahawa saya mempunyai darah pekat yang kemungkinan tidak dirawat dengan segera dan oleh sebab itulah darah pekat yang dialami tersebut telah membawa kepada darah beku. Beliau meminta saya segera ke hospital dan mendapatkan pemeriksaan dari doktor di sana supaya dapat dirawat dengan lebih efektif. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai masalah yang dialami ini? Apakah ubat yang boleh diambil untuk masalah ini? 
Jawapan:
Terima kasih atas soalan tersebut.Saya akan berusaha untuk menjawab segala persoalan encik.Pada pendapat saya, berdasarkan keterangan yang diberikan encik, saya pasti encik mempunyai masalah ‘deep vein thrombosis’ yang juga membawa maksud darah beku. Hal ini berpunca daripada masalah darah pekat yang jika tidak dirawat dengan segera lama-kelamaan akan membawa kepada keadaan darah beku. Ini bermakna encik telah mengalami masalah darah pekat sejak sekian lama tetapi encik tidak mendapatkan rawatan untuk keadaan tersebut. 

Encik haruslah segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor.. Mereka akan memberikan ubat cair darah untuk mencairkan ketulan darah tersebut sekali gus memastikan aliran darah dalam badan encik juga sentiasa cair. Mereka juga akan membuat sedikit pemeriksaan lain untuk memastikan encik tidak mempunyai sebarang penyakit darah beku yang diwarisi dari ahli keluarga serta memastikan tiada ketulan darah di tempat lain dalam badan. Selain itu juga sekiranya encik ada tabiat merokok atau mengambil minuman beralkohol, encik haruslah memberhentikan tabiat tersebut dengan segera kerana ia tidak baik untuk masalah yang sedang encik hadapi sekarang.

APAKAH PUNCA DARAH PEKAT

  • Darah pekat merupakan sebuah masalah umum dalam kalangan masyarakat sekarang. Hal ini sekiranya berlarutan boleh mendatangkan penyakit-penyakit kronik. Oleh itu, punca masalah ini harus dikenal pasti agar rawatan yang sesuai dapat diambil untuk membendung gejala ini.
  • Darah pekat membawa maksud bahawa pembekuan darah dalam saluran darahh adalah pada kadar yang tidak normal. Hal ini jika berlarutan akan membawa kesan negatif seperti darah beku yang menyebabkan aliran darah tersumbat.
  • Punca masalah ini adalah kemungkinan ia diwarisi dari ahli keluarga. Hal ini membawa maksud seseorang individu tersebut mendapat masalah ini sejak lahir. Sekiranya masalah ini tidak dirawati dengan segera, ia boleh mengundang maut.
  • Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh faktor pembekuan menjadi hyperaktif ataupun ‘overreactivity of clotting factors’. Hal ini kerana faktor pembekuan tersebut merupakan elemen penting dalam darah yang membantu proses pembekuan. Sekiranya ia menjadi hyperaktif maka ianya akan mencepatkan proses pembekuan pada kadar yang tinggi dan menyumbatkan aliran darah.
  • Di samping itu, masalah ini juga akan timbul apabila anggota badan tersebut tidak digerakkan buat masa yang lama. Contohnya, apabila seseorang itu baru terlibat dalam kemalangan jalan raya dan tulang kakinya telah patah, maka setelah kaki tesebut telah dirawat, pesakit tersebut haruslah melakukan aktiviti tertentu yang diajar oleh ahli fisioterapi untuk membantu pengaliran darah menjadi lancar. Sekiranya tidak mengikut cara-cara tersebut, maka pengaliran darah akan menjadi perlahan dan darah akan lama-kelamaan menjadi pekat serta mengakibatkan aliran darah tersumbat.

APAKAH GEJALA DARAH PEKAT

  • Gejala darah pekat boleh dikenal pasti dengan beberapa tanda yang penting yang boleh membantu untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tandanya adalah seperti kemerahan anggota badan yang terlibat, bengkak dan juga sakit pada tempat tersebut. Hal ini kerana akan timbul masalah dalam saluran urat. Saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan injap dan ini akan mendatangkan masalah yang tidak diingini.

