Gejala demam berdarah denggi atau dengue hemorrhagic fever merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Terdapat empat jenis virus ini iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4. Virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti. Sekali anda dijangkiti salah satu jenis virus ini, anda tidak akan mendapat denggi apabila digigit nyamuk yang membawa virus denggi yang sama. Namun, anda masih boleh mendapat demam denggi dan komplikasinya yang lain daripada jenis virus denggi yang lain. Pendek kata, imuniti anda cuma akan melindungi anda daripada jenis virus denggi yang sama dan bukan keempat-empatnya.
Gejala demam berdarah merupakan denggi yang lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Gejala ini biasanya berlaku apabila anda mendapat jangkitan denggi berulang kali.