  • Gejala darah pekat yang paling ketara ialah sakit badan. Hal ini kerana darah menjadi pekat di seluruh badan dan menyebabkan pengedaran oksigen kepada organ penting menjadi perlahan. Seterusnya, ialah sakit kepala atau migraine. Sekiranya otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dalam jangka masa yang ditetapkan maka ia akan mula menyebabkan pelbagai masalah dan jika a berlarutan boleh mendatangkan maut.

  • Selain itu, sakit mata juga boleh menjadi salah satu gejala berikutan masalah darah pekat ini. Hal ini kerana apabila darah menjadi pekat, perjalanannya dalam saluran darah akan bertambah perlahan lalu nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh mata mengambil masa yang lama untuk sampai pada mata. Jadi, mata akan menerima tekanan yang tinggi dan mendatangkan sakit kerana kekurangan nutrien dan oksigen.

APAKAH CARA MENCAIRKAN DARAH PEKAT

  • Masalah darah pekat ini boleh dirawati melalui beberapa cara atau rawatan. Cara utama untuk mencairkan darah pekat ialah dengan mengambilubat cair darah. Ubat ini haruslah diambil atas nasihat doktor sahaja. Hal ini kerana ubat ini harus diambil pada dos yang tertentu dan itu hanya boleh ditentukan oleh seorang doktor yang berkelayakan.

  • Sekiranya masalah ini datang daripada faktor pembekuan yang hyepraktif maka inidvidu tersebut perlulah mengambil ubat yang dapat membantu mencairkan ketulan darah dalam saluran. Contoh ubat tersebut ialah ‘heparin’ dan ‘warfarin’.
  • Selain itu, kita juga bolehlah mempraktikkan cara-cara semula jadi yang dapat membantu serba sedikit dalam masalah darah pekat ini. Kita bolehlah mengamalkan peminuman air yang banyak untuk membantu mencairkan darah. Seperti yang diketahui ramai, kita haruslah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Oleh itu, dengan mengamalkan tabiat ini, sememangnya darah pekat dapat dicairkan.
  • Di samping itu, kepada orang yang megamalkan tabiat merokok ataupun mengambil minuman beralkohol, tabiat buruk ini haruslah dihentikan dengan serta merta untuk mengelakkan darah menjadi lebih pekat. Jadi, setelah berhentikan tabiat ini, maka semestinya toksin dalam badan akan dapat disingkirkan perlahan-lahan.

  • Sehubungan dengan itu, dikatakan juga makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi dapat membantu mencairkan darah. Makanan yang berkhasiat tersebut bukanlah makanan yang tidak diketahui oleh kita malah ianya sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini dapat membantu kita mengembalikan kesihatan yang terjejas kepada menjadi sihat semula.

  • Seterusnya, dengan mengamalkan perkara-perkara yang diberitahu sebelum ini ianya akan menjadi lebih berkesan jika kita mengamalkan senaman setiap hari. Hal ini kerana dengan bersenam ia akan membantu mencergaskan lagi badan kita dan kita juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat. Senaman dapat membantu melancarkan aliran darah dalam saluran darah kita. Ini akan membantu mencairkan darah kita dengan lebih pantas dan mencegah darah menjadi pekat.

Kesimpulannya, sekiranya seseorang itu mengalami masalah seperti ini, individu tersebut haruslah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ianya boleh membawa padah yang buruk. Individu tersebut juga haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mencegah masalah ini daripada berleluasa. Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan anda. Jika anda masih mempunyai soalan tentang masalah ini,anda boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami.Layari laman web www.doctoroncall.com.my 



Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Daftar dan dapat RM30

Soalan berkenaan - kesan darah pekat dalam badan, punca darah pekat, kepekatan darah tinggi

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